Di sana ....

06 January, 2010

Di sana

Susah sangat nak jumpa tong sampah di tempat awam. Pelik juga pada mulanya. Nak terseliuh tengkuk pusing sana sini cari tong sampah. Along cakap orang-orang Jepun sampah sendiri bawa balik buang di tong sampah rumah masing-masing. Walaupun tiada tong sampah tapi persekitaran SANGAT BERSIH. 

Saya tengah sumbat plastik-plastik sampah dalam beg sementara menanti feri untuk ke Asakusa

Tengah-tengah winter ni memang asyik lapar nak mengunyah tapi tong sampah pulak tak ada.....

Dalam pic ni along pakai mask sebab dia batuk. Di Jepun pemakaian mask ni ialah perkara biasa jika seseorang batuk dan selsema walaupun sedikit (bukan sebab H1N1 ye).

0 comments: