Toilet training (part 1)

28 April, 2010

Bila baca blog ibu-ibu pasal pengalaman toilet training anak-anak memang seronok. Elok juga ada blog kan. Boleh kita share pengalaman masing-masing untuk panduan dan pedoman.

Sebenarnya Mama dah mula aktiviti toilet training Aqil setahun yang lepas. Masa tu umur dia dua tahun. Tapi akhirnya terbengkalai kerana Mama yang GIVE UP (huhuhu teruk betul). Masa tu Dini baru lahir. Si kecik tu asyik nak bergayut je menyusu. Hujung minggu Mama tinggal dengan kids je sebab Mr Hubby kelas Sabtu dan Ahad. Aqil pulak asyik TERLEPAS sebab tak sempat cakap. Penat sungguh dengan baby kecik dan lepas tu berkali-kali mop lantai.

Cubaan kedua bermula awal Mac tahun ni (beberapa minggu sebelum besday Aqil 3 tahun). Itupun cikgu kat nurseri yang mula dulu (hehehe..thanks teacher). Aqil kat sekolah ok je bila cikgu tak bagi pakai diapers sebab kawan-kawan sebaya dia pun dah tak pakai diapers. Agaknya dia segan sebab dia seorang je yang pakai. Tapi bila balik rumah....................mengamuk-ngamuk nak pakai diapers..Aduhhhh anak Mama seorang ni dah 3 tahun  tak ready lagi ke. Tapi Mama tekad kali ni tak nak GIVE UP lagi walaupun  APA SAHAJA cabaran dan halangan. Lagipun Aqil dah nak masuk 3 tahun. Kira kategori lewat jugak ni..So what I did I showed him this pic
.
.
.
.
.
.
.
.
Baby gorilla with diaper

Mama kata kalau dah besar still pakai diapers nanti sama macam anak gorilla..Heheh teruk betul Mama ni. I know I'm not suppose to takut-takutkan Aqil macam tu. Tapi dah tak tahan sangat dia mengamuk. Dah la balik kerja Mama penat  dan stress terperangkap dalam jam. Tak nakla marah-marah anak bila sampai rumah. Lepas tengok pic tu dia dah tak mengamuk nak pakai diapers ( Good boyyyyy..). Mama pun keluarkanlah balik semua peralatan-peralatan yang pernah dibeli setahun yang lepas..



Toilet training seat Thomas and step stool

Mama beli ni di MotherCare. Tapi step stool tu kalau beli kat Ikea tu lagi murah (masa tu Mama tak tahu). Di bawah adalah pic setelah dipasang kedua-duanya.




Seat tu boleh buka dan pasang. So kalau adults nak guna toilet just remove je in a few seconds..Tapi Mama attach seat ni pada toilet di bathroom atas no 2. Bathroom tu jarang guna kecuali kalau ada tetamu datang tidur. Jadi tak payahla nak cabut pasang. Bilik air pun tak licin sangat sebab jarang basah. Mama rasa pakai seat ni senang sikit sebab boleh train Aqil terus guna toilet yang betul. Seat tu akan kecilkan diameter toilet bowl (ngan-ngan je untuk punggung kanak-kanak). Takdela risau Aqil terperosok masuk dalam bowl tu kalau Mama tak dapat nak supervised dia sepanjang masa AKTIVITI MEMBUAT  BISNESS ni. Tapi setakat ni Mama memang tak bagi dia masuk toilet seorang diri (biarlah adik Dini melalak sekejap kat luat ketuk-ketuk pintu bilik air).  Mama akan ikut Aqil dan tengok cara dia pijak step stool tu. Kena ajar cara yang betul supaya tak tergelincir. Maklumlah budak-budak kadang-kadang bila nak cepat dia terlupa. Keselamatan di bilik air sangat PENTING.

Ok..nanti part 2 Mama sambung cerita lagi ye...

hayatizain : kawan Mama pernah cakap dia terbalikkan besen as step stool. Mama terus tegur jangan guna besen. Dapatkan step stool sebab kalau step stool bawah dia ada design khas (rubber) untuk elak gelinciran. Kalau kita guna benda-benda lain takut kids tergelincir sebab licin.



Dini with handbag

Pic ni masa kami keluar jalan-jalan hujung minggu. Tak pergi mana-mana pun..Just pusing-pusing dalam kereta bawak kids ambil angin lepas Mr Hubby habis kelas. Sejak second wave H1N1 ni memang jarang sangat bawak kids pergi tempat-tempat sesak (shopping mall etc). Usually Mama akan shopping barang-barang keperluan masa lunch break hari kerja..Dengan masa yang terhad sempat sambar yang betul-betul dalam list ajela..takdela chance nak belek-belek benda lain atau dalam erti kata lain jimat duit..hihihi.

Handbag mengkuang ni Wan Rembau (my MIL) bagi dekat Dini. Suka sangat dia. Mama pun lega sebab takdela dia sibuk nak seret handbag Mama lagi. Maklumlah handbag Mama ni agak berat. Kesian tengok dia terhuyung-hayang menyeret handbag Mama (tak bagi mengamuk)..Bukan berat duit ye. Banyak benda2 lain untuk keperluan kerja macam marker, presenter, staff card, broadband, pen drive dll. Kadang-kadang external hard disk pun Mama sumbat sekali. 

Ok here the pictures. Masa ni berhenti sekejap depan kedai mamak coz Mr Hubby nak potong rambut. Mama duduk dengan kids dalam kereta layan DVD Dora the explorer. Tangan kecik pegang plastik tu tangan Aqil. Sibuk nak tunjuk air Solivite dia.


Posing dengan handbag
Mana Papa ni lamanya potong rambut

Isk..nape handbag Dini ringan je tak macam handbag Mama. Ori ke tak ni ?

Hayatizain : Cakap pasal handbag Mr Hubby pernah tanya kenapa my handbag makin besar. Yelah masa mula-mula kenal dulu handbag kecik je. Lepas kahwin anak satu besar sikit..dah anak dua lagi besar..hehehe..senang bang.. Boleh sumbat diapers anak..



Dua beradik buah hati Mama

26 April, 2010

Sudah lama tak jenguk blog. Dah bersawang dek labah-labah buat sarang. Terima kasih kepada mereka yang sudi tinggalkan jejak untuk entry sempena Mother's Day Giveaway. Minta maaf jika Mama lambat senaraikan anda pada senarai peserta. Tetapi jangan risau, Mama akan pastikan anda tersenarai sebelum tarikh cabutan undi.

Entry ini untuk tatapan anak-anak Mama Aqil dan Dini. Mungkin kerana perbezaan gender , umur ( beza 2 tahun je pun) atau  minat , memang susah nak cari aktiviti yang boleh buat dua-dua duduk diam.

Alkisahnya sejak mencecah umur 3 tahun, Aqil dah kurang minat dengan permainan2nya. Dia lebih minat aktiviti-aktiviti seperti mewarna dan melukis. Kalau tak percaya tengok ni...


Fuh..fuh..Mama tarik nafas tak cukup oksigen tengok lukisan PERCUMA dekat dinding family hall. Diam-diam dia buat projek. Mr hubby kata.'.takpe..sabar..sabar..itu tandanya anak kita kreatif  hehehe'


Maka Mama pun belilah buku mewarna dan pensil warna. Mama beli 2 set yang SAMA. Satu untuk Aqil dan satu lagi pastinya untuk Dini.

Aqil sangat leka mewarna dan melekat sticker yang disertakan dengan buku. Macam-macam posisi mewarna.


 Duduk


Baring

Adik Dini pulak 

Cubaan menampal sticker. She's not really enjoyed the session. Muka musykil kenapa abang Aqil sangat tekun sampai tak pedulikan dia.



Tak puas hati sebab rasa terabai kerana abang Aqil lebih sayangkan buku dan pensil warna baru dari dirinya

Mogok tampal sticker dekat baju, muka Mama, atas lantai

Cuba mencari perhatian dengan merampas pensil warna. Aduh ribut..ribut..Dah beli set KEMBAR SEIRAS pun masih nak kacau yang abang dia punya. 

Kacau lagi. 

Dengan selamba slap belakang abang dia dan lepas tu lari terkedek-kedek ke arah Mama dengan satu tujuan dan matlamat yang SATU iaitu untuk....


Cuba teka Dini tengah buat apa?


Apalagi kalau tak tengah recharge energy @ n***n. Penat agaknya fikir strategi nak serang abangnya tadi


Apa yang adik Dini enjoy buat dengan abangnya??????



Menari sambil berlakon ala-ala itik, ayam dan sebagainya


Bukan tak nak cantik....

15 April, 2010

Sekarang macam-macam produk makanan kesihatan untuk kecantikkan di pasaran. Kalau tengok testimonial memang boleh rambang mata. Perempuan mana yang tak mahu CANTIK DAN JELITA.

Pagi tadi saja dua orang kawan Mama hantar SMS promote makanan kesihatan. Mama cuma minta mintak nama produk dulu sebab nak buat survey di internet. Bukan nak survey pasal keberkesanan sangat tapi yang penting BAHAN-BAHAN di dalamnya. Memang boleh dikatakan semua produk di pasaran ada kelulusan KKM bermakna ia selamat di makan. Tapi mungkin 100% SELAMAT hanya untuk ibu. Selamat untuk ibu tak bermakna sesuai untuk anak. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak macam Mama, memang perlu double triple prihatin. Kalau ada bahan-bahan yang Mama ragu, Mama akan shout di blog Farah  kaunselor laktasi. (Thanks Farah kerana sudi melayan soalan-soalan Kak Yati).  Jadi Mama minta maaf kalau ajakan dan tawaran pembelian yang terpaksa ditolak.

Setakat ini yang Mama berani makan hanya
Essential & Omega  - Usana,
LactoFibre - Tupperware
Phytocleanse - Nona Roguy
Colostrum + DHA -  Tupperware

Ibu-ibu zaman siber sekarang memang sangat mudah untuk anda cari informasi. Untuk self screening type je di google nama bahan yang anda ragu-ragu dan tambah perkataan breastfeeding seperti di bawah . Kalau nak double check hubungilah orang-orang yang expertise in breastfeeding. I'm sure they will be more than happy to help and guide you.



Mama teringin nak cuba satu produk kecantikkan. Bahan-bahan lain nampak OK tapi tiba-tiba nampak pulak Coenzymes Q10 ni. Bila baca artikel-artikel di atas terus cancel.

Jadi ibu-ibu berhati-hatilah bila memilih .  Jangan senang kabur dengan testimonial-testimonial.  Kalau ada yang ragu-ragu tangguhkanlah dulu .  Tunaikan dulu HAK ANAK UNTUK DISUSUI oleh ibunya. Alhamdulillah hubby Mama 100% support breastfeeding ni. Jadi senang nak explain pada dia (yelah kadang-kadang officemates yang perempuan asyik cerita pasal 1001 produk  Sure dia hairan kenapa isteri dia ni relaks je).


hayatizain : Kadang-kadang Mama  tanya Aqil..Mama cantik tak? Cepat je dia jawab 'Cantik' ..Lepas tu adik Dini pun akan ikut cakap 'Tikkkkk' ( ini princess tahu ajuk je cakap abang dia).. ..lega hati Mama (ayat-ayat penyedap jiwa..hehehe).

BEAUTY LIES IN THE EYES OF BEHOLDER

Order from my fren

10 April, 2010








HAPPY 4th ANNIVERSARY SUHAIR AND AMALIN

Suhair thanks for ur order (Skinlogic skin care from Tupperware). Will blog about this later when kids are taking their afternoon naps.

I received call from my fren Suhair on Friday morning. He ordered Skinlogic gold  (BeautiControl Tupperware) for his wife Amalin as a present for their coming anniversary this Monday. Of course eventhough Mama ni penjual I would advised my customer bila urusan jual beli ni. I have passion in Tupperware because I love the products after 25 years using it (It's true. I used it since umur 4 tahun sbb my mom dealer) Bukan sebab semata-mata nak untung  dari jualan. I told him dgn price untuk Skinlogic ni dia boleh dapat a few good set of tupperware yang kegunaannya lebih long lasting berbanding skincare product . Skincare product habis pakai habisla. He told me her wife already joined as Tupperware member so she now has a huge collection of Tupperware.  Last 2 months she just started using Skinlogic products and found out that it suits her skin. That's the reasons Suhair wanted to get it for her wife. (ok..now I accept your reason) .

After a few minutes, he called me again and ask me prepared the gift as if the "hantaran" (waaa..I just thought nak masuk dalam gift box je and ikat reben). Berkali-kali Mama tanya dia 'Apa sikit punya pelik your request ni. Set ni  untuk anniversary ke or you nak kawin lain ni' (I'm just joking eventhough cuak jugak. Lelaki ni bukan boleh percaya.). Mama minta masa untuk bagi persetujuan. Actually I called Amalin saja sembang-sembang (or course tak cakapla pasal order Suhair). Nasib baikla si Amalin yang peramah ni buka cerita yang hari ni dia cuti sebab pergi cari hadiah untuk Suhair di Subang Parade sempena their anniversary on Monday. (ok betulla tu. Their anniversary this coming Monday).

Bila investigation dah selesai baru Mama call Suhair balik. Berterus-terang dengan dia yang Mama ni "keras tangan". Even hantaran wedding sendiri pun dulu my mom yang banyak buatkan (almost 100% actually). Tapi since dia kata takpe and percayakan Mama untuk buat kali ni (ok. I already warned you) jadi proceedla dengan order. Jadi lepas kids tidur malam tadi Mama cuba buat apa yang terdaya. Alhamdulillah dah siap seperti pic di atas. Dah email gambar pada Suhair and glad he loved it. Berkali-kali cakap thank you (may be sebab lelaki kot. Tak pandai menilai sangat..).Sebenarnya Mama lebih suka kalau hantaran dihiasi dengan fresh flower tapi malangnya di luar kemampuan nak cari fresh flower. Hujung minggu hubby sibuk dengan kelas MBA. :(

hayatizain : Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.




Who is better – the working mother or stay-at-home mother?

05 April, 2010

Just to share an article that I got from YahooGroup UmmikuSayang. It is like sunshine that brighten my MONDAY

___________________________________________________________________________

31 March 2010


CHILDWISE

By RUTH LIEW

I HAVE often been asked: “Who is better – the working mother or stay-at-home mother?” Mothers who want to quit working, want to know whether they are making the right choice. While mothers who are full-time home-makers want to know how it will affect their children when they join the workforce.

Whether working or stay-at-home, all mothers share the same fears and concerns. They wonder whether they are feeding their children right or spending enough time teaching them the right values.

You should always feel that you are doing your best for the children. Whether you work or stay at home, you are a full-time mother. There is no place for guilt. If you look after your children with knowledge, skill, love and patience, you are the kind of mother that deserves the highest recognition.

I grew up with a working mother whose own mother was a stay-at-home parent. When I was growing up, my mother and my grandmother often differed in their views on how children should be disciplined or how to manage certain behaviours.

Whenever my mother went on annual leave, we felt that she was cramping a year of parenting into a few short weeks. She made us clean our rooms and gave us extra written work for practice. We were quite relieved whenever she returned to work.

My siblings and I felt much better when Mother was at work. We wanted her to leave us to our own devices. When she was juggling work and raising us, she shared her time with us doing what really mattered. She took us on educational trips and introduced us to arts and culture.
My mother fared better outside the house. She also worked because we needed the extra income.

She could hardly cook but she took us out to great eateries to try out international cuisine. Sewing was not her forte either.

There were many things she did not do but my mother’s mothering style provided us with a great deal more.

We learned to do many things that she could not do. I started cooking at a young age because my mother encouraged me by buying as many cookbooks as she could afford.


Mothers get criticised for their choices. When they choose to work outside the home, many would frown on them and blame them for all the wrongs their children did because they were not able to stay home to spend time with their children.
When my children were babies, I had one stay-at-home mother who asked whether I breastfed my children. She also told me that I would not have much time for my children because of my busy schedule.
A mother who chooses to stay at home with her children is often misunderstood as someone who could not do much outside the home. I know of many well-educated and capable women who are home-makers.
I once met a lady who was conducting a survey on households.
She asked: “Madam, you don’t work outside the home. What is your educational background? Did you finish secondary school?” She looked surprised when I told her I had post-graduate qualifications. She had assumed that I was a stay-at-home mother because I had little education.

I used to have a neighbour who was a stay-at-home mother. Every day I could hear her screaming at her crying son. She was not happy and neither was her young son. She felt stressed out and lonely staying home the whole day with a young child.

What children really want is a happy mother, regardless of whether she is a career woman or a home-maker.
We raise our daughters on limitless possibilities of career choices. We must support them in the choices they make.
Children thrive on their mother’s love; there is no discrimination whether this love comes from a working mother or a stay-at-home one.
Be confident and trust that what you have chosen for yourself is also the best for your child.

Kalau tak kerana janji (birthday Aqil Dini Part 2)

Kalau tak kerana janji dengan anak-anak dan pengusaha nurseri rasanya macam nak tangguh buat birthday celebration Jumaat tu ke minggu ini. Pagi Jumaat Mama sakit kepala sangat (mungkin gara-gara tidur lewat siapkan kerja). Pukul 12 tengahari baru terkedek-kedek nak mula bakar dua biji kek.

Sambil bakar kek cuba bereksperimen dengan marzipan. Mama warnakan marzipan kepada 3 warna dan cuba bentuk perkataan HAPPY BIRTHDAY AQIL dan HAPPY BIRTHDAY DINI guna cutter. Mungkin kerana kurang ilmu di dada dan keadaan yang masih pening-pening lalat, marzipan tu susah sikit nak keluar dari acuan terutama bagi alphabet yang banyak lekuk-lekuk (seperti B). Finally bentuk sendiri je guna tangan .... lagi cepat. Tapi kalau nak buat bunga or buah memang best. Leka sekejap macam budak-budak main playdough. Buat sikit je dulu sebab nak cepat. rasanya dari sebuku marzipan guna 1/4.

Pukul 3 baru nak mula deco kek. Untuk Aqil Mama buat choc cake with choc ganache. Tepi-tepi letak sikit fresh cream. Ada sebiji sebiji strawberry sesat dari marzipan. Ingat nak buat banyak lagi tapi sungguh TAK SEMPAT.



 Untuk Dini choc cake jugak cuma topping guna fresh cream (Letak perisa strawberry sikit). Ada juga 3 kuntum roses sesat dari marzipan. Actually first time cuba buat topping guna fresh cream. Comot sebab tak pandai nak ratakan. Masa pulak terhad sebab nak rushing ke nurseri.



Cake cutting ceremony mula dengan Aqil dikelilingi kawan-kawan.

control..control..

Lepas tu teacher bawak Dini turun dari atas (budak kurang dari setahun setengah semua duduk kat atas). Dini sangat excited dikelilingi ramai orang dan diberi pegang pisau kek. Habis nak dicincangnya kek tu


Dik..potong elok-elok. Mama sampai migrain nak buat kek tu


Aqil distribute party pack dekat kawan-kawan.

Dini si kastam kecik yang sibuk nak check party pack orang.

Alhamudlillah majlis yang simple ini akhirnya selesai. Lega rasanya. Petang Ahad jiran depan rumah kami buat besday celebration anaknya. Aqil sangat excited sebab ada khemah tema pink putih ala-ala kenduri. Dari pagi Ahad  masa orang datang pasang khemah dia dah menjenguk dari tingkap. Sampai pagi tadi (Isnin) dia masih sibuk menjenguk ke tingkap nak tengok khemah sambil merengek nak ajak pergi kenduri lagi ..InsyaAllah ada rezeki lebih tahun depan birthday Aqil dan Dini kita buat khemah  la ye Papa..


Birthday Aqil dan Dini (part 1)

04 April, 2010

Alhamdulillah tercapai jugak hajat nak buat birthday celebration di nurseri untuk anak-anak tahun ni. Hari Jumaat Mama ambil cuti dengan hasrat nak buat kek sendiri. Lepas kerja hari Khamis singgah Bagus Bakery di Sec 13 untuk beli barang-barang kek (almaklumlah dah lama tak baking, tak de stok kat rumah). Mama kalau masuk Bagus ni memang suka ronda-ronda cuci mata sambil berangan-angan. Seronok tengok barang-barang kat dalam tu walaupun ada setengah tu Mama tak tahu pun macam mana nak guna (I'm not an expert. Sikit-sikit tu bolehla). Dalam ronda-ronda tu sempat beli


 Ready made marzipan and alphabet cutter

Macam teringin nak bereksperimen dengan marzipan. Actually boleh je kalau nak buat sendiri. Resepi ada di sini. Tapi Mama malas sebab takut tak cukup masa.

Malam lepas kids tidur Mama kena siapkan kerja untuk di email .Terpaksa tangguh plan bakar cake malam ni Mujur celebration esok pukul 4 petang.  Sambil-sambil tu siapkan  party pack.

Party beg


Mama puas survey party beg untuk dapat harga yang murah. Ye lah setakat beg yang pastinya akan dibuang  rasanya tak berbaloi nak spend mahal-mahal. Yang penting isi dalam biar best dan menarik. Finally jumpa yang ini harganya RM2.90 untuk sepuluh. Mungkin kalau cari boleh jumpa murah lagi tapi tak larat dah nak ronda kedai time lunch break..Penat ..huhuhu.


 Cikgu nurseri cakap total students dalam 40 tapi buat lebih sikit 46

hayatizain : mulai entry ini Mama adalah pengganti diri untuk saya :)



Kerja guru membebankan?

01 April, 2010

Pagi tadi terdengar isu ini dibincangkan di Hot RM. Rasa macam nak telefon je join the discussion tapi sebab tengah driving jadi dengar ajela. Dalam family saya memang ramai guru terutama side my father. My moyang (my father's grandfather) guru besar di Penang. Anak-anak dia pun ramai guru (my nenek and datuk sedara). Adik beradik my father (campur ipar duai) ada 5 orang guru. Dan yang paling hampir pastinya mama saya sendiri seorang GURU.

Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman sendiri. Mungkin ada yang setuju atau tidak bersetuju. Apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan  satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara saya rasa itu AMAT PERLU (walaupun ada juga suara-suara yang berkata kerja apa pun banyak bebannya).

 Mama saya sudah tiga dekad menjadi guru (Alhamdulillah bakal pencen tahun depan di usia 56). Apa yang saya lihat tugas guru di tahun 80an dan 90an tidak sama seperti sekarang (saya rasa guru-guru senior lebih memahami). Tugas mereka bukan sengaja mendidik dan mengajar (tugasan hakiki) malah ditambah lagi  dengan tugasan kokurikulum, persatuan, tugasan penkeranian dan kursus yang tiada penghujungnya. Itu belum ditambah melayan panggilan telefon ibu bapa walaupun di luar waktu bekerja (expectation ibu bapa sekarang memang tinggi) . Hujung minggu kadangkala bukan lagi hujung minggu. Cuti sekolah juga tidak bermakna dapat cuti. Guru ini cuma manusia biasa..Punya keluarga dan juga perlu masa untuk sendiri. Jika stress melanda bagaimana mereka hendak memberikan perkhidmatan berkualiti. Pada saya, zaman persekolahan ialah masa yang paling kritikal dalam pembentukan rohani dan jasmani seorang kanak-kanak dan remaja. Semasa itu mereka perlu diserapkan dengan nilai menghormati pendidik, jujur dalam menyiapkan tugasan /homework, bekerjasama dengan rakan-rakan dan menghargai kepentingan ilmu. Jika nilai-nilai ini gagal disemai maka kami di universiti akan menerima pelajar yang asyik meniru buat assignment (atau kadangkala tak buat lansung dan datang dengan 1001 alasan) , tidak hormat dengan pensyarah, tidak tahu bekerja dalam kumpulan dan belajar sekadar nak lulus peperiksaan (wujudlah istilah bawak masuk 'toyol' dalam dewan peperiksaan)..Sedih..memang sedih..Tambahan lagi jika melibatkan anak bangsa sendiri ..(Alhamdulillah sepanjang 5 tahun berkhidmat saya dikurniakan anak murid yang baik-baik).

Saya percaya setiap orang (terutama guru) punya cadangan untuk membaiki semua ini.  Saya berharap pihak jawatankuasa khas ini akan berjaya mencari cara terbaik dalam mengatasi semua ini. Selamilah hati guru-guru. Lawatilah mereka di tempat kerja. Jangan sekadar berharap pada laporan di atas kertas. . Teringat kata seorang guru saya.."Apa yang sampai ikhlas dari hati (guru) pasti juga akan terus ke hati (pelajar) . Kerjaya guru adalah kerjaya yang mulia, cuma khuatir satu hari nanti sukar untuk mencari guru yang benar-benar ikhlas menjadi guru. Saya rasa jika guru bukan kerjaya yang memang dijanjikan kerja selepas graduate (dalam erti kata lain tak payah susah-susah hantar testimonial dan attend interview sana sini) pasti pening "Faculty of Education" di universiti nak dapat students sebab semua TAK NAK TERBEBAN JADI GURU.




Teacher..you may not see the fruit of today's work ...but you have seeded a lifetime of knowledge


hayatizain : Terima kasih pada semua guru-guru saya di SRK Methodist Parit Buntar, SK Pmtg Tok Mahat Nibong Tebal dan Kolej Tunku Kurshiah Seremban. Tanpa mereka siapalah saya.