Toilet training (part 1)

28 April, 2010

Bila baca blog ibu-ibu pasal pengalaman toilet training anak-anak memang seronok. Elok juga ada blog kan. Boleh kita share pengalaman masing-masing untuk panduan dan pedoman.

Sebenarnya Mama dah mula aktiviti toilet training Aqil setahun yang lepas. Masa tu umur dia dua tahun. Tapi akhirnya terbengkalai kerana Mama yang GIVE UP (huhuhu teruk betul). Masa tu Dini baru lahir. Si kecik tu asyik nak bergayut je menyusu. Hujung minggu Mama tinggal dengan kids je sebab Mr Hubby kelas Sabtu dan Ahad. Aqil pulak asyik TERLEPAS sebab tak sempat cakap. Penat sungguh dengan baby kecik dan lepas tu berkali-kali mop lantai.

Cubaan kedua bermula awal Mac tahun ni (beberapa minggu sebelum besday Aqil 3 tahun). Itupun cikgu kat nurseri yang mula dulu (hehehe..thanks teacher). Aqil kat sekolah ok je bila cikgu tak bagi pakai diapers sebab kawan-kawan sebaya dia pun dah tak pakai diapers. Agaknya dia segan sebab dia seorang je yang pakai. Tapi bila balik rumah....................mengamuk-ngamuk nak pakai diapers..Aduhhhh anak Mama seorang ni dah 3 tahun  tak ready lagi ke. Tapi Mama tekad kali ni tak nak GIVE UP lagi walaupun  APA SAHAJA cabaran dan halangan. Lagipun Aqil dah nak masuk 3 tahun. Kira kategori lewat jugak ni..So what I did I showed him this pic
.
.
.
.
.
.
.
.
Baby gorilla with diaper

Mama kata kalau dah besar still pakai diapers nanti sama macam anak gorilla..Heheh teruk betul Mama ni. I know I'm not suppose to takut-takutkan Aqil macam tu. Tapi dah tak tahan sangat dia mengamuk. Dah la balik kerja Mama penat  dan stress terperangkap dalam jam. Tak nakla marah-marah anak bila sampai rumah. Lepas tengok pic tu dia dah tak mengamuk nak pakai diapers ( Good boyyyyy..). Mama pun keluarkanlah balik semua peralatan-peralatan yang pernah dibeli setahun yang lepas..



Toilet training seat Thomas and step stool

Mama beli ni di MotherCare. Tapi step stool tu kalau beli kat Ikea tu lagi murah (masa tu Mama tak tahu). Di bawah adalah pic setelah dipasang kedua-duanya.




Seat tu boleh buka dan pasang. So kalau adults nak guna toilet just remove je in a few seconds..Tapi Mama attach seat ni pada toilet di bathroom atas no 2. Bathroom tu jarang guna kecuali kalau ada tetamu datang tidur. Jadi tak payahla nak cabut pasang. Bilik air pun tak licin sangat sebab jarang basah. Mama rasa pakai seat ni senang sikit sebab boleh train Aqil terus guna toilet yang betul. Seat tu akan kecilkan diameter toilet bowl (ngan-ngan je untuk punggung kanak-kanak). Takdela risau Aqil terperosok masuk dalam bowl tu kalau Mama tak dapat nak supervised dia sepanjang masa AKTIVITI MEMBUAT  BISNESS ni. Tapi setakat ni Mama memang tak bagi dia masuk toilet seorang diri (biarlah adik Dini melalak sekejap kat luat ketuk-ketuk pintu bilik air).  Mama akan ikut Aqil dan tengok cara dia pijak step stool tu. Kena ajar cara yang betul supaya tak tergelincir. Maklumlah budak-budak kadang-kadang bila nak cepat dia terlupa. Keselamatan di bilik air sangat PENTING.

Ok..nanti part 2 Mama sambung cerita lagi ye...

hayatizain : kawan Mama pernah cakap dia terbalikkan besen as step stool. Mama terus tegur jangan guna besen. Dapatkan step stool sebab kalau step stool bawah dia ada design khas (rubber) untuk elak gelinciran. Kalau kita guna benda-benda lain takut kids tergelincir sebab licin.



2 comments:

Nida n' Hanafi said...

Alhamdulillah anak2 Kak Nida dua tahun dah tak pakai pampers.. tapi malam kena pakai jugak..

Nak bolehkan supaya mereka tak pakai pampers memang menyeksakan, asyik kena bawa mereka ke toilet dan tunggu sehingga mereka buang air.. walaupun mereka tak cakap nak ke toilet tapi akak bawak juga.. klu travel tu, pantang nampak stesyen pam minyak, mesti behenti aturkan mereka...letihlah jug

hayatizain said...

cepat kak Nida train anak-anak ye. Saya yang sulung ni lambat sikit. Konon-konon nak tunggu dia sendiri yang ready. Tapi dah 3 tahun tak ready-ready terpaksala mula dengan paksaan hehehe..memang letih kan kak. Asyik jadi pengunjung setia bilik air je :)