Curi duit secara online (Suspicious Scam Alert!)

04 May, 2010

Salam kepada semua..

Sebenarnya banyak benda yang Mama nak update. Pasal toilet training Aqil part 2 , perkembangan my kids dan tak lupa review pasal my new Tupperware steamer yang comel lote warna merah itu. Entry dah siap tapi remain as draf sebab tak sempat nak upload pictures lagi (Mama kalau cerita suka letak pictures).

Entry kali ni kebetulan tak transfer pics dari kamera.  Sebelum ni Mama pernah terbaca  pasal email yang minta anda update your online banking account . Dah lama jugak dengar pasal email-email macam ni yang kononnya dihantar pihak bank.  Semalam Mama ada dapat satu email dengan tajuk Maybank Alert: Restore Your Account Access. Ni print screen email tersebut



Awal-awal lagi Mama dah agak ni mesti email yang selalu diperkatakan tu. Tapi bila tengok ayat "Failure to comply to the instructions stated above might lead to permanent service suspensions" (wah ayat ugut ni) Mama rasa macam berbelah bagi jugak. Kalau my Maybank2u kena suspen susahla nak buat online payment/transaction . Boleh dikatakan 95% pembayaran (bill hp, internet, astro rumah opah, credit card , loan kereta) Mama memang buat online je di hari gaji masuk.

Untuk dapatkan kepastian Mama telefon customer service Maybank. SAH..memang email PALSU. Officer tu cakap Maybank TAK PERNAH  hantar sebarang email kepada customer regarding their accounts. IF click link yang diberi di atas dan ikut all the instructions (they might ask you to key in your id no and password for your online banking) SI PENCURI-PENCURI ZAMAN SIBER ini akan ada access to your accounts. Habisla duit-duit kat dalam bank tu they all transfer ntah ke mana-mana. Kalau anda dapat email-email macam ni sila abaikan. Kalau rasa macam tak sedap hati keliru betul ke tak sila telefon customer service bank-bank terbabit. Anda boleh dapat di website bank. Di bawah Mama listkan beberapa bank

Maybank : 1-300 88 6688 (customer service)
                  03-5891 4744 (hotline for security alert)

Cimb :  1-300-880-900
Kalau anda pergi ke website Cimb they all ada listkan BANYAK lagi contoh-contoh phishing email/sms.

Bank Islam : 03-26900900

So mommies please be careful with any email that you recieve. Janganlah percaya dengan email-email yang cakap anda menang beribu-ribu ringgit (macam-macam nilai matawang yang digunakan) atau cakap dia ni pewaris duit berjuta-juta USD dan nak sedekahkan pada anda sedikit harta dia sebab dia dah nak meninggal la..sakit itu..sakit inila..semua itu TIPU.  Mama tak tahu apa yang akan berlaku atau penipuan macam mana yang mereka-mereka ini akan buat jika anda response pada email-email itu. Tapi based of my experience my bro pernah dapat satu email dari international oil and gas company (my bro mmg dalam field oil and gas) konon-konon tawarkan kerja di US. Siap dengan letterhead dan logo company. Salary  yang di offer pulak mak aiiiii...sangatlah mengujakan (siapa yang kerja dengan dengan O&G memang logik boleh dapat banyak tu. Mama yang keje gomen ni sampai pencen tak cecah amount tu untuk sebulan).  Bila my bro response they all minta buat bayaran konon-konon nak uruskan pertukaran kerja, visa dan sebaginya. Alhamdulillah my brother ada seorang kawan dia yang kerja di syarikat yang sama. Dia minta kawan dia check dengan HR and terbukti surat tu palsu..Itu first experience Mama dan Mama sungguh tak percaya sebab tengok surat tu memang REAL habissssss....

hayatizain : zaman IT macam-macam boleh jadi . Malam semalam baru chat dengan my friend isu security status di facebook, twitter dan entry di blog. Nanti bila sempat Mama share pasal tu.

0 comments: