Sebenarnya Mama dah lama risik-risik nak beli steamer saiz kecil. Steamer yang Mama ada sekarang agak besar. Leceh sungguh nak guna kalau setakat nak steam sikit-sikit buat makan anak beranak. Bila pergi kedai electric mesti survey harga electric steamer yang saiz kecil . Tapi tak beli pun lagi sebab tak de budget . Finally 1 April lepas masa Mama ke stokis tengok TUPPERWARE ada produk baru STEAM IT : STEAMER. Apalagi terus Mama beli satu sebab saiz dia menepati apa yang Mama inginkan. Harga pun lagi murah dari electric steamer yang Mama mimpi-mimpikan selama ini. Dapat sekali dengan booklet resepi-resepi yang masak secara kukus dan cara-cara pengunaan steamer ni
My first cooking session guna steamer ni Mama kukus jagung. Mr hubby and kids memang suka makan corn in a cup yang satu cawan dijual RM2-RM2.50 tu. Kali ni Mama beli frozen sweet corn di Giant. Satu peket tu boleh 2-3 kali anak beranak makan.
Steamer 2 lapis dengan kuali tupperware (Tupperchef wok)
Ada kawan-kawan dan customer Mama pernah tanya, steamer ni hanya boleh guna dengan kuali Tupperware aje ke. Jadi Mama tanyala orang-orang kuat TUPPERWARE pasal isu ni. They all cakap boleh guna dengan kuali jenama lain . Yang penting pastikan api kecil dan air dalam kuali pada level yang dicadangkan. Jangan bagi steamer direct contact dengan iron (permukaan kuali) tanpa ada air . Mama pun cuba sekali lagi guna non stick pan. Ok je..
Pan perlu lebih besar dari diameter steamer
Berhati-hati dengan holes kecik yang keluar steam masa anda mengukus
Tak boleh guna periuk macam ni sebab steamer ada direct contact dengan periuk tanpa ada air. Nanti boleh melt steamer tu.
Sweet corn in a Tupperware bowl. Mama punya sikittt je butter
Mama suka kalau letak black pepper tapi hari ni tak leh buat sebab sakit tekak. Untuk kids Mama tak letak garam atau apa-apa pun pun. Licin they all makan. Yang penting Mama rasa lega sebab tak letak dalam polisterin cup macam yang selalu beli kat kedai. Mama actually tak suka penggunaan polisterin untuk letak makanan.
Lepas guna boleh terus basuh. Senang tak de lekat-lekat makanan. Lepas tu keringkan je di rak pinggan.
Selepas eksperimen menggunakan 2 jenis periuk (kuali tupperware and non stick pan jenama X) baru Mama faham kenapa penggunaan steamer ni recommended guna kuali Tupperware. Kalau guna kuali Tupperware pemanasan dia sekata so air tak de mendidih dengan dengan kuat walaupun api sederhana. Kalau guna kuali lain kena guna api yang betul-betul kecil. Kalau api sederhana air cepat mendidih dan cepat kering. Tapi masih boleh digunakan cuma anda kena pandai kawal.
Steamer ni ada keluar di beberapa newpaper dan majalah (Utusan, Metro, Star, Kosmo, Impiana Dapur, Mingguan Wanita dan Malaysian Women's Weekly) . Boleh lihat di sini. Kalau berminat nak tahu lebih lanjut boleh email dekat Mama di hayatizain@yahoo.com. Tiada paksaan untuk anda beli. Cuma kita share-share cerita. Steamer ni available sampai 15 May (x tahula kalau Tupperware nak extend production sebab so far permintaan sangat menggalakkan)
hayatizain : Kalau berkesempatan teringin sangat nak buat lepat labu sebab setakat ni tak pernah jumpa lagi lepat labu di KL yang memenuhi citarasa Mama..
0 comments:
Post a Comment