Siapa punya gambar?

19 May, 2010

Baru nak shutdown desktop tiba-tiba tengok satu email masuk dengan tajuk KASIH SEORANG ABANG. Email dengan satu gambar yang buat Mama nak menangis. Rasa nak terbang balik peluk cium anak-anak.
Sedih..sedih sangat-sangat...bergenang air mata...Si abang tertidur sambil tangan terus erat memangku adik...Ya Allah anak siapakah mereka ini...


Source : ?

Untuk gambar ni Mama tak tahu nak bagi credit pada siapa. Dapat pun dari email yang ntah berapa kali dah di forward. Mama cuma berharap kanak-kanak ini bukan mangsa sindiket untuk mengemis di jalanan. Walau di mana pun mereka berada sekarang moga nasib mereka lebih terbela..

hayatizain : Walaupun Aqil mungkin tak faham apa-apa tapi balik nanti Mama nak tunjukkan dia gambar ni. Just a short entry...Mahu terbang pulang............

0 comments: