Showing posts with label All about recipe. Show all posts
Showing posts with label All about recipe. Show all posts

Spageti carbonara untuk kanak-kanak

10 September, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya nak share satu lagi resepi yang simple, cepat tapi berkhasiat. InsyaAllah akan disukai oleh kanak-kanak kerana rasanya yang lemak berkrim.

Resepi yang mama saya nak share hari ini ialah

SPAGETI CARBONARA

Mudah sangat nak sediakannya. Menu ini selalu menjadi pilihan kalau saya sampai ke rumah agak lewat dari tempat kerja.

Bahan-bahan seperti di bawah

Bawang merah (dadu)
Bawang putih (dadu)
Isi ayam (dadu)
Sos carbonara prego
Susu segar
Sayur yang sesuai (saya selalu guna carrot yang di dadu halus dan frozen chopped spinach)
Sedikit serbuk lada hitam kasar

 
Warna hijau 3 ketul tu adalah frozen chopped spinach. Saya selalu stok di rumah sebab mudah untuk memasak makanan anak-anak terutama jika kehabisan stok sayur . Boleh dapatkan di bahagian sejuk beku kebanyakkan pasaraya.  Menu lain yang saya selalu letak frozen chopped spinach ialah nasi goreng, bubur nasi dan creamy potato soup. Di rumah juga saya selalu simpan stok susu full cream dutch lady yang kecil tu (125ml) . Mudah kalau nak letak dalam masakan. Guna terus satu kotak tak perlu simpan baki.
 
 
Chopped spinach.
 
 
 
Cara penyediaan
Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
Masukkan isi ayam yang di dadu
Letakkan sedikit serbuk lada hitam (bergantung pada tahap umur kanak-kanak)
Masukkan sayur
Setelah isi ayam masak letakkan sos carbonara
Kacau rata dan masukkan sedikit air
Setelah sos mendidih tuang satu kecil kotak susu full cream
Perasakan dengan garam mengikut kesesuaian
Biarkan seketika dan tutup api
 
 

Sambil buat sos carbonara cooker di sebelah saya rebus spageti. Di bungkusan pasta ada tercatat cooking time bergantung pada jenis pasta yang digunakan. Untuk anak-anak saya akan lebihkan masa merebus supaya lebih lembut. Setelah pasta lembut toskan air dan gaul dengan sedikit minyak zaitun.

Setelah spageti lembut dan sos siap boleh gaulkan sekali. Terpulang pada citarasa masing-masing sama ada nak serve setelah sos dan pasta di campurkan atau serve asing-asing.

 
SELAMAT MENCUBA

 
 

Resepi kuah dhal roti canai

26 August, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ni nak berkongsi satu lagi resepi. Seperti biasa resepi-resepi yang saya kongsi dalam diari mama ni mostly yang sesuai untuk kanak-kanak.

Kuah dhal ni sesuai dimakan dengan roti canai atau capati. Kalau di rumah selalu saya hidangkan bersama instant paratha kawanku atau capati goreng. Nak makan dengan roti bakar pun boleh. (Klik sini untuk resepi CAPATI GORENG). Nak makan dengan roti bakar pun sedap.
Alhamdulillah anak-anak sangat suka. Si kecik saya Durra pula suka makan macam tu sahaja macam makan bubur. Sebab tu di rumah ni saya selalu buat pekat-pekat.

Dhal atau juga dikenali sebagai lentils adalah dari jenis kekacang jadi ia kaya dengan protein dan zat mineral.  Sesuai menjadi hidangan sarapan kanak-kanak kerana ia akan membekalkan tenaga di permulaan hari .


Bahan-bahan
Bawang merah (hiris)*
Bawang putih (hiris)*
Sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang*
Satu sudu kecil biji sawi
Sedikit daun kari
2 sudu minyak masak
Secawan kacang dhall
2 biji lada hijau (optional)
isi ayam dadu/ stok ayam (optional)
Carrot (dipotong dadu) - saya guna Tupperware Turbo Chopper
Kentang (potong dadu)

Cara-cara membuatnya
Rendam kacang dhal kira-kira 30 minit. Bersihkan dan buang jika ada yang rosak atau hitam
Rebus kacang dhal sehingga empuk . Masa bergantung pada jenis dhal. Tapi nak masak dhal ni memang ambil masa juga nak tunggu empuk.
Anak-anak saya sukakan kuah dhal yang pekat. Jadi bila dhal sudah empuk saya keluarkan separuh dan hancurkan menggunakan Tupperware Turbo Chopper.

Dhal empuk yang dihancurkan dengan Tupperware Turbo Chopper. Chopper ni sangat membantu saya di dapur. Really love it. Sesiapa berminat nak order boleh hubungi saya 0125550314. Investment yang sangat berbaloi

Setelah dihancurkan masukkan semula dalam periuk
Setelah kacang dhal empuk , masukkan kentang , carrot yang di dadu dan lada hijau yang dibuang biji dan dibelah dua.
Cili hijau belah dan carrot yang didadu dengan Tupperware Turbo Chopper
 
Kentang dadu besar-besar. Guna russet potato yang lembut bila dimasak
 

Boleh juga tambah isi ayam atau stok ayam jika mahu
Tunggu sehingga semua bahan empuk dan kecilkan api
Tumis bahan bertanda * dalam kuali kecil
Setelah layu masukkan daun kari dan biji sawi (biji sawi masukkan lambat sikit supaya tak hangit)
Bila bahan sudah garing tutup api dan masukkan semua bahan yang digoreng tadi dalam periuk berisi kuah dhal . Masukkan sekali dengan minyak gorengan.

Blur pulak gambar sebab wap keluar hihihi

Tambah garam mengikut kesesuaian
Kacau-kacau sebentar dan tutup api periuk
SIAP





Mine . Kuah dhal yang pekat. Rasa lemak-lemak yang sungguh nyummy..

Dulu saya ingat nak buat kuah dhal ni kena guna santan macam buat kari dalca rupanya tak perlu santan pun.

SELAMAT MENCUBA

Resepi Kacang Kuda Goreng Pedas

15 August, 2013

Assalamualaikum

Hari ni nak share satu resepi favourite Mr Hubby. Resepi sebenarnya simple je . Cuma preparation lama sikit sebab kacang kuda perlu rendam dalm 4-5 jam sebelum di rebus. Tapi yang pasti hasilnya memang tak mengecewakan. Sesiapa nak kelainan untuk menu open house bolehla cuba. Sure menjadi rebutan.

Bahan-bahan

Kacang kuda
Cili kering (potong serong nipis-nipis)
Bawang merah (dadu halus)
Bawang putih (dadu halus)
Biji sawi
Daun kari

Cara memasak

Rendam kacang kuda 4-5 jam. Kacang kuda ni nampak je kecik tapi keras.
Rebus kacang kuda dengan air sehingga empuk. Masa merebus bergantung pada jenis kacang kuda. Bila dah hampir empuk masukkan garam
Toskan kacang kuda yang sudah empuk . Pastikan air kering
Panaskan sedikit minyak
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kering yang dihiris serong
Goreng sehingga hampir garing
masukkan daun kari dan biji sawi
Tutup api
Gaulkan bahan-bahan goreng bersama kacang kuda yang ditoskan tadi di dalam kuali
Tambahkan gula dan garam mengikut kesesuaian
SIAP

Simple je kan. Tapi bila dah makan sure susah nak berhenti. Tapi sesiapa yang sensitive badan senang berangin tu kena control-control sikit hehehe.

Cara lain boleh juga guna cili kisar masak macam nak buat sambal. Bila sambal dah garing dan kering gaul bersama kacang kuda yang di toskan.



SELAMAT MENCUBA

 
Kacang kuda yang sempat diselamatkan untuk sessi bergambar. Cepat je licin dikerjakan Mr Hubby dan anak-anak. Mungkin sebab tak pedas sangat Aqil dan Dini pun laju je makan. Untuk Durra saya biarkan kosong tak campur bahan tumis.
 

 

Nasi Arab Lamb versi kukus

02 August, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Hi aunties semua. Hari ni Durra nak cerita pengalaman first time mama masak nasi arab. Tengokla muka Durra yang happy dapat makan nasi arab mama masak ni. Mama kata bila kiss Durra masa ni dah bau macam lamb ...mbekkkkkk

Kisah ni weekends ke dua Ramadhan tapi baru sempat nak cerita. Hari Ahad papa tiba-tiba pulak request nak nasi arab. Bukan beli ya. Nak minta mama nasi arab masak sendiri. Masa papa request tu dah siap beli lamb dari butcher berdekatan rumah kami. Katanya lagi rempah nasi arab kawannya uncle Zul nak bagi masa solat zuhur nanti di surau

Terus melompat mama yang sedang lepak2 dengan kami masa tu. Ni kira first time mama nak buat nasi arab. Kalau nasi ayam, nasi tomato dan nasi beriani mama dah pernah buat. Nasi arab yang papa request ni versi kukus. Ketung ketang mama memunggah cabinet dapur cari pengukus. Pengukus yang ada sekarang kecik je. Steamer Tuppeware yang comel tu. Kalau setakat nak kukus dim sum, mini pau, jagung bolehla..mama kata kalau nak kukus nasi macam kecik sangat.

Setelah puas memunggah terjumpa electric multi cooker yang opah bagi 4-5 tahun lepas..multi cooker tu ada layer untuk steamer..tapi masalahnya lubang pada steamer tu besar-besar. Kalau letak beras sure terjun ke bawah

Dalam pukul 10 pagi diam-diam mama menyelinap keluar sekejap tinggalkan kami. Patutla papa beria-ia umpan Durra dengan cerita upin ipin di youtube.

Mama keluar pergi cari daun pisang sebab nak alas steamer..Mama beli jugak yogurt, timun, and beras jenama Pusa Gold. Aunties boleh cari beras ni di hypermarket

Mama kata beras Pusa Gold ni memang berbaloi kalau buat nasi-nasi berperisa macam ni. Saiznya panjang-panjang selepas di masak.

Uncle Zul pesan pesan beras kena rendam awal-awal supaya x keras sebab nak buat versi kukus. Kalau nak masak macam nasi biasa mungkin tak perlu awal sangat ..Pukul 11 pagi mama dah mula rendam beras..

Pukul 4 petang baru mula nak masak. Tengahari tu mama sibuk depan laptop sekejap. Kalau search dalam internet memang macam-macam version. Sampai naik pening nak ikut mana satu. Jadi mama ikut je cara yang uncle Zul bagi.  Uncle Zul ni bukan kerja chef. Dia pegawai kerajaan tapi pandai masak. Selalu kalau ada gotong royong masak di surau perumahan kami dia yang jadi ketua .

Ok sekarang jom kita tengok cara nak masak


 
Ini bahan-bahan asas untuk tumis. Sebelah tu pulak lamb cube yang papa beli. Dah potong kecik-kecik macam tu senang nak masak
Mula-mula tumis bawang merah (dadu halus), bawang putih (dadu halus), kulit kayu manis, buah pelaga dan lada hitam biji.
Setelah naik bau masukkan rempah nasi arab (mama guna kira-kira 3 sudu makan untuk 2 cawan beras Pusa Gold)
Campurkan sedikit air.
Tumis sehingga rempah naik bau dan masukkan lamb.
Tambahkan air dan garam dan rebus sehingga lamb lembut. Rebus kira-kira 1 jam. Masa merebus ni bergantung pada jenis daging yang anda guna. Sehingga semalam dah 3 kali mama buat nasi arab ni. Mama kata kalau guna ayam  leih cepat lembut . Tapi mama dan papa setuju bahawa nasi arab lamb lebih sedap dari nasi arab ayam. hehehe.

Pada masa yang sama alaskan steamer dengan daun pisang (kalau steamer jenis lubang kecik tak payah alas pun tak pe)
Letakkan beras yang direndam tadi di atas daun pisang.


Letakkan steamer atas periuk yang digunakan untuk merebus lamb tadi.
Wap dari air rebusan lamb dan rempah akan naik ke atas untuk melembutkan beras
Electric multi cooker yang diubah fungsi. Mama kata kalau masak guna electric susah sikit nak kawal api. Bahagian bawah tu rebus lamb dengan rempah. Atas pula kukus beras.


Setelah lamb yang direbus dengan rempah lembut, tutup api.
Masukkan beras yang dikukus tadi dalam satu bekas besar. Jangan risau pada stage ni memang anda tengok beras tu keras. (First time mama masak dulu cuak juga sebab tengok beras macam keras lagi. Mama siap kata dekat papa kalau nasi ni x jadi buka puasa kita makan scramble egg dengan roti je) .
Tuangkan lamb dan air rebusan. Kacau rata beras bersama bahan rebusan tadi.

Kacau sehingga sebati

Masukkan kembali bahan-bahan  ke dalam steamer yang beralaskan daun pisang tadi
Peiuk bahagian bawah yang digunakan untuk rebus lamb tadi basuh bersih dan gantikan dengan air biasa
Letakkan kembali periuk dan steamer di atas api.
Kukus sehingga nasi masak (kira-kira 1 jam. Masa ni bergantung pada jenis beras dan jenis steamer juga. Yang penting biar nasi masak)
Setelah nasi masak gaulkan sedikit dengan olive oil (optional). Masa tumis tadi mama guna minyak jagung je tak guna olive oil sebab stock di rumah ni extra virgin olive oil. Tak sesuai untuk pemanasan yang tinggi. Mama kata olive oil bagus untuk kesihatan. Durra pun suka sebab nasi rasa lebih lemak-lemak gitu
Mama tambahkan kacang badam . Nak letak cashew nut dan kismis pun boleh kalau ada
Tadaaa..Siap untuk dihidangkan



Untuk side dish mama buat sambal tomato dan timun yogurt. Tapi side dish ni Durra tak makan pun. Sesuai untuk orang dewasa je

SAMBAL TOMATO
1 biji tomato masak (buang biji)
1-2 ulas bawang putih
cili merah
cili hijau
garam dan gula untuk perasa

Masukkan semua bahan di atas dalam blender dan kisar sehingga halus

TIMUN YOGURT
Boleh guna timun biasa (buang empulur tengah) atau Zuchhini
Yogurt (Mama guna natural set yogurt perasa asli)
Dadu timun mengikut size yang anda suka
Campurkan dengan yogurt dan kacau rata


Inilah pinggan mama. Nasi arab dengan lamb, sambal tomato dan yogurt timun. Masa ni mama dadu timun guna Tupperware Turbo Chopper sebab nak cepat. Timun jadi kecil2 so tak Nampak sangat bila tangkap gambar. Sekarang bila buka puasa mama tak boleh makan pinggan kaca sebab Durra asyik nak duduk atas riba mama sambil sibuk-sibuk tarik benda atas meja. Maklumlah perut dah kenyang sebab makan awal :)

Masa first time mama masak nasi arab ni kebetulan mak lang Hani telefon. Mak lang tanya nasi arab mandhi ke khabsa . Mama kata mama tak tahu sebab uncle Zul tak cakap pun rempah tu nama apa. Nasi arab ni macam-macam nama kan. Tak pe yang penting papa, abang Aqil, Kak Dini dan Durra suka ...Alhamdulillah

Mama pun suka sebab ada satu lagi menu baru yang special kalau ada gathering keluarga. Durra tengok mama dah hantar proposal dekat papa nak cari steamer yang lebih besar supaya boleh masak 5-6 cawan beras sekaligus hehehe

Soft shell crab goreng tepung

01 August, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Weeekends lepas Mr Hubby sekali lagi buat kejutan selepas balik dari kuliah Subuh di surau (weekends sebelumnya request masak nasi arab. Nanti saya buat another entry pasal nasi arab ni). Kali ni dia bawa balik satu bag plastic soft shell crab / ketam kulit lembut. Kawannya yang kebetulan outstation ke Kuala Gula tolong belikan.

First time kami makan soft shell crab Januari lepas. Semasa pulang ke Taiping sempat berkunjung ke Kuala Gula. Masih tak sempat-sempat nak share entry tentang makan-makan di Kuala Gula tu.

Mr Hubby minta buat goreng tepung.
Dengar macam simple je kan
Tapi saya sibuk men'google' cara nak bersihkan soft shell crab tu. Takut hancur sebab lembut. Tengok youtube , baca artikel. Nak masak simple macam tu pun kena study hehehe

Salah satu artikel yang saya rasa senang nak faham boleh lihat di sini

HOW TO CLEAN SOFT SHELL CRAB



Inilah rupa Mr Crab selepas dibersihkan. Perlu ditoskan airnya betul-betul jika nak gorengan yang rangup. Setiap ekor ketam saya  potong kepada dua bahagian.

Selepas itu letak atas steamer Tupperware beralaskan container besar. Gaul sedikit garam dan kunyit  dan perap dalam peti sejuk (selepas dah masak baru tahu x perlu letak garam pun tak apa dan gorengan lebih rangup kalau ketam dipotong 4 bahagian)

Cara nak goreng pula pelbagai. Ada yang guna tepung tempura. Tapi last minute mana nak pergi beli tepung tempura jadi guna tepung jagung sahaja.

Soft shell crab ni lebih sedap goreng bila dekat-dekat nak makan. Jadi hari itu , pukul 7 petang baru  mula menggoreng

Mula-mula pukul sebiji telur. Dalam telur tu saya campur sebiji bawang putih yang ditumbuk.

Tuang tepung jagung dalam satu bekas. Kalau nak pedas-pedas berempah sikit boleh campur sedikit serbuk kari dan jintan manis yang biji-biji tu.

Panaskan minyak.

Bila minyak betul-betul panas celup ketam dalam telur, golekkan atas tepung jagung sehingga bersalut dan kemudian terus masuk dalam minyak


 
Alhamdulillah...Lauk berbuka kami. Soft shell crab goreng tepung rangup, tomyam sayur dan ayam stir fry. Menu ayam tu khas untuk Aqil sebab dia memang tak makan ketam. Dini no problem. Ketam tu memang favourite dia.
 

Murtabak maggi versi kanak-kanak

07 July, 2013

Assalamualaikum and salam sejahtera

Sekali sekala my kids akan request nak makan maggie..Kalau kita cakap TAK BOLEH they will ask WHY..WHY..WHY..Kawan Aqil boleh makan.

So i still cook maggie but without perencah dalam packet tu.

One of the versions  -  MURTABAK MAGGI

Sangat simple..
Sangat senang.
All in one dish..ada carbohidrat, protein dan vitamins

Bahan asas of course you need maggi. Actually any brand noddle boleh (cintan etc). Setiap kali buat mama guna 3 packets
Setiap packets 1 biji telur. So 3 packets 3 biji telur gred A.  Dalam resepi ni telur bertindak ibarat gam untuk bind all ingredient together. Kalau rasa telur kecil boleh increase. Kalau tak nanti bahan-bahan tak nak melekat and murtabak senang hancur.

Kalau ada isi ayam cincang pun ok. Kalau tak de boleh guna chicken stock. Mama memang selalu simpan homemade chicken stock di rumah.

First of all rebus Maggi sehingga lembut dan toskan air
Next tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Jika nak guna isi ayam atau udang boleh masukkan. Jika tak ada boleh gantikan dengan stok ayam.

Next masukkan sayur-sayuran. Boleh guna apa-apa sahaja sayur yang available dalam fridge. Kali ni mama guna carrot and leek. Minggu tu masa ronda-ronda di Jaya Groceries jumpa organic leek yang fresh. Carrot cincang guna Tupperware turbo chopper. Memang senang sangat buat kerja mencincang ni guna chopper ni. Mama ada share a few entries pasal chopper ni. Klik SINI untuk lihat.



Bila sayur lembut perasakan dengan garam dan lada hitam. Since ini version kanak-kanak jadi tak pedasla. Kalau nak buat version orang dewasa boleh letakkan hirisan cili padi atau serbuk kari.

Campurkan Maggi yang telah direbus, telur dan bahan-bahan yang di masak tadi dalam satu bekas. Gaulkan sehingga sebati.




Panaskan pan dengan sedikit minyak. Kalau non stick pan lebih mudah. Dalam gambar ni mama guna pan agak besar sebab ini je yang ada. Kalau ada pan lebih kecil lebih baik sebab senang nak terbalikkan murtabak nanti.

Tuang bahan-bahan yang dicampurkan tadi atas pan dan ratakan. Banyak mana terpulang pada anda. Kalau nak murtabak tebal letak banyak sikit. Kalau nak nipis letak kurang sedikit.


Masak sehingga kekuningan dan garing sebelum diterbalikkan. Berhati-hati supaya murtabak tak pecah.

Belum sempat masak anak-anak dah tunggu di meja.
Bila angkat je terus potong kecil-kecil


My plate. Sebab tak pedas kenala makan dengan sos cili

Sesuai dibuat untuk sarapan atau minum petang.

SELAMAT MENCUBA

Puding roti kukus untuk baby dan kanak-kanak

21 October, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak kongsi satu resepi dessert yang berkhasiat, cepat dan mudah disediakan untuk baby 9 bulan ke atas dan kanak-kanak iaitu PUDING ROTI KUKUS. Resepi ini menggunakan telur jadi hanya sesuai jika baby tidak allergic kepada telur

Bahan-bahan asas
2 keping roti putih
1 biji telur
125ml  susu segar (Mama guna 1 kotak  dutch lady kids yang kecik comel tu)

Senang je kan bahan asas dia. Kalau untuk baby bawak 1 year tak payah letak gula. Kalau anak dah besar (toddler) bolehla campurkan 1 sudu gula perang.

Cara membuatnya :
Carikkan roti kecil-kecil dan masukkan ke dalam bekas yang boleh dikukus
Tuangkan susu dan biarkan roti terendam
Pukul telur dan gula (jika letak gula). Masukkan ke dalam campuran tadi
kacau sedikit supaya sebati
Masukkan bahan-bahan lain yang dirasakan sesuai.(buah, yogurt etc)


Gambar di bawah mama letak buah currant dan pisang



Letak calci yum perasa strawberry pun sedap



Selepas itu biarkan adunan kira-kira 5 minit
Masukkan dalam pengukus. Kukus kira-kira 20 minit. Seperti biasa mama gunakan steam it Tupperware.  Memang mudah. Senang basuh, ringan dan praktikal kalau nak kukus makanan dalam portion kecil. Ada a few entries yang mama tulis pasal kegunaan steam it tupperware ni.

Dah masak


Bila diceduk puding ni lembut. Sedap dimakan suam-suam. .



2 beradik sedang menikmati. Aqil kurang sikit bab dessert. Dia suka kuih pedas2 macam karipap



Ni untuk mama. Dalam letak sedikit oat dan badam . Atas letak parutan choc. Sedap di makan selepas disejukkan dalam peti ais. nyum..nyum


Selamat mencuba..

Homemade creamy chicken soup

17 October, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aqil, Dini dan Mr Hubby memang suka makan creamy chicken soup. Kalau kami berpeluang makan di Nandos atau Kenny Rogers itu menu wajib. Sesekali Mr Hubby belikan chicken soup kimball yang dalam tin tu. Memang mudah. Buka tin, tuang dalam periuk , tambah air dan panaskan. Tapi entah kenapa mama kurang gemar. Rasa sedih sebab itu favourite food anak dan suami tapi makan yang instant punya.
 
Bila ada masa terluang mama cuba cari cara buat creamy chicken soup Memang banyak version. Akhirnya setakat hari ini sudah berjaya buat sudah 2 kali. Preparation leceh sedikit tetapi untuk hidangan kepada keluarga apa salahnya. 

Mula-mula buat chicken stock dulu. Untuk chicken stock mama gunakan rangka ayam. Beli je kat Mydin. Bersihkan rangka ayam dan buang segala lemak-lemak.


Masukkan dalam periuk dengan bawang holland, carot dan celery. Masukkan air secukupnya dan rebus. Mula-mula kuatkan api sehingga mendidih. Bila dah mendidih perlahankan api. Mama rebus dalam satu jam setengah pada api yang kecil. Setelah suam tapiskan bahan-bahan. Sayur-sayur mama ketepikan. Bawang boleh dicampurkan dalam sup nanti.


Setelah siap chicken stock asingkan sedikit untuk dibekukan buat bubur Durra nanti. Kalau dah ada stock ayam memang mudah buat bubur bila balik kerja

Untuk sup langkah pertama panaskan 1 sudu butter dan sedikit minyak jagung (boleh juga guna butter je semua). Masukkan 2 sudu besar tepung gandum. Kacau sehingga campuran jadi berbuih-buih

Tambahkan stok ayam dan susu segar. Mama guna susu full cream dutch lady je. (At this  stage mama dah asingkan sedikit  untuk Durra ke dalam periuk kecil yang lain sebab untuk dia tak nak letak cream dan garam).

Tambahkan cream (Mama guna cream jenama nestle)

Masak sehingga kepekatan yang dikehendaki. Tambahkan isi ayam . Mama guna isi ayam yang ada pada rangka ayam. Carik-carikkan dan masuk ke dalam sup.

Tambahkan garam, lada hitam dan daun pasley kering.

Setelah siap bolehlah dihidangkan dengan garlic bread.  Mama guna roti gardenia je buat garlic bread.

 
Alhamdulillah semua orang suka.
 

Spagheti kuah ketam

04 October, 2012

Assalamaualaikum dan salam sejahtera


Dah beberapa minggu Dini asyik menyanyi

Dini nak crab...Dini nak crab..Mama tangkapla crab

Huhu anak-anak sekarang. Dah pandai demand nak makan crab. Rasanya masa sebaya Dini dulu (3 tahun lebih) mama hanya makan ikan dan ayam.

Kesian dia. Tiap kali makan malam tanya bila mama nak tangkap crab. Dia ingat mamanya ni pemancing agaknya. Tapi salah sendiri jugak sebab bila masak udang dia tanya mama beli kat mana udang ni mama akan jawab "Mama tangkap sendiri" hihihi

Minggu lepas berjaya tangkap 5 ekor ketam kat Mydin. Besar-besar jugak. Tapi hampir setiap hari sampai lambat tak sempat nak masak. Weekends lepas pun macam-macam hal. Kebetulan semalam sampai awal sikit dari biasa. Tak ambil lagi kids dari nurseri tapi terus bergegas masuk dapur. Nak buat spagheti kuah ketam express in 30 minutes. Kalau lama sangat nanti kena bayar overtime anak-anak kat nurseri. Resepi ni mama reka-reka je gabungan dari beberapa resepi mee ketam yang pernah baca di internet. Siapa nak masak cepat bolehla cuba ye

Bahan-bahan
Ketam
2 biji ubi keledek (rebus dan lecek)
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Cili kering (potong serong)
1 sudu serbuk kari ikan
1 tin tomato soup Kimball

Hiasan:
Telur rebus
Sawi (dicelur)
Bawang goreng
Hirisan limau

Cara-caranya

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang didadu dengan potongan cili kering. Portion cili kering bergantung pada tahap kepedasan yang dikehendaki. Nak guna cili mesin pun boleh. Mama tak boleh buat pedas sangat sebab Aqil dan Dini nak makan sekali
  2. Setelah layu masukkan serbuk kari ikan. Tumis hingga naik minyak
  3. Masukkan ketam. Balik-balikkan sebentar.
  4. Tuang tomato soup Kimball. Tambah air
  5. Masukkan keledek yang dilecek untuk memekatkan kuah
  6. Perasakan dengan garam

InsyaAllah siap kurang dari 30 minutes. Tapi dengan syarat ubi keledek tu rebus awal-awal. Semalam kami makan kosong je (tak de bahan-bahan hiasan) tapi laju jugak. Mama masak kuah dan rebus spagheti sebelah menyebelah (Nak guna mee kuning pun boleh). Dah siap terus keluar ambil anak. Tak sempat nak tangkap gambar masa hidang. Masa makan lagi la tak menang tangan. Durra sekarang dah pandai nak bangun dari baby chair panjat meja makan macam spiderman.
 
Bahan-bahan yang ditumis

Keledek mama hancurkan guna Tupperware Turbo Chopper. Senang sangat.

Ketam berenang di dalam kuah


Alhamdulillah tercapailah hajat Dini nak makan crab. Banyak betul dia makan sampai kami terpaksa takut-takutkan dia supaya berhenti makan. Orang dewasa semua dah selesai dia masih di meja makan mengorek-ngorek isi ketam.Aduhaiiii princess seorang ni.



bubur pasta ayam, labu dan brocoli (baby food)

27 September, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni mama nak kongsi satu lagi resepi makanan baby iaitu bubur pasta ayam, labu dan brocoli. Macam panjang benar namanya. Siap sebut semua bahan yang ada kat dalam tu. Bagi mama resepi ni sesuai untuk anak-anak yang tak suka makan brocoli. Seperti kisah Aqil di bawah


Aqil dan brocoli
Di usia 6 bulan mama perkenalkan dengan puri brocoli. Excited sungguh nak cuba segala jenis puri macam yang dilihat dalam buku. Bila sampai hari puri brocoli habis disembur-sembur sambil buat muka tak suka..tutup-tutup mulut dan menangis tak nak makan..isk...isk.Penat tau mama masak. Lepas tu mama stop sekejap. Bagi puri lain pulak
Bila dia mencecah usia 9 bulan mama cuba perkenalkan lagi sekali dengan brocoli. Kali ni buat bubur nasi campur ayam dan brocoli. Again...dia menolak. Rasa frust sangat sebab dah penat masak.. Biasalah sebagai ibu kita nak berikan yang terbaik untuk anak-anak. Semua orang tahu dengan khasiat brocoli. Mama siap beli yang organic lagi. Sebab frust terus mama stop bagi brocoli. Pada masa tu Aqil hanya suka makan karot dan kentang. Jadi dua sayur tu je yang mama selalu masakkan untuk dia.
Itulah salah satu kesilapan mama pada masa itu. Tak kreatif nak bereksperimen sebab terlalu takutkan rejection dari anak. Alhamdulillah mama belajar dari kesilapan itu. Jika anak reject sesuatu makanan kita perlu kreatif untuk mengubahsuainya sehingga diterima oleh anak. Tambahan lagi jika makanan itu mengandungi khasiat yang tinggi. Untuk Dini dan Durra mama telah gabungkan brocoli dengan sayur yang sedikit manis iaitu labu. Alhamdulillah mereka suka. Jadi ibu-ibu yang anak baru nak belajar makan jangan putus asa ya. Alhamdulillah sekarang Aqil juga dah makan brocoli. Tapi mesti disertakan dengan lauk kegemarannya ayam goreng.

Ok..seterusnya kita ke resepi ya

Bahan-bahan
Sedikit minyak masak (mama guna olive oil atau corn oil bergantung apa yang ada)
Bawang besar (dadu)
Labu (dadu)
Brocoli
Isi ayam

Cara memasak
Tumis bawang dengan sedikit minyak sehingga layu
Masukkan isi ayam yang didadu
Kacau sebentar
Masukkan baby pasta,labu dan brocoli
Masukkan air
Rebus sehingga sayur dan pasta lembut
Campur sedikit susu (optional)
Bila dah suam boleh blend atau lenyek je dengan garpu supaya hancur2 bergantung pada umur anak. Mama hanya gunakan Tupperware Turbo Chopper untuk hancurkan.  Durra dah ada 6 batang gigi (2 bawah 4 atas) jadi dia suka kalau makanan boleh kunyah2. Kalau terlalu hancur dia tak suka.


Di dalam Tupperware Turbo chopper. Siap untuk dihancurkan


Dah siap hidangan sepinggan lengkap. Ada karbohidrat dari pasta, protein dari ayam dan susu dan vitamin dari labu dan brocoli.

Tak sempat nak snap gambar selepas dihancurkan sebab Durra dah tak sabar nak makan. Dia sekarang kalau letak di baby chair akan jerit "nak..nak..nak..nak"

Resepi coleslow

18 September, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mr Hubby memang suka makan coleslow. Untuk membuatnya mama akan guna resepi di bawah

Bahan-bahan
Kobis
Carrot
mayonis
sedikit garam dan gula
full cream milk
cuka (mama tak pernah letak. Rasa masam mayonis sudah memadai buat kami)


Sangat simple. Bersihkan kobis dan carrot dan cincang halus. Kemudian tambah bahan-bahan lain di atas. Kalau hendak mudah boleh gunakan saja coleslow dressing .

Sejak beli Tupperware Turbo Chopper coleslow yang dibuat seakan-akan coleslow KFC sebab mama berjaya dapatkan kobis dan carrot yang dipotong kecil. Dulu-dulu guna pisau mana terdaya nak hiris terlalu kecil. Bila guna grater hancur pulak sayur-sayur tu..

potong kobis pada saiz yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam chopper. Masuk sedikit demi sedikit dan tarik tali chopper.  Jangan overcrowded. Kalau buat dalam kuantiti yang banyak mungkin mengambil masa sedikit tapi penantian itu sangat berbaloi.
Gaul dengan bahan-bahan lain dan tutup rapat dalam tupperware. Coleslow lebih sedap jika disimpan dahulu 2-3 jam di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan..

Cucur udang bersayur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cucur adalah makanan kegemaran mama dan adik-beradik. Masih teringat betapa kreatifnya our mom (opah) mempelbagaikan pilihan sayur untuk diletakkan di dalam cucur. Antara sayur yang menjadi pilihan ialah kucai, daun bawang, carrot (dadu halus), jagung dan kentang (dadu halus). Ikan bilis atau udang kering tumbuk dan isi udang segar yang potong ditambah untuk menambahkan perisa. Kadangkala cukup sekadar cucur tepung kosong ditambah bawang besar yang didadu cukup membuatkan kami adik beradik makan laju.

Cucur yang opah buat lembut di dalam dan garing di luar. Rahsianya ialah  tepung yang dibancuh bersama air panas (ditambah kemudian di dalam adunan cucur).

Bahan-bahan asas membuat cucur udang bersayur. Tepung gandum, isi udang, kuchai dipotong pendek, sedikit garam, lada hitam dan serbuk kunyit, bawang besar dan carrot yang mama potong halus menggunakan Tupperware Turbo Chopper. Jika mahu pedas boleh tambahkan hirisan cili merah. Tapi kesian pulak anak-anak tak boleh join makan sekali nanti. Tambahkan air sehingga membentuk adunan yang tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
 
 
 
2 sudu tepung gandum dibancuh dengan  air panas (mendidih) sehingga membentuk pes sebegini. Air perlu betul-betul panas supaya tepung masak. Campurkan satu sudu ke dalam adunan cucur di atas (bergantung pada kuantiti adunan cucur. Boleh adjust mengikut banyak mana kuantiti yang dibancuh). Ia akan membuatkan cucur lembut walaupun telah lama digoreng (ada juga petua lain masukan minyak panas ke dalam adunan cucur). Semasa berjinak-jinak membuat homemade bread dulu mama terjumpa di blog kak ros jintanmanis  teknik yang hampir sama digunakan untuk membuat roti yang lembut. Campuran tepung yang dimasak dengan air ini dikenali sebagai water roux
 
Cucur yang siap digoreng. Alhamdulillah buat minum petang kami anak beranak.
 

Sambal cili kicap versi goreng tak pedih mata

10 September, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak kecil sambal cili kicap ni sinonim dengan soto sebab soto adalah masakan wajib hari raya buat mama di kampung. Setiap tahun nenek mama akan masak satu periuk besar sup ayam digandingkan dengan ketupat nasi dan bergedel daging khas untuk cucu-cucunya.

Semasa di universiti mama mula makan pisang goreng, cekodok pisang dan keledek goreng dengan sambal cili kicap  hasil tunjuk ajar my coursemate anak jati negeri Johor. Mula-mula rasa pelik tapi lama-lama sedappppp rupenye.

Cara mudah nak buat sambal cili kicap ni cuma tumbuk atau blend cili padi dan tambahkan kicap. Hari ni mama nak share cara buat sambal cili kicap yang diajar oleh seorang rakan


Bahan-bahan utama. Cili padi dan bawang putih sebagai penambah perisa. Kalau tak suka rasa bawang putih tak payah letak pun tak apa.


Basuh bersih-bersih bahan di atas dan toskan kering. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Bila minyak panas masukkan semua bahan di atas. Goreng sebentar agak-agak cili layu (jangan sampai garing pulak ye). Mungkin berlaku sedikit adegan tembak menembak dari cili dalam kuali.

Toskan minyak dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk boleh blend atau tumbuk. Dulu, kalau untuk portion yang banyak boleh blend tapi kalau portion sedikit terpaksa tumbuk dengan lesung. Berdentum-dentum menumbuk. Tapi kini mama hanya gunakan Tupperware Turbo Chopper


Masukkan semua dalam chopper. In a few seconds siap


Masukkan dalam mangkuk. Tambah kicap. My friend ajar kalau guna kicap masin kena letak sedikit gula untuk naikkan rasa. Kalau guna kicap manis pulak kena tambah sedikit garam. Part ni bergantung pada citarasa masing-masing. Lepas tambah kicap dah siap sambal cili kicap kita. Sedia untuk dimakan bersama soto atau bihun sup.

baby pasta with chicken and tomatoes gravy

16 August, 2012

Assalamualaikum

Dah lama tak menulis sejak Ramadhan ni. Rasanya dah ramai yang cuti hari ni. Pagi tadi lalu di tol Damansara pun jam sikit je. Tak seteruk hari-hari biasa.

Hari ni mama nak share satu resepi favourite Durra. Si kecik ni badan tak bam bam macam kak Dini dia dulu tapi selera makan boleh tahan. Sekejap je dah 10 bulan.

Durra suka sangat makan pasta dengan chicken and tomatoes gravy. Nak buat pun senang je.

Bahan-bahan
Bawang kecil 2 ulas
bawang putih 1 ulas
sedikit minyak sayuran (mama guna minyak jagung)
Isi ayam
Tomato yang masak (buangkan biji dan dadu. Kalau dapat yang organik lagi bagus)
Carrot (buang kulit dan dadu)

Cara-cara
Tumis bawang kecil dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
Masukkan isi ayam. Kacau sebentar
Tambahkan air
Masukkan tomato dan carrot
Rebus sehingga carrot lembut
Sejukkan sebentar
Masukkan dalam blender dan blend
Masuk semula dalam periuk. Boleh juga ditambah cheese kalau suka

Untuk pasta mama guna baby pasta jenama Heinz. Sekejap je rebus dah lembut. Memang mudah. Masa Aqil dan Dini dulu gigih mama merebus pasta san remo tu sampai betul-betul  lembut. Dalam 10-12 minit jugak.
Mama beli pasta ni di Tesco. Pernah tengok di Giant pun ada dulu. Tapi tak semua outlet ada. Satu pack tu tahan lama jugak sebab bukan hari-hari makan pasta kan. Pasta ni kecik-kecik je bentuk star. Memang comel.

nyum-nyum

oh ye yang nampak hitam-hitam sikit tu sebenarnya kurma. Bulan puasa ni kalau masak meal untuk Durra mama memang suka masukkan kurma sekali. Selain berkhasiat menambahkan perisa pada makanan. Yang penting makanan baby jangan letak garam tau.





Puding triffle simple

24 July, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria,

Hari ni nak berkongsi resepi desert yang simple dan sedap, puding triffle. Triffle ni kalau surf di internet macam-macam version especially part kastard. Ada yang guna kuning telur. Mama gunakan resepi paling simple je seperti di bawah

Lapisan bawah :
Cake roll. Selalu beli di king's confectionery je. Mama punya favourite perasa coklat. Potong swiss roll susun dalam bekas. Lebih cantik gunalah bekas kaca atau plastik yang transparent. Kalau nak buat mini version guna bekas dadih yang kecil2 tu. Setelah disusun renjis sedikit air dari fruit cocktail pada kek.

Lapisan tengah :

  • 3 sudu besar tepung kastard




  • 3 sudu besar gula




  • 3 cawan fresh milk



  • Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan pekat. Sukatan di atas boleh adjust ikut portion kita nak masak atau ikut kemanisan yang dikehendaki. Kastard ni mesti sentiasa kacau tau.. Kena sabar..jangan tinggalkan. Takut hangit kalau tepung yang berketul mendap ke dasar peiuk. Setelah pekat angkat dan biar sejuk. Tuang pada kek yang dah disusun

    Lapisan atas :
    Krystal Jeli Nona dan fruit cocktail . Krystal jeli Mama suka perasa strawberry atau rasberry. Masak ikut arahan di belakang kotak (Mama selalu kurangkan air ke 370 ml). Agak-agak suam tuang atas lapisan kastard dan kemudian taburkan fruit cocktail.

    Setelah siap masukkan dalam peti sejuk. Lagi lama lagi sedap.

    Selamat mencuba




    PS: Baju online kanak-kanak @ Casabonda mama and kids. Klik sini untuk melihat koleksi terbaru


    

    Pasta shells with creamy tomato and mozarella sauce

    28 February, 2012


    Aqil dan Dini memang suka makan pasta. Tak kisahla spagheti ke , macaroni ke. Hari ni teringin nak cuba pasta baru untuk makan malam. Beli bentuk shells pulak.

    Pasta ni rebus macam biasa. Shells ni jenis besar. Bila dah siap rebus lagi la besar. Awal-awal lagi dah agak sure ada kontroversi bila nak makan nanti. Aqil jenis cerewet sikit. Bukan nak makan kalau benda pelik-pelik. Udang, sotong ketam semua tak nak makan.

    Untuk sauce Mama guna pasta sauce jenama Leggos. Di botol tulis pasta bake creamy tomato and mozarella sauce. Asalnya nak beli Preggo original dalam tin merah tu je tapi cari-cari kat kedai runcit dekat area rumah ni habis pulak. Jadi cubalah brand Leggos pulak. Confident sikit sebab ada cop halal dari Australian Federation Islamic Council (AFIC) berbanding Preggo dalam botol kaca tu.

    Balik rumah terus sinsing lengan masak sebelum ambil kids di nurseri. Bahan-bahan biasa je macam nak buat pasta goreng. Cuma masa tumis onion and garlic masukkan sekali potongan cili kering supaya pedas-pedas sikit. Budak-budak kat rumah ni kalau pedas sikit masih boleh tahan..maklumlah ada darah negeri sembilan.

    Untuk sayur guna tomato ceri dan bayam. First time guna bayam masak pasta.  Banyak kali jumpa resepi vegetarian lasagna guna bayam@spinach tapi tak dapat nak imagine macam mana rasanya gandingan pasta dengan bayam. Dari kecik dah biasa bayam masak air or bayam masak lemak. . My kids kalau masak spinach buat sup memang susah nak suruh makan. Macam-macam alasan. Tapi bila masak sekali dengan favourite food they all ok je makan.

    Bila sayur dah layu sikit masukkan pasta dan tuangkan sauce dari botol. Gaul-gaul sekejap dan tutup api. Sedap jugak sauce ni sebab ada mozarella cheese. Rasanya sweet sour and creamy.