Hi aunties semua. Hari ni Durra nak cerita pengalaman first time mama masak nasi arab. Tengokla muka Durra yang happy dapat makan nasi arab mama masak ni. Mama kata bila kiss Durra masa ni dah bau macam lamb ...mbekkkkkk
Kisah ni weekends ke dua Ramadhan tapi baru sempat nak cerita. Hari Ahad papa tiba-tiba pulak request nak nasi arab. Bukan beli ya. Nak minta mama nasi arab masak sendiri. Masa papa request tu dah siap beli lamb dari butcher berdekatan rumah kami. Katanya lagi rempah nasi arab kawannya uncle Zul nak bagi masa solat zuhur nanti di surau
Terus melompat mama yang sedang lepak2 dengan kami masa tu. Ni kira first time mama nak buat nasi arab. Kalau nasi ayam, nasi tomato dan nasi beriani mama dah pernah buat. Nasi arab yang papa request ni versi kukus. Ketung ketang mama memunggah cabinet dapur cari pengukus. Pengukus yang ada sekarang kecik je. Steamer Tuppeware yang comel tu. Kalau setakat nak kukus dim sum, mini pau, jagung bolehla..mama kata kalau nak kukus nasi macam kecik sangat.
Setelah puas memunggah terjumpa electric multi cooker yang opah bagi 4-5 tahun lepas..multi cooker tu ada layer untuk steamer..tapi masalahnya lubang pada steamer tu besar-besar. Kalau letak beras sure terjun ke bawah
Dalam pukul 10 pagi diam-diam mama menyelinap keluar sekejap tinggalkan kami. Patutla papa beria-ia umpan Durra dengan cerita upin ipin di youtube.
Mama keluar pergi cari daun pisang sebab nak alas steamer..Mama beli jugak yogurt, timun, and beras jenama Pusa Gold. Aunties boleh cari beras ni di hypermarket
Mama kata beras Pusa Gold ni memang berbaloi kalau buat nasi-nasi berperisa macam ni. Saiznya panjang-panjang selepas di masak.
Uncle Zul pesan pesan beras kena rendam awal-awal supaya x keras sebab nak buat versi kukus. Kalau nak masak macam nasi biasa mungkin tak perlu awal sangat ..Pukul 11 pagi mama dah mula rendam beras..
Pukul 4 petang baru mula nak masak. Tengahari tu mama sibuk depan laptop sekejap. Kalau search dalam internet memang macam-macam version. Sampai naik pening nak ikut mana satu. Jadi mama ikut je cara yang uncle Zul bagi. Uncle Zul ni bukan kerja chef. Dia pegawai kerajaan tapi pandai masak. Selalu kalau ada gotong royong masak di surau perumahan kami dia yang jadi ketua .
Ok sekarang jom kita tengok cara nak masak
Ini bahan-bahan asas untuk tumis. Sebelah tu pulak lamb cube yang papa beli. Dah potong kecik-kecik macam tu senang nak masak
Mula-mula tumis bawang merah (dadu halus), bawang putih (dadu halus), kulit kayu manis, buah pelaga dan lada hitam biji.Setelah naik bau masukkan rempah nasi arab (mama guna kira-kira 3 sudu makan untuk 2 cawan beras Pusa Gold)
Campurkan sedikit air.
Tumis sehingga rempah naik bau dan masukkan lamb.
Tambahkan air dan garam dan rebus sehingga lamb lembut. Rebus kira-kira 1 jam. Masa merebus ni bergantung pada jenis daging yang anda guna. Sehingga semalam dah 3 kali mama buat nasi arab ni. Mama kata kalau guna ayam leih cepat lembut . Tapi mama dan papa setuju bahawa nasi arab lamb lebih sedap dari nasi arab ayam. hehehe.
Pada masa yang sama alaskan steamer dengan daun pisang (kalau steamer jenis lubang kecik tak payah alas pun tak pe)
Letakkan beras yang direndam tadi di atas daun pisang.
Letakkan steamer atas periuk yang digunakan untuk merebus lamb tadi.
Wap dari air rebusan lamb dan rempah akan naik ke atas untuk melembutkan beras
Electric multi cooker yang diubah fungsi. Mama kata kalau masak guna electric susah sikit nak kawal api. Bahagian bawah tu rebus lamb dengan rempah. Atas pula kukus beras.
Setelah lamb yang direbus dengan rempah lembut, tutup api.
Masukkan beras yang dikukus tadi dalam satu bekas besar. Jangan risau pada stage ni memang anda tengok beras tu keras. (First time mama masak dulu cuak juga sebab tengok beras macam keras lagi. Mama siap kata dekat papa kalau nasi ni x jadi buka puasa kita makan scramble egg dengan roti je) .
Tuangkan lamb dan air rebusan. Kacau rata beras bersama bahan rebusan tadi.
Kacau sehingga sebati
Masukkan kembali bahan-bahan ke dalam steamer yang beralaskan daun pisang tadi
Peiuk bahagian bawah yang digunakan untuk rebus lamb tadi basuh bersih dan gantikan dengan air biasa
Letakkan kembali periuk dan steamer di atas api.
Kukus sehingga nasi masak (kira-kira 1 jam. Masa ni bergantung pada jenis beras dan jenis steamer juga. Yang penting biar nasi masak)
Setelah nasi masak gaulkan sedikit dengan olive oil (optional). Masa tumis tadi mama guna minyak jagung je tak guna olive oil sebab stock di rumah ni extra virgin olive oil. Tak sesuai untuk pemanasan yang tinggi. Mama kata olive oil bagus untuk kesihatan. Durra pun suka sebab nasi rasa lebih lemak-lemak gitu
Mama tambahkan kacang badam . Nak letak cashew nut dan kismis pun boleh kalau ada
Tadaaa..Siap untuk dihidangkan
Untuk side dish mama buat sambal tomato dan timun yogurt. Tapi side dish ni Durra tak makan pun. Sesuai untuk orang dewasa je
SAMBAL TOMATO
1 biji tomato masak (buang biji)
1-2 ulas bawang putih
cili merah
cili hijau
garam dan gula untuk perasa
Masukkan semua bahan di atas dalam blender dan kisar sehingga halus
TIMUN YOGURT
Boleh guna timun biasa (buang empulur tengah) atau Zuchhini
Yogurt (Mama guna natural set yogurt perasa asli)
Dadu timun mengikut size yang anda suka
Campurkan dengan yogurt dan kacau rata
Inilah pinggan mama. Nasi arab dengan lamb, sambal tomato dan yogurt timun. Masa ni mama dadu timun guna Tupperware Turbo Chopper sebab nak cepat. Timun jadi kecil2 so tak Nampak sangat bila tangkap gambar. Sekarang bila buka puasa mama tak boleh makan pinggan kaca sebab Durra asyik nak duduk atas riba mama sambil sibuk-sibuk tarik benda atas meja. Maklumlah perut dah kenyang sebab makan awal :)
Masa first time mama masak nasi arab ni kebetulan mak lang Hani telefon. Mak lang tanya nasi arab mandhi ke khabsa . Mama kata mama tak tahu sebab uncle Zul tak cakap pun rempah tu nama apa. Nasi arab ni macam-macam nama kan. Tak pe yang penting papa, abang Aqil, Kak Dini dan Durra suka ...Alhamdulillah
Mama pun suka sebab ada satu lagi menu baru yang special kalau ada gathering keluarga. Durra tengok mama dah hantar proposal dekat papa nak cari steamer yang lebih besar supaya boleh masak 5-6 cawan beras sekaligus hehehe
0 comments:
Post a Comment