Buku Ledakan facebook antara pahala dan dosa - slot buku- buku Mama

15 June, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria,

Sedikit perkongsian buku di hari Jumaat



Penerbit :PTS
Harga : RM18.00
Mukasurat : 170

Buku ini sebenarnya Mr Hubby yang beli semasa dia ada lecture dengan Dr Zaharuddin untuk course Islamic Finance. Tengok tajuk je dah menarik hati. Gigih Mama habiskan pada hari yang sama.  Tajuk yang sungguh relevan dengan situasi sekarang. Zaman sekarang sudah nak cari orang yang tak ada account facebook. Hatta budak sekolah rendah pun dah ada facebook. Mama sendiri ada 1 personal account dan 2 pages untuk online bisnes.

Jom kita lihat petikan dari buku 

Petikan dari buku :
Zaman ini, facebook digunakan di mana sahaja , di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar NGO malah kerajaan sebuah negara juga menggunakan Facebook. Daripada presiden sebuah negara, perdana menteri, artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan Facebook.

Cuma golongan yang masih kurang menggunakan facebook adalah golongan agamawan. Antara hujah yang diberikan

Facebook adalah agenda yahudi yang cuba menyesatkan umat Islam
Facebook agen CIA
Facebook melalaikan
Facebook mendedahkan diri kepada zina
Facebook mendedahkan aib diri sendiri
dan banyak lagi

benarkah dakwaan begitu? Benarkah Facebook begitu jahat sehingga haram digunakan oleh umat Islam. Tokoh terkenal Dr Zaharuddin Abd Rahman menjawab persoalan ini dengan penuh hikmah dan rasional

Kertas agak glossy jadi tangkap gambar tak berapa clear


BAHAGIAN 1 : Facebook : ke Syurga ataupun ke neraka?

Bab 1 : Hukum Facebook dan Blog
Bab 2 : Dosa-dosa dan Facebook
Bab 3 : Facebook menjadi tempat promosi maksiat dan buka aib sendiri
Bab 4 : Panduan berblog dan Facebook
Bab 5 : Blog dan Facebook perantara ulama dan rakyat
Bab 6 : kaedah mengambil manfaat daripada Facebook, ceramah dan blog ilmuwan
Bab 7 : Fenomena puji, ampu dan bodek di Facebook

Bahagian 2 : Kongsi status Facebook berhikmah
Bab 8 : Akidah
Bab 9 : Ibadah
Bab 10 : Bersih jiwa
Bab 11 : Keluarga dan rumahtangga
Bab 12 : Lelaki dan wanita
Bab 13 : motivasi
Bab 14 : Hari Raya
Bab 15 : English

Buku LEDAKAN FACEBOOK ANTARA PAHALA DAN DOSA ni boleh dibeli di kedai-kedai buku (MPH, Popular etc).

11 June, 2012

Ensiklopedia SOLAT - slot buku-buku mama

Assalamualaikum dan salam ceria.

Sudah agak lama mama tak berkongsi tentang buku. Beli buku memang retail therapy setiap bulan bagi mama tetapi cuma masa tak mengizinkan untuk menulis di blog. Tetapi sebenarnya seronok berkongsi tentang buku. Mama sendiri sebelum nak beli buku tertentu kadang-kadang suka cari review dari pembaca lain.

Untuk permulaan June mama nak berkongsi tentang buku

ENSIKLOPEDIA SOLAT


Mukasurat : 470
Penerbit : Telaga Biru
Harga pasaran : RM100


Kelebihan ENSIKLOPEDIA SOLAT :
  1. maklumat dan ilmu berkaitan solat
  2. keistimewaan berbanding ensiklopedia lain dalam pasaran ialah ia mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. setiap entri yang disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto gambarajah , peta minda dan jadual
  6. semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

Ensiklopedia ni memang sarat dengan foto dan illustrasi. Senang untuk difahami dan menarik sebab tak sarat dengan ayat-ayat sahaja. Nak tunjuk pada kanak-kanak pun menarik. Saiz tulisannya sedap mata memandang (tak terlalu kecil).   Ensiklopedia ini menggabungkan fakta hukum dan fakta sains. Antara gambar -gambar yang mama dapat kongsi




Posisi solat duduk dan baring

Ensiklopedia ni boleh dibeli di kedai-kedai buku (MPH, Popular etc).