Ensiklopedia SOLAT - slot buku-buku mama

11 June, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria.

Sudah agak lama mama tak berkongsi tentang buku. Beli buku memang retail therapy setiap bulan bagi mama tetapi cuma masa tak mengizinkan untuk menulis di blog. Tetapi sebenarnya seronok berkongsi tentang buku. Mama sendiri sebelum nak beli buku tertentu kadang-kadang suka cari review dari pembaca lain.

Untuk permulaan June mama nak berkongsi tentang buku

ENSIKLOPEDIA SOLAT


Mukasurat : 470
Penerbit : Telaga Biru
Harga pasaran : RM100


Kelebihan ENSIKLOPEDIA SOLAT :
  1. maklumat dan ilmu berkaitan solat
  2. keistimewaan berbanding ensiklopedia lain dalam pasaran ialah ia mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. setiap entri yang disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto gambarajah , peta minda dan jadual
  6. semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

Ensiklopedia ni memang sarat dengan foto dan illustrasi. Senang untuk difahami dan menarik sebab tak sarat dengan ayat-ayat sahaja. Nak tunjuk pada kanak-kanak pun menarik. Saiz tulisannya sedap mata memandang (tak terlalu kecil).   Ensiklopedia ini menggabungkan fakta hukum dan fakta sains. Antara gambar -gambar yang mama dapat kongsi




Posisi solat duduk dan baring

Ensiklopedia ni boleh dibeli di kedai-kedai buku (MPH, Popular etc).
 

0 comments: