CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

31 March, 2012

Giveaway Tupperware : Disney Collection Tumbler and more prizes to be won

Sticky Post :

Sedikit perubahan telah dibuat pada syarat penyertaan . Sesiapa yang masih kurang jelas boleh tanya ye...

Assalamualaikum dan salam ceria,

Seperti yang dijanjikan the first tupperware giveaway for 2012 di blog ini. Ada beberapa hadiah disediakan. Antaranya

Hadiah misteri untuk entry  no 5 and 15 dan 50 ( akan diberitahu kemudian no berapa setelah tamat giveaway)

Hadiah utama ialah 1 SET DISNEY COLLECTION TUMBLER yang cute keluaran terbaru Tupperware Brands





Cara-cara penyertaaan
  1. Tinggalkan  komen di mana-mana entry di blog ini (bungakesidang.blogspot.com). Komen mungkin berbentuk perkongsian maklumat yang sama, cadangan atau lain-lain yang bersesuaian dengan entry.
  2. Hanya perlukan 1 komen sahaja kerana giveaway ini bukan untuk top commentor. Tapi komen mestilah bersesuaian dan melebihi 5 patah perkataan.
  3. Email ke dinitupperwarekiosk@yahoo.com nama entry yang anda komen.(contoh : Saya dah komen di entry Restoran Ayam Bakar Wong Solo Shah Alam, 2010)
  4. Hadiah misteri untuk entry no 5, 25 dan 50  (no akan diberitahu kemudian selepas tamat giveaway) adalah berdasarkan turutan email yang masuk ke inbox
  5. Hadiah utama 1 SET DISNEY COLLECTION TUMBLER pula adalah secara cabutan undi
  6. Buat satu entry di blog anda mengenai GA ini .Letakkan gambar hadiah di atas dan link ke blog ini dan gambar badge DiniTupperware link ke http://dini-tupperwarekiosk.blogspot.com
  7. Di bahagian komen entry ini  tinggalkan link ke blog anda untuk lawatan balas :).
  8. Tarikh tutup ialah 31 March 2012

29 February, 2012

Wordless Wednesday : Good Mom

Assalamualaikum dan Salam ceria

Nak share gambar yang Mama dapat di facebook



Mode memujuk diri sendiri bila pandang baju-baju dobi berbakul-bakul tak sempat lipat

28 February, 2012

My study area - edisi jom berangan

Assalamaualaikum dan salam ceria

Tahun 2012 telah mengubah status Mama buat sementara. I'm a student now. Sebab tu dapat voucher buku 1 Malaysia..hehehe..

Bila jadi student kena dapatkan mood baru (saja mengada-ngada). Kena ada proper study area. Di rumah salah satu bilik memang kami jadikan study/computer room.



Inilah ruang komputer di rumah kami. Di sinilah port Mama sediakan bahan mengajar (slides etc) bila di rumah dan juga my pumping station . Kalau nak membaca buku selalunya mama baca di bilik mama di fakulti.

Tapi sekarang sebagai student Mama kena banyak membaca di rumah. Waktu siang banyak kerja yang perlu dilakukan di makmal. Ruang komputer kami tak sesuai untuk membaca journal atau buku sebab meja yang ada tu tak boleh menampung objek terlalu berat. Lagipun banyak dokumen mama simpan di dalam laptop sendiri. So I need a new working/reading area to put my laptop, books and journal.

Sebenarnya dalam bilik yang sama dah ada meja berbentuk L seperti dalam entry ini. Tapi condition sekarang MasyaAllah..tak sanggup nak tangkap gambar. Macam-macam ada di atasnya sebab kami tak guna meja tu.  Semasa nak cuti belajar dulu Mama kosongkan bilik di fakulti. InsyaAllah cuti belajar selama 3 tahun . Bila bawa balik rumah semua barang-barang dari bilik di fakulti mama letak atas meja L yang ada.

Tapi sekarang Mama perlu susun barang-barang tersebut supaya meja yang ada boleh ditukarkan menjadi my working/reading area. Sesak nafas hilang semangat tengok barang-barang yang banyak tu. I need motivation ..hehehe..jadi mari kita cuci mata dulu berangan tengok gambar di web martha steward ni


kecil tapi kemas dan selesa

Bestla idea letak board di dinding tu. Boleh gantung macam-macam (kalendar, puncher, stapler)

Since Mama sekarang ada hobi baru iaitu felt craft  teruja jugak tengok gambar ni. Sekarang ni semua benda-benda craft Mama letak atas meja study L tu. Macam mana la meja tu ta sarat.






Tips membeli Tupperware untuk bukan ahli/dealer (part 1)

Entry ini untuk menjawab FAQ yang selalu diajukan oleh customer. Kadang-kadang ada customer yang hantar SMS semasa mama meeting, driving atau ada kerja-kerja penting yang lain. Tak dapat nak jawab secepat mungkin. Lagipun balas SMS ada limitation Jadi kalau dapat the same questions lagi Mama boleh minta they all refer pada entry ini.

1) Saya berkenan sangat dengan rice dispenser tu kak. Kenapa harga mahal sangat? boleh diskaun tak?

Kenapa harga mahal tak dapatla nak menjawabnya dik . Kena tanya sendiri dengan company . Diskaun pastinya boleh runding tapi my selling price cannot be the same with cost price (harga Mama as dealer). Mama buat online tupperware ni bukan nak untung banyak (sesiapa yang dealer u all boleh kira sendiri my profit for each items). Tapi kena consider jugak kos minyak, kos masa dan tenaga yang I spent untuk pergi ambil barang di stokis.

Sebenarnya ada beberapa items Tupperware akan ada diskaun dari company. Sebab itu kalau ada barang yang anda berkenan, agak mahal dan tak urgent nak pakai mungkin boleh tunggu beberapa bulan untuk kempen-kempen lain yang akan datang. Setiap cycle kempen tupperware adalah kira-kira sebulan setengah (contohnya current campaign from 13 feb 2012- 31 march 2012). In between kadang-kadang ada additional flyer. Mama sendiri sebagai dealer Tuppeware pun beli barang-barang yang berkenan di hati semasa ada diskaun.  I bought my 2 sets of legacy floria serving set, plates,  garlic n all keeper, Tupperchef wok dan banyak lagi semuanya masa ada diskaun dari company.  Banyak jimat tau sebab harga sangat berbeza.

Untuk kempen terkini item, favourite item yangdiskaun adalah Outdoor cooler. Ramai orang suka outdoor cooler ni sbb ada handle. Warna terkini pun cantik. Kombinasi hijau dan biru. Harga biasa ialah RM109.20 tetapi until 31st March ni harganya RM87.40 .

Diskaun dari company di katalog akan printed SAVE diikuti dengan % tertentu

Of course you will get additional discount from most of the seller/ dealer especially kalau kawan-kawan sendiri. But the percentage for discount normally will be calculated from their cost price. Katakan dia bagi discount 10% anda akan membayar RM78.66 , ia jauh lebih menjimatkan dari diskaun 10% untuk  RM108.20 iaitu RM97.38 . Dengan harga yang berbeza anda mendapat barang yang sama dan kualiti yang sama. Yang penting ialah strategi. Kalau anda sudah biasa dengan mana-mana dealer sila maklumkan pada dia barang yang anda berkenan dan minta dia update jika ada diskaun untuk barang tersebut. Antara barang-barang yang ada potensi untuk diskaun (berdasarkan pemerhatian mama dari kempen-kempen tahun lepas) ialah

  1. Water dispenser
  2. Small goody box with cariolier
  3. Rice dispenser
  4. Legacy Floria Serving Set (baru diskaun masa CNY lepas. Harap-harap akan ada lagi diskaun tahun ini)
  5. Rectangular water container
  6. B2B slice & stor
  7. Modular keeper with grid

Pendapat di atas hanya boleh diterima pakai jika anda tidak URGENT untuk memiliki sesuatu barang Tupperware

OK setakat ini dulu untuk part 1. Part 2 dan part-part yang lain nanti kita discuss FAQ yang lain ye.


Pasta shells with creamy tomato and mozarella sauce


Aqil dan Dini memang suka makan pasta. Tak kisahla spagheti ke , macaroni ke. Hari ni teringin nak cuba pasta baru untuk makan malam. Beli bentuk shells pulak.

Pasta ni rebus macam biasa. Shells ni jenis besar. Bila dah siap rebus lagi la besar. Awal-awal lagi dah agak sure ada kontroversi bila nak makan nanti. Aqil jenis cerewet sikit. Bukan nak makan kalau benda pelik-pelik. Udang, sotong ketam semua tak nak makan.

Untuk sauce Mama guna pasta sauce jenama Leggos. Di botol tulis pasta bake creamy tomato and mozarella sauce. Asalnya nak beli Preggo original dalam tin merah tu je tapi cari-cari kat kedai runcit dekat area rumah ni habis pulak. Jadi cubalah brand Leggos pulak. Confident sikit sebab ada cop halal dari Australian Federation Islamic Council (AFIC) berbanding Preggo dalam botol kaca tu.

Balik rumah terus sinsing lengan masak sebelum ambil kids di nurseri. Bahan-bahan biasa je macam nak buat pasta goreng. Cuma masa tumis onion and garlic masukkan sekali potongan cili kering supaya pedas-pedas sikit. Budak-budak kat rumah ni kalau pedas sikit masih boleh tahan..maklumlah ada darah negeri sembilan.

Untuk sayur guna tomato ceri dan bayam. First time guna bayam masak pasta.  Banyak kali jumpa resepi vegetarian lasagna guna bayam@spinach tapi tak dapat nak imagine macam mana rasanya gandingan pasta dengan bayam. Dari kecik dah biasa bayam masak air or bayam masak lemak. . My kids kalau masak spinach buat sup memang susah nak suruh makan. Macam-macam alasan. Tapi bila masak sekali dengan favourite food they all ok je makan.

Bila sayur dah layu sikit masukkan pasta dan tuangkan sauce dari botol. Gaul-gaul sekejap dan tutup api. Sedap jugak sauce ni sebab ada mozarella cheese. Rasanya sweet sour and creamy.



19 February, 2012

Stock clearance Tupperware harga ahli 25%

STICKY POST

Assalamualaikum dan Salam ceria

Tahun ini Mama ada dua baby baru. Baby Durra comel dan baby Phd in the making. Aqil pula dah mula tadika. Dengan komitmen tugas mengalahkan menteri yang makin bertambah maka DiniTupperwareKiosk akan ditutup untuk sementara waktu. Nanti bila semua dah teratur InsyaAllah jika berkesempatan DiniTupperwarekiosk akan akan beroperasi semula.

Jadi untuk itu Mama nak clearkan stok tupperware. Semua dijual pada harga rendah sehingga ada yang mencapai harga ahli 25% (tidak termasuk pos). Antara barang yang Mama nak clearkan


Sold items will be deleted. Only available and reserved items will be displayed
Ramadhan Set RM 20 . Setiap set mengandungi beg, tumbler dan modular bowl

1 set available

On The Go Tumbler with ice elements
(RM40 for 2)

OT Topper Large (2) RM36


Bread server RM26

Golden Blossom
2 OT Topper Junior
1 OT Canister Junior
RM38



Snowflakes cubes gift set RM25 for each box


Fresh N Pure Ice Tray  2 trays (RM29)


Modular keeper with Grid RM60


onion keeper and Salt n Spice - RM25


Harga di atas tidak termasuk penghantaran (RM7). Boleh self pick up working day di PJ (sekitar Universiti Malaya) atau weekends di Kota Damansara / Subang Bestari. Jika berminat pls SMS 0125550314

Mama masih belum habis check barang-barang dalam simpanan. Kalau ada yang lain akan di tambah kemudian

InsyaAllah mungkin ada giveaway juga dalam masa terdekat. Tunggu ya.



18 February, 2012

Bila baby selsema atau hidung tersumbat

Assalamualaikum dan salam ceria,

Apa perasaan mummies bila baby selsema atau hidung tersumbat?  Pasti tak senang hati kan.
First time Aqil kena selsema dan hidung tersumbat dulu Mama sampai nangis2 risau..emo sungguh..Maklumlah anak pertama. Mana tak panik..
Itu perasaan biasa sebagai ibu bapa. Kalau boleh kita nak transfer segala ketidakselesaan baby tu dekat kita. Biarlah Mama soksek soksek sampai ke pagi atau asyik sangkut nafas sebab hidung tersumbat asalkan baby sihat dan selesa.


Semasa pantang dulu my babies semua pernah kena blocked nose. Doktor kata it's common sebab saluran hidung baby masih sempit.
Just nak share medication yang kami selalu dapat bila jumpa Dr Syed di KJMC. Doktor tak bagi antibiotik or any oral medication kalau paru-paru clear.
  

Baby Sterimar (0-3 years)
Untuk "service" atau cuci lubang hidung especially kalau blocked nose. Sure banyak sisa-sisa yang melekat. Insert nozzle into nostril and press.

Decongestant Nasal Drops for infants (iliadin).
Iliadin ni pakai 3x sehari atau bila perlu. Tapi tak leh prolonged used. Selalu doktor or pharmacist akan inform berapa lama kena pakai.



Kami jugak ada simpan device ni. Lama dah beli sejak Aqil tak sampai setahun. Namanya Baby Nasal Aspirator Vacuum Suction jenama Pigeon. Washable dan parts senang diasingkan. Mama beli di Parkson Subang Prade bahagian baby di tingkat atas.

Rutin kalau baby selsema :
  1. Spray dulu sterimar dalam lubang hidung dia . Baby mungkin tak selesa skit sebab kita spray cecair.
  2. Standby tisu atau kain. Lap kan air yang keluar.
  3. Guna Baby Nasal Aspirator Vacumm untuk sedut kalau masih ada mucus yang tertinggal. Satu side letak di hidung satu side lagi hujung getah letak di mulut untuk kita sedut. Mucus akan terkumpul dalam container kecil tu
  4. Puff iliadin.
InsyaAllah selalunya lepas itu baby akan lebih selesa. Kalau masih tak ok boleh ulang steps 1-3. Can use sterimar 2-6 times a day or more if required but not for iliadin.

17 February, 2012

Sedikit perubahan pada syarat giveaway Tupperware Disney Collection Tumbler

Assalamualaikum dan salam ceria

Semalam dapat satu komen dari seorang rakan yang baca blog ni. Dia komen pasal syarat giveaway Tuperware Disney Collection Tumbler di blog Mama. Komennya

"kenape mentioned hadiah misteri untuk entry no 5, 15 dan 50. Nanti takde orang nak initiate untuk entry sbb masing-masing tunggu orang lain mula dulu sbb nak dapatkan tempat sebagai orang no 5.  U shouldn't cakap no berapa dapat hadiah misteri. Biar suprise"

Bila difikirkan betul jugak. Jadi Mama dah ubah sikit syarat penyertaan. Hadiah misteri masih kekal 3 items Tupperware. Tapi I will not mention penyertaan ke berapa. Jadi sesiapa nak hantar bolehla mula. Mungkin juga first peserta yang dapat hadiah misteri tu kan?

Kesimpulannya kita berserah kepada rezeki masing-masing :)

14 February, 2012

Preloved Wacom Bamboo Tablet

Assalamaualaikum dan salam ceria, (SOLD)

Pagi ini sesi mengemas study room di rumah. Sudah 2 hari Mama cuti sebab Dini kena chicken pox. Banyak khazanah yang perlu disusun, dibuang dan dilabelkan untuk memudahkan pencarian masa hadapan.

Sedang asyik mengemas terjumpa satu kotak..Aduh macam mana boleh lupa Mama ada benda ni. Masa nak beli dulu berkobar-kobar semangat tapi akhirnya guna sekali dua terus disimpan. Setiap kali Mama pegang je benda ni anak-anak pun datang "Mama..Aqil dengan Dini nak lukis jugak".

Jadi Mama nak let go Wacom Bamboo Tablet ni. Sesuai bagi sesiapa yang berminat nak buat graphic design.



Harga asal RM339.00. Mama nak jual RM230 bagi sesiapa yang berminat. Payment secara cash atau paypal dan self pick up Lembah klang/Shah Alam. Kalau pos takut rosak pulak.

Details :
advanced pen technology
pressure sensitive pen tip
battery free and ergonomic pen with 2 buttons
paper like tablet overlay with 16:10 format
attached pen holder for convenient storage
easy USB connection
Overall tablet size : 248x176x8.5 mm
Active area size : 147x92 mm