Aqil dan Dini memang suka makan pasta. Tak kisahla spagheti ke , macaroni ke. Hari ni teringin nak cuba pasta baru untuk makan malam. Beli bentuk shells pulak.
Pasta ni rebus macam biasa. Shells ni jenis besar. Bila dah siap rebus lagi la besar. Awal-awal lagi dah agak sure ada kontroversi bila nak makan nanti. Aqil jenis cerewet sikit. Bukan nak makan kalau benda pelik-pelik. Udang, sotong ketam semua tak nak makan.
Untuk sauce Mama guna pasta sauce jenama Leggos. Di botol tulis pasta bake creamy tomato and mozarella sauce. Asalnya nak beli Preggo original dalam tin merah tu je tapi cari-cari kat kedai runcit dekat area rumah ni habis pulak. Jadi cubalah brand Leggos pulak. Confident sikit sebab ada cop halal dari Australian Federation Islamic Council (AFIC) berbanding Preggo dalam botol kaca tu.
Balik rumah terus sinsing lengan masak sebelum ambil kids di nurseri. Bahan-bahan biasa je macam nak buat pasta goreng. Cuma masa tumis onion and garlic masukkan sekali potongan cili kering supaya pedas-pedas sikit. Budak-budak kat rumah ni kalau pedas sikit masih boleh tahan..maklumlah ada darah negeri sembilan.
Untuk sayur guna tomato ceri dan bayam. First time guna bayam masak pasta. Banyak kali jumpa resepi vegetarian lasagna guna bayam@spinach tapi tak dapat nak imagine macam mana rasanya gandingan pasta dengan bayam. Dari kecik dah biasa bayam masak air or bayam masak lemak. . My kids kalau masak spinach buat sup memang susah nak suruh makan. Macam-macam alasan. Tapi bila masak sekali dengan favourite food they all ok je makan.
Bila sayur dah layu sikit masukkan pasta dan tuangkan sauce dari botol. Gaul-gaul sekejap dan tutup api. Sedap jugak sauce ni sebab ada mozarella cheese. Rasanya sweet sour and creamy.
0 comments:
Post a Comment