Assalamualaikum dan salam ceria
Sempena cuti CNY yang lepas kami sekeluarga pergi berkelah di Janda Baik Pahang bersama 4 keluarga yang lain. Semuanya terdiri dari jiran tetangga. Menu ialah utama nasi lemak , potluck dari setiap keluarga dan BBQ (marinated lamb, chicken and sosej) . Untuk potluck dari kami Mama masak spageti bolognese dan gravy mashed potato. Mashed potato Mr Hubby yang buat.
Bertolak dari subang kita-kira 8.30 pagi. Sampai sana lebih kurang pukul 10. Plan asal kami nak berkelah di kawasan bernama RIVERSIDE seperti yang dicadangkan oleh seorang rakan tapi bila sampai dah penuh.Ramai betul orang yang datang berkelah. Setelah berpusing-pusing akhirnya dapat tempat yang menarik dan redup. Port kami ni berhampiran dengan D'ark training and resort. Kalau tak silap area Pulau Santap. Kena bayar tapi kita boleh guna facilities seperti toilet dan surau yang disediakan di resort.
Dapat port baik di bawah pokok besar
Tuan puteri Durra tengah bersantap. Terpaksa masuk dalam kereta
BBQ session dikendalikan oleh bapa-bapa
Anak-anak seronok main air. Aqil berbaju hijau
Banyak betul makanan yang dibawa. Paling seronok pastinya budak-budak. Terjun air ..makan dan lepas tu terjun air balik. Malam kami sekeluarga menginap di seripengantin resort booked by Mr Hubby. First time tidur chalet dalam hutan. Sejuk..Tak bukak aircond pun. Balkoni bilik kami menghadap kolam ikan. Seronok Aqil dan Dini bagi ikan makan. Tapi tak boleh main campak je apa-apa. Makanan ikan dijual oleh resort dalam bungkus-bungkus kecil.
Baling pellet makan ikan
Gambar di atas bukan ikan terapung mati tau. Itu gambar ikan berenang mengiring melalui tembok dari kolam sebelah ke kolam berhadapan bilik kami. First time tengok ikan berenang macam tu. Sanggup nak datang ke sebelah sini sebab Aqil dan Dini tengah asyik tabur makanan
Antara tempat lain yang boleh survey-survey untuk menginap di Janda Baik.
D' ark Training and Resort
2 comments:
Pernah kursus kat Sripengantin resort.Ibadah kem kat situ..;)
ye ke? ok ke tempat tu? Yati tak berani nak bagi review sbb masa pergi tu cafe tak bukak and check in lambat sbb bilik lambat kosong. not as expected tapi okla for 1 night.
Post a Comment