Alimkids playgroup ke Zoo Negara

09 February, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria.
Entry kenangan untuk Aqil dan Dini sempena first visit ke Zoo Negara (27 December 2011). Visit dianjurkan oleh nurseri Taska Damai Ceria di bawah program Alimkids Playgroup. Mama join sekali sebab kebetulan nak menghabiskan cuti tahunan. Jadi bila cikgu tanya nak ikut ke tak terus cakap NAK..Fuh...mencabar pergi visit dengan group kids berumur antara 3-6 tahun ni. Mcm-mcm kerenah sebab over excited. Semua kids pakai T-shirt rasmi Alimkids warna hijau. Senang nak kenal. Orang dewasa 5 orang cikgu pengiring + Teacher Farra instructor Alimkids + Mama.

Untuk info lanjut tentang Zoo negara boleh lihat di web rasmi ZOO NEGARA. Ada beberapa packages di tawarkan untuk lawatan berkumpulan tetapi kami pergi secara personal sebab semua packages dah fully booked.

Mula-mula sampai naik train dulu pusing zoo. Lepas tu pukul 11 berkumpul di amphitheatre untuk animal shows. Ada pertunjukan burung helang, kakak tua dan singa laut.

Menunggu untuk pertunjukan


Seronok budak-budak tengok gelagat singa laut ni
Berehat sebelum pemberian sijil 

Aqil terima sijil tamat kursus dari teacher Farra.Dini pun sibuk nak masuk gambar. Seorang budak lagi tengah peluk kaki teacher. Alhamdulillah dah 3 tahun dengan Alimkids sejak umur 2 tahun lebih. 2012 ni dah masuk preschool tak dapat join Alimkids lagi 

Dini baru join Ogos 2011. Tahun 2012 ni sambung lagi

Sambung jalan-jalan

With teacher Farra

Beratur dulu buat head count takut ada yang hilang

Pak belang nak mandi pagi

Kuda comei dalam cerita Zoo

Di main entrance

Mama di belakang dengan beg galas coklat. Penuh dengan barang Aqil dan Dini je. Aqil (paling kiri) dan Dini (paling kanan)

It was  half day visit. Alhamdulillah visitor pun tak ramai sebab working day. On the way balik semua kids dah melentok penat. Budak-budak di nurseri ni dah biasa tidur sekejap di tengahari sebab tu tak boleh buat full day. Nanti tak pasal-pasal ada yang tidur nak kena berdukung. Makanan for brunch (karipap dan popiah)  dan lunch (nasi lemak ayam rempah) dah di bawa siap-siap oleh cikgu. Senang  tak payah nak membeli di sana.


2 comments:

fieda said...

seronok anak2 kalau dtg sini..

hayatizain said...

betul..mak nye pun seronok :)