Alimkids Playgroup

13 July, 2011

Assalamualaikum

Satu ketika dulu Mama pernah buat entry tentang hajat nak hantar Aqil join playgroup. Tak sangka pula hajat dipermudahkan sebab taska/nurseri Aqil ada mengendalikan program Alimkids Playgroup. Sebenarnya ini tahun kedua Aqil join Alimkids Playgroup. InsyaAllah tahun depan bolehlah masukkan Dini pulak. Sesi playgroup dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Aktiviti merangkumi indoor games, nyanyian lagu-lagu , membuat kraf dan macam-macam lagi.

Melompat sambil memgikut anak panah

Teacher bercerita. Aqil (seluar kelabu) tekun mendengar sebab dia memang suka dengar orang bercerita

Buat origami Mr Frog

Another craft session

Hand print

This is my family tree. Excuse ye..Anak teruna saya ni memang tak reti senyum bila bergambar

Banyak benda baru yang Aqil belajar. Setiap kali hari yang ada sesi playgroup Mama akan tanya apa yang Aqil buat . Seronok betul dia bercerita. Dari cerita-cerita  Aqil jugak selalu beri idea baru untuk Mama cuba buat di rumah dengan Aqil dan Dini . Banyak jugak lagu-lagu inggeris baru yang Mama belajar dari Aqil. Playgroup ni dikendalikan mengikut modules khas. Sebenarnya kalau parents yang free boleh jugak datang join sekali. Tapi since hari kerja Mama tak dapatlah join. Pernah sekali ambil cuti sebab nak tengok apa yang Aqil buat. Tapi anak bujang saya ni bila ada Mama nya malu-malu pulak.  Sikit-sikit cari Mama. Cikgu kata selalu tak macam tu. Jadi itu the first and last time Mama join. Mujur pemilik taska Aqil rajin ambil gambar semasa aktiviti. Dapatlah Mama tengok apa aktiviti Aqil. Untuk semua gambar dalam entry ni kredit kepada Taska Damai Ceria.


Gambar di bawah ni gambar tahun lepas. Dapat sijil tamat kursus . Instructor yang kendalikan playgroup Aqil ialah teacher Farah. Familiar tak muka dia. Inilah penyanyi Fara yang satu masa dahulu popular dengan "Bagaikan Puteri". Alhamdulillah teacher Farah semakin anggun dengan penampilan muslimah


3 comments:

tim5sal said...

Puan,
Saya cuma nak tanya ok tak Taska nie sbb sy bercadang nak hantar anak kt Taska nie bln Jun 2012. sy pilih taska nie sbb taska nie tersenarai dlm senarai taska yg berdaftar dgn JKM.Cuma nak tanya pendapat parents yg dah hantar anak dkt Taska nie. Tq :)

hayatizain said...

Alhamdulillah setakat ini saya berpuas hati. 3 anak hantar sana Tapi setiap parents pasti ada requirement dan expectation masing2. Lebih baik datang jumpa owner taska untuk lihat sendiri.

bibi yusof said...

umur berape baru leh join playgroup ni yer>