Rendang landak @ restoran selera rimba

26 July, 2011

Assalamualaikum

Weekends yang lepas kami sekeluarga berkonvoi dengan beberapa family (officemate Mr Hubby) . Destinasi ialah Restoran Selera Rimba Sungai Besar Selangor. Dari rumah kami  lalu highway Guthrie dan kemudian masuk ke PLUS highway. Ambil exit Behrang. Dari exit Behrang bermulalah cabaran JALAN JALAN CARI MAKAN. Mencabar sungguh perjalanan yang ala-ala naik roller coster. Lalu ladang getah, hutan kecil dan akhirnya ladang kelapa sawit. Tak sangka pulak kat kawasan ni boleh ada restoran.


Restoran di kawasan ladang kelapa sawit

Antara menu kami

Ulam kampung dengan sambal hijau
Fresh water prawn goreng
Rendang landak
Ayam kampung goreng rempah

Kijang masak kicap

Menu lain yang Mama tak sempat snap ialah ikan puyu goreng, ikan baung masak asam pedas dan rusa masak lemak cili api. Lauk-lauk tu sampai masa kami dah mula makan.

Jangan tanya Mama apa rasa daging landak, kijang ataupun rusa. Mama memang tak berani nak rasa especially tengah pregnant ni. Mama cuma makan ikan puyu, ulam dan ayam goreng kampung. Mr Hubby cakap daging landak rasanya macam daging ayam.


Aqil dan Dini yang seronok meronda. First time tengok pokok kelapa sawit dekat-dekat
Lunch time yang sibuk
Name card pemilik restoran

On the way balik singgah celup-celup badan di Kampung Sungai Bil. Kesian anak bujang saya Aqil. First time pergi ke kawasan sungai macam ni walaupun rumah opahnya di Taiping dekat je dengan waterfall. Mula-mula sampai dia meraung-raung tak nak keluar kereta sebab takut tengok air mengalir dengan batu-batu sungai.  Takut ada buaya katanya (macam-macam imaginasi hero ni padahal tengok buaya pun sekali ke di Zoo) . Tapi bila dah turun seronok mandi meraung-raung pulak tak nak naik balik



2 comments:

Alin Marlini said...

seronoknya suasana restoran ni..tahun nak try bukak posa kat sini...

MOHD ZAKI SUNGIB said...

lepas selera rimba...jemput berkunjung ke restoran de limau pula.....menu hampir serupa...dgn kelebihan persekitaran dan aktv sampingan sambil berrekreasi...makan2 sambil menghirup angin selat melaka dan pemandangan bakau.....lawati dulu facebook kami di ...Restoran dan kolam pancing air masin de limau @ call 012 6599968