Entry ini untuk menjawab soalan-soalan tentang Tupperware untuk campaign terkini.
Antara soalan-soalannya
1) Item mana yang sesuai nak simpan cookies raya?
Kalau nak simpan biskut raya/maruku/kerepek/kuih gulung dan seangkatan dengannya, Mama cadangkan Salam Aidilfitri One Touch Set. Satu set ada 6 biji. 4 biji 1.4 L sesuai simpan biskut-biskut. Another 2 biji yang 3 L tu boleh simpan kerepek dan maruku.
One Touch adalah produk tupperware yang terkenal dengan kelebihannya yang kedap udara. InsyaAllah jika betul cara penggunaannya biskut-biskut anda memang tahan lama tak masuk angin. Mama pernah buat review tentang OT di sini. Tapi untuk memastikan produk ini berkesan (kedap udara) cara menutupnya pun kena betul. Untuk cara pengendalian yang betul boleh lihat sini.
2) Elegant large square dalam kurma gift set tu sesuai tak simpan biskut ? Nampak cantik sebab clear macam kaca.
Elegant large square atau set PWP elegant small square tidak sesuai untuk menyimpan biskut kerana tidak kedap udara. Kalau nak buat serving for a few hours je bolehlah. Set ini lebih sesuai untuk menyimpan kek-kek yang dipotong kecil seperti kek buah kukus, kek lapis sarawak dan sebagainya (asalkan tidak mempunyai topping).
3) Cakes yang disertakan dalam cake gift set tu sedap ke?
Sedap atau tak sedap bergantung pada citarasa individu. Setiap set disertakan dengan 2 jenis kek 300g yang dibalut dengan aluminum foil .Bagi Mama rasanya sudah memadai untuk kek yang dibuat secara skala besar . Rasanya pasti tidak sama dengan homemade kek. Keistimewaan set ini adalah pada small goody box with cariolier yang boleh dipakai semula berulang kali. Set ini sesuai dijadikan hadiah sempena Aidilfitri mengantikan pemberian hamper.
0 comments:
Post a Comment