Cucur adalah makanan kegemaran mama dan adik-beradik. Masih teringat betapa kreatifnya our mom (opah) mempelbagaikan pilihan sayur untuk diletakkan di dalam cucur. Antara sayur yang menjadi pilihan ialah kucai, daun bawang, carrot (dadu halus), jagung dan kentang (dadu halus). Ikan bilis atau udang kering tumbuk dan isi udang segar yang potong ditambah untuk menambahkan perisa. Kadangkala cukup sekadar cucur tepung kosong ditambah bawang besar yang didadu cukup membuatkan kami adik beradik makan laju.
Cucur yang opah buat lembut di dalam dan garing di luar. Rahsianya ialah tepung yang dibancuh bersama air panas (ditambah kemudian di dalam adunan cucur).
Bahan-bahan asas membuat cucur udang bersayur. Tepung gandum, isi udang, kuchai dipotong pendek, sedikit garam, lada hitam dan serbuk kunyit, bawang besar dan carrot yang mama potong halus menggunakan Tupperware Turbo Chopper. Jika mahu pedas boleh tambahkan hirisan cili merah. Tapi kesian pulak anak-anak tak boleh join makan sekali nanti. Tambahkan air sehingga membentuk adunan yang tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
2 sudu tepung gandum dibancuh dengan air panas (mendidih) sehingga membentuk pes sebegini. Air perlu betul-betul panas supaya tepung masak. Campurkan satu sudu ke dalam adunan cucur di atas (bergantung pada kuantiti adunan cucur. Boleh adjust mengikut banyak mana kuantiti yang dibancuh). Ia akan membuatkan cucur lembut walaupun telah lama digoreng (ada juga petua lain masukan minyak panas ke dalam adunan cucur). Semasa berjinak-jinak membuat homemade bread dulu mama terjumpa di blog kak ros jintanmanis teknik yang hampir sama digunakan untuk membuat roti yang lembut. Campuran tepung yang dimasak dengan air ini dikenali sebagai water roux
Cucur yang siap digoreng. Alhamdulillah buat minum petang kami anak beranak.
0 comments:
Post a Comment