Assalamaualaikum dan salam sejahtera.
Dah lama gambar cuti-cuti keluarga ke Cameron Highland ni terperap dalam folder. Kami ke sana bulan May lepas. 4 family semuanya (PIL, MIL and 2 keluarga SIL). Total dewasa 9 orang dan kanak-kanak 10 orang. Di sana kami sewa 2 apartment 3 bilik. Apartment ni ada dapur dan peralatan asas untuk memasak. Jadi untuk diner malam pertama dan breakfast keesokan pagi masak sendiri je. Lepas selesa berbanding keluar makan dengan 10 budak-budak kecik ni. Boleh jadi perang dalam kereta. Cameron Highland masa weekends pun dah macam KL. Jalan jam..Perut pulak sejuk-sejuk ni cepat lapar. Kalau nak memasak barang-barang asas macam beras, sardin, telur etc kena bawakla ye. Nak beli kat sini pun boleh tapi harganya mahal la skit. Jauh tau barang tu naik bukit. Sayur boleh beli kat sini je. Sedap betul makan nasi panas dengan sambal sardin, telur dadar dan sup sayur yang fresh sambil budak-budak tenang-tenang tengok TV.
Malam tarik tilam bentang toto budak2 tidur kat hall. Seronok berkumpul sepupu sepapat
The next day lepas breakfast bersiap-siap nak keluar dan terus check out
Persidangan sambil makan strawberry candies sambil tunggu mak ayah kemas barang
Family photo
Tempat pertama kami ke pasar di Brinchang beli sayur-sayur nak di bawa balik. Tak sempat nak tangkap gambar pun sebab dukung Durra. Mr Hubby pulak mengawal Dini dan Aqil. Seterusnya ke YZ strawberry farm 100% milik bumiputera. Ladang strawberry ni milik owner apartment yang kami sewa malam tadi. Sesiapa yang follow cerita Vanilla Coklat di TV3 dulu di sinilah mereka shooting. Kalau nak tengok gambar-gambar lain boleh ke Fanpage YZ Strawberry Farm
Dah sampai farm. Budak-budak dah bertempiaran lari menuju ke kawasan cafe di tengah ladang. Sejuk-sejuk ni memang cepat lapar
Boleh makan strawberry and marshmallow cicah coklat puas-puas. Ada produk lain dari strawberry seperti ice blended, jam dan sebagainya. Mama order scones with cream and jam. Sedap! Mee kari kat sini pun sangat sedap. Aqil dan Dini makan semangkuk besar tak nak share
Si kecik ni meraung-raung nak makan jugak. Biskut baby dia campak tabur-tabur. Nak makan apa yang ada atas meja macam abang2 dan kakak2.Masa ni baru 6 bulan. Bagi rasa strawberry dan scones bukan main dia menggigit.
The next place Agro Technology Park Mardi di Tanah Rata. Dekat sini memang banyak pokok-pokok. Boleh cuci mata dengan landscape yang cantik dan beli anak-anak poko yang berkenan..Mama baru nak cuci2 mata sekali boleh pulak Aqil terjatuh dalam kolam. Isk budak ni. Over excited sangat lari-lari. Mujur mama cepat tarik sebab dia jatuh menjunam kepala dulu dan kepala tak terhantuk pada tebing. Tapi lutut mama yang sakit terhantuk pada tebing kolam.Terus hilang mood nak cuci mata or beli anak pokok.
Buah anggur sepanjang jalan berbumbung
Dalam perjalanan turun untuk balik kami singgah di Cameron Valley Tea House.
Di sini ada dijual macam-macam jenis teh. Bolehla rasa mana yang berkenan. Ada juga kedai jual teh untuk bawa balik sebagai buah tangan
Cafe
Pemandangan dari cafe
Ramai jugak orang. Beratur panjang nak order makanan
Durra dah meleleh air liur bau scones
Mama I want scones please
Dini bab makan memang adventerous. Dia tak takut nak mencuba. Semua jenis teh yang kami order dia rasa termasuk teh serai
Lepas makan yang lain-lain turun ke ladang teh. Mama duduk di cafe je jaga Durra. Sakit lutut sebab tadi belum hilang
Semasa naik dulu kami ikut jalan dari Tapah. Kononnya nak cepat sebab dari KL jumpa exit Tapah dulu sebelum Simpang Pulai...Sekaliiiiiii amik...Semua pening lalat. Mama pulak beberapa kali menjerit bila membelok di selekoh. Gayat !!!.. Jalan dah la kecik selisih pulak dengan bas dan lori. Dini siap muntah dan menambahkan aroma dalam kereta .
Untuk balik kami cuba jalan lain. Kebetulan my SIL nak balik ke Kuantan ikut jalan Raub jadi kami konvoi bersama. Jalan Simpang Pulai dah pernah cuba 6 tahun lepas jadi kami dah cuba 3 jenis jalan untuk ke Cameron Highland. Jalan ke Raub ni much more better dari jalan Tapah. Luas dan tak dela macam ular kena palu ...Cuma mungkin jauh skit dari segi jarak. Kami berpisah di exit Bentong.
1 comments:
salam. nak tanya. apartmen yang kamu stay itu apa namanya ye? dan berapa harga 1 malam? nak gi sana la. leh email tak? anakgajahcute31@yahoo.com
Post a Comment