Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tips ini mama pernah kongsi di FB casabonda mama and kids. Tetapi letak di bahagian post bukan notes. Bila ada reader yang bertanya balik...waduh-waduh lenguh nak cari di wall. Jadi mama cut and paste di blog. Senang nak cari.
Semua point adalah berdasarkan pengalaman. Mungkin ada yang setuju mungkin tak. Untuk tahan lama sesuatu baju tak semestinya kena berjenama mahal-mahal. Yang penting cara menjaganya. Baju yang masih elok boleh diwariskan pada adik beradik yang lain. Buat apa nak membeli yang baru banyak-banyak. Budak-budak ni cepat membesar. Pakai sekejap dah tak muat. Kalau rasa dah timang "si bongsu" baju yang elok juga boleh disedekahkan. Dapat pahala
Tips supaya baju kanak-kanak tahan lama (sedikit pengalaman dari saya sebagai seorang ibu)
# TIPS 1
Jika baju ada print dari getah atau felt di bahagian hadapan, terbalikkan baju semasa membasuh di dalam mesin.
Jika baju ada print dari getah atau felt di bahagian hadapan, terbalikkan baju semasa membasuh di dalam mesin.
Contoh baju yang ada print. Pastikan print diterbalikkan ke bahagian dalam
#TIPS 2
Terbalikkan semua baju semasa menjemur di ampaian atau menggunakan dryer. Cahaya matahari yang terik boleh membuatkan warna baju cepat pudar
Terbalikkan semua baju semasa menjemur di ampaian atau menggunakan dryer. Cahaya matahari yang terik boleh membuatkan warna baju cepat pudar
Lebih senang terbalikkan awal-awal semasa membasuh.
#TIPS 3
Jangan campurkan pakaian berwarna gelap (seperti jeans atau seluar) kanak-kanak dengan pakaian berwarna cerah seperti putih, pink dan dan lain-lain. Jangan campurkan baju yang terlalu kotor (ada selut, tanah etc) dengan baju-baju harian biasa semasa membasuh.
Jangan campurkan pakaian berwarna gelap (seperti jeans atau seluar) kanak-kanak dengan pakaian berwarna cerah seperti putih, pink dan dan lain-lain. Jangan campurkan baju yang terlalu kotor (ada selut, tanah etc) dengan baju-baju harian biasa semasa membasuh.
Pakaian berwarna gelap selalunya kan turun warna sedikit apabila di basuh. Jika di campur semasa membasuh, baju berwarna cerah akan cepat nampak kusam.
Contohnya set baju di atas. Jangan sesekali basuh inner dan overall denim tu sekali. Nanti inner di dalam akan nampak kusam. Dah tak ceria warnanya.
# TIPS 3
Gunakan laundry mesh bag untuk untuk pakaian kecil seperti bib, mittens, baby tight underwear, socks dan sebagainya.
Socks, mitten , bib jika tidak dimasukkan dalam laundry mesh bag ia mungkin berpintal-pintal antara baju-baju yang besar. Jadi akan cepat rosak sebab tertarik-tarik.
# TIPS 4
Kurangkan pengunaan detergen untuk membasuh baju kanak-kanak atau gunakan detergen khas untuk pakaian kanak-kanak.
Bukan nak promote mana-mana company tapi inilah contoh detergent khas untuk baby. Mama selalu guna NappiKleen atau Kiddie Wash cosway. Tengoklah mana-mana yang sempat dibeli
# TIPS 5
Jika baju terkena bahan berminyak seperi kuah makanan taburkan baby powder dan biarkan kira-kira 30 minutes. Kemudian basuh bahagian tersebut dengan sabun mandi di sinki. Selepas itu baru masukkan ke dalam mesin.
It's an inexpensive way to literally save your clothes.
# TIPS 6
Jahit butang baju terutama butang hadapan kemeja anak lelaki yang kecil atau aksesori tambahan (manik, bunga) pada dress anak perempuan.
Maksud mama jahit kembali butang atau aksesori yang telah tersedia berjahit. Tak boleh bergantung 100% pada jahitan asal. Jahitan kedua selalunya akan lebih mengukuhkan dan mengelakkan cepat tertanggal. Maklumlah kanak-kanak ni suka bermain.
Untuk dress ni sebelum Dini pakai mama dah buat jahitan kedua untuk bunga ros satin di pinggang tu untuk lebih mengukuhkan. Kalau tak buat macam tu takut tercabut dan tercicir tak tahu di mana. Maklumlah anak dara saya walaupun pakai dress tapi tetap main lari-lari macam football player. And for the last raya Aidilfitri she requested baju kurung with beads (budak2 sekarang..3 tahun dan pandai) . For 3 days Mama jahit balik manik-manik untuk lebih mengukuhkan supaya tak de adegan manik berterabur di hari raya. Mujur manik besar-besar.
# TIPS 7
Fahami "care label symbols" pada pakaian
Ada label care yang menggunakan simbol. Ada juga yang perkataan. Kalau material yang fragile selalunya kena hantar dobi untuk dry clean atau handwash. Jangan basuh guna washing machine. Rosak. Baju kanak-kanak selalunya mama basuh guna mode "soak" dan "delicate".
# Tips 8
Seterika baju sebelum disimpan
Tips yang mama nampak sangat berkesan tapi sekarang sejak ada 3 anak dah tak terdaya nak buat. Dulu baju-baju Aqil semua mama seterika termasuk baju harian yang pakai di nurseri. Baju-baju milik Aqil memang nampak masih elok walau sudah 5 tahun. Sebab belum rezeki nak dapat "geng lelaki" banyak baju-baju Aqil Mama beri pada anak saudara. Gembira hati tengok dia pakai masih nampak cantik. Gigih tau mak long seterika baju dulu hari-hari. Sesiapa yang bersemangat kuat bolehla mencuba tips ni.
0 comments:
Post a Comment