bubur pasta ayam, labu dan brocoli (baby food)

27 September, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni mama nak kongsi satu lagi resepi makanan baby iaitu bubur pasta ayam, labu dan brocoli. Macam panjang benar namanya. Siap sebut semua bahan yang ada kat dalam tu. Bagi mama resepi ni sesuai untuk anak-anak yang tak suka makan brocoli. Seperti kisah Aqil di bawah


Aqil dan brocoli
Di usia 6 bulan mama perkenalkan dengan puri brocoli. Excited sungguh nak cuba segala jenis puri macam yang dilihat dalam buku. Bila sampai hari puri brocoli habis disembur-sembur sambil buat muka tak suka..tutup-tutup mulut dan menangis tak nak makan..isk...isk.Penat tau mama masak. Lepas tu mama stop sekejap. Bagi puri lain pulak
Bila dia mencecah usia 9 bulan mama cuba perkenalkan lagi sekali dengan brocoli. Kali ni buat bubur nasi campur ayam dan brocoli. Again...dia menolak. Rasa frust sangat sebab dah penat masak.. Biasalah sebagai ibu kita nak berikan yang terbaik untuk anak-anak. Semua orang tahu dengan khasiat brocoli. Mama siap beli yang organic lagi. Sebab frust terus mama stop bagi brocoli. Pada masa tu Aqil hanya suka makan karot dan kentang. Jadi dua sayur tu je yang mama selalu masakkan untuk dia.
Itulah salah satu kesilapan mama pada masa itu. Tak kreatif nak bereksperimen sebab terlalu takutkan rejection dari anak. Alhamdulillah mama belajar dari kesilapan itu. Jika anak reject sesuatu makanan kita perlu kreatif untuk mengubahsuainya sehingga diterima oleh anak. Tambahan lagi jika makanan itu mengandungi khasiat yang tinggi. Untuk Dini dan Durra mama telah gabungkan brocoli dengan sayur yang sedikit manis iaitu labu. Alhamdulillah mereka suka. Jadi ibu-ibu yang anak baru nak belajar makan jangan putus asa ya. Alhamdulillah sekarang Aqil juga dah makan brocoli. Tapi mesti disertakan dengan lauk kegemarannya ayam goreng.

Ok..seterusnya kita ke resepi ya

Bahan-bahan
Sedikit minyak masak (mama guna olive oil atau corn oil bergantung apa yang ada)
Bawang besar (dadu)
Labu (dadu)
Brocoli
Isi ayam

Cara memasak
Tumis bawang dengan sedikit minyak sehingga layu
Masukkan isi ayam yang didadu
Kacau sebentar
Masukkan baby pasta,labu dan brocoli
Masukkan air
Rebus sehingga sayur dan pasta lembut
Campur sedikit susu (optional)
Bila dah suam boleh blend atau lenyek je dengan garpu supaya hancur2 bergantung pada umur anak. Mama hanya gunakan Tupperware Turbo Chopper untuk hancurkan.  Durra dah ada 6 batang gigi (2 bawah 4 atas) jadi dia suka kalau makanan boleh kunyah2. Kalau terlalu hancur dia tak suka.


Di dalam Tupperware Turbo chopper. Siap untuk dihancurkan


Dah siap hidangan sepinggan lengkap. Ada karbohidrat dari pasta, protein dari ayam dan susu dan vitamin dari labu dan brocoli.

Tak sempat nak snap gambar selepas dihancurkan sebab Durra dah tak sabar nak makan. Dia sekarang kalau letak di baby chair akan jerit "nak..nak..nak..nak"

0 comments: