Sambal cili kicap versi goreng tak pedih mata

10 September, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak kecil sambal cili kicap ni sinonim dengan soto sebab soto adalah masakan wajib hari raya buat mama di kampung. Setiap tahun nenek mama akan masak satu periuk besar sup ayam digandingkan dengan ketupat nasi dan bergedel daging khas untuk cucu-cucunya.

Semasa di universiti mama mula makan pisang goreng, cekodok pisang dan keledek goreng dengan sambal cili kicap  hasil tunjuk ajar my coursemate anak jati negeri Johor. Mula-mula rasa pelik tapi lama-lama sedappppp rupenye.

Cara mudah nak buat sambal cili kicap ni cuma tumbuk atau blend cili padi dan tambahkan kicap. Hari ni mama nak share cara buat sambal cili kicap yang diajar oleh seorang rakan


Bahan-bahan utama. Cili padi dan bawang putih sebagai penambah perisa. Kalau tak suka rasa bawang putih tak payah letak pun tak apa.


Basuh bersih-bersih bahan di atas dan toskan kering. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Bila minyak panas masukkan semua bahan di atas. Goreng sebentar agak-agak cili layu (jangan sampai garing pulak ye). Mungkin berlaku sedikit adegan tembak menembak dari cili dalam kuali.

Toskan minyak dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk boleh blend atau tumbuk. Dulu, kalau untuk portion yang banyak boleh blend tapi kalau portion sedikit terpaksa tumbuk dengan lesung. Berdentum-dentum menumbuk. Tapi kini mama hanya gunakan Tupperware Turbo Chopper


Masukkan semua dalam chopper. In a few seconds siap


Masukkan dalam mangkuk. Tambah kicap. My friend ajar kalau guna kicap masin kena letak sedikit gula untuk naikkan rasa. Kalau guna kicap manis pulak kena tambah sedikit garam. Part ni bergantung pada citarasa masing-masing. Lepas tambah kicap dah siap sambal cili kicap kita. Sedia untuk dimakan bersama soto atau bihun sup.

0 comments: