Hari ini saya nak share satu lagi resepi yang simple, cepat tapi berkhasiat. InsyaAllah akan disukai oleh kanak-kanak kerana rasanya yang lemak berkrim.
Resepi yang mama saya nak share hari ini ialah
SPAGETI CARBONARA
Mudah sangat nak sediakannya. Menu ini selalu menjadi pilihan kalau saya sampai ke rumah agak lewat dari tempat kerja.
Bahan-bahan seperti di bawah
Bawang merah (dadu)
Bawang putih (dadu)
Isi ayam (dadu)
Sos carbonara prego
Susu segar
Sayur yang sesuai (saya selalu guna carrot yang di dadu halus dan frozen chopped spinach)
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Warna hijau 3 ketul tu adalah frozen chopped spinach. Saya selalu stok di rumah sebab mudah untuk memasak makanan anak-anak terutama jika kehabisan stok sayur . Boleh dapatkan di bahagian sejuk beku kebanyakkan pasaraya. Menu lain yang saya selalu letak frozen chopped spinach ialah nasi goreng, bubur nasi dan creamy potato soup. Di rumah juga saya selalu simpan stok susu full cream dutch lady yang kecil tu (125ml) . Mudah kalau nak letak dalam masakan. Guna terus satu kotak tak perlu simpan baki.
Chopped spinach.
Cara penyediaan
Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
Masukkan isi ayam yang di dadu
Letakkan sedikit serbuk lada hitam (bergantung pada tahap umur kanak-kanak)
Masukkan sayur
Setelah isi ayam masak letakkan sos carbonara
Kacau rata dan masukkan sedikit air
Setelah sos mendidih tuang satu kecil kotak susu full cream
Perasakan dengan garam mengikut kesesuaian
Biarkan seketika dan tutup api
Sambil buat sos carbonara cooker di sebelah saya rebus spageti. Di bungkusan pasta ada tercatat cooking time bergantung pada jenis pasta yang digunakan. Untuk anak-anak saya akan lebihkan masa merebus supaya lebih lembut. Setelah pasta lembut toskan air dan gaul dengan sedikit minyak zaitun.
Setelah spageti lembut dan sos siap boleh gaulkan sekali. Terpulang pada citarasa masing-masing sama ada nak serve setelah sos dan pasta di campurkan atau serve asing-asing.
SELAMAT MENCUBA
0 comments:
Post a Comment