Mommies yang lain pernah experience drive malam-malam tak? Maksud Mama drive bergilir-gilir dengan hubby dalam perjalanan jauh di waktu malam.
Sejak Mr Hubby tukar kereta auto barulah Mama boleh drive bergilir-gilir dengan Mr Hubby dalam perjalanan malam. Dulu masa kereta manual tiada pilihan sebab Mama memang penakut bawak kereta manual sebab dah lama tak cuba. Dulu kalau Mr Hubby ngantuk kami berhenti di R&R untuk dia tidur sekejap.
Setakat ini rekod perjalanan malam paling jauh Mama drive mula dari hentian Sungai Buloh sampai hentian Simpang Pulai sebelum Mr Hubby sambung sampai Taiping. Kami on the way balik Taiping. Bertolak dari restoran jejantas kira-kira 9.30 pm . Mr hubby penat sangat sebab siang tu dia sangat sibuk. Kids pulak kebetulan lena atas car seat masing-masing di belakang. Masa tu adik Mama yang study di UIA pun ada sekali ikut kami balik. Dia yang tolong tepuk-tepuk anak sedara kalau they all tersedar dan meragam.
Lepas tukar pilot je, co pilot baru @ Mr Hubby terus tertidur kat sebelah. Mama dalam hati cuak jugak. Confident je dia nak bagi Mama drive malam-malam ni sampai leh tidur. Yang tak tidur sepanjang perjalanan hanya adik Mama kat belakang. Cuak dia Mama bawak MPV sebab hari-hari biasa drive Atos kecik comel je gi keje. Opah kat Taiping setiap 30 minit call tanya kat mana..huhuhu..semua orang cuakla kesimpulannya kecuali Mr Hubby heheheh
Mama nak kata mengantuk tak la sangat (ngantuk gak sikit-sikit). Mama minum nescafe, bukak radio perlahan-lahan dan bersembang dengan my sister. Tapi satu benda yang really keep me awake ialah
THANK U TO CIK GPS YANG ASYIK MEMBEBEL
Yup, this thing really help me. Mula-mula Mr Hubby suruh shut down je. Iyelah setakat jalan lurus lalu highway nak balik kampung sendiri pulak tu takkan nak pakai GPS. Tapi Mama berkeras nak pasang jugak. Kenapa Mama nak pasang.
First dia tunjuk berapa KM lagi nak sampai destinasi. Biggest motivation tu bila tengok nilai KM tu makin berkurang (ye..ye..dah nak sampai..balik kampung...hohoho balik kampung)
Second kalau terover speed Cik GPS ni akan mula marah. DECREASE YOUR SPEED ..DECREASE YOUR SPEED ..Siap siren kecemasan..over betul.. (Mr Hubby setkan speed x lebih dari 100km/j. Patutla Cik GPS asyik marah-marah Mama)
hayatizain : Watermark tu Mama order dari eybizzonline...saja suka-suka..hihihi
0 comments:
Post a Comment