Jakel dan Ariani Shah Alam

19 May, 2010

Pagi tadi masuk je office dapat SMS dari kawan Mama. Minta tolong bagi direction nak ke Jakel sebab dia nak shopping this weekends. Mama ni kalau bab bagi-bagi direction cakap mulut kurang pandai sikit. So lebih baik lukis map (guna paint aje pun). So inilah map nye.

My friends nak datang dari Cheras. Jadi Mama bagi direction ikut Federal Highway. Senang . After Tol Batu 3 tu straight je sampai jumpa exit Padang Jawa. Himpit kiri dan masuk ikut exit tu .Jangan terlepas sampai ke Tol Padang Jawa pulak.




 Please to enlarge image

Dalam map ni boleh tengok ada dua gate UiTM (satu Section 2 dan lagi satu Padang Jawa). Mama lukis dua-dua sebab pernah sekali my friend datang konon nak buat suprise visit kat Mama sambil nak shopping di Jakel masa lunch break Jumaat (tak telefon dan tanya direction dulu). Dia dapat info dari orang yang Jakel terletak dekat dengan gate UiTM (Gate Padang Jawa ye...bukan gate Section 2 tu..kawan mama ni tak habis tanya la ni sebab excited sangat nak shopping).  Amik sekali  sesat barat sebab dia datang ke gate Section 2. Berpusing-pusing cari Jakel sampai terlepas ke section 18. Akhirnya Mama jugak yang kena datang rescue.

Antara info lain kalau datang area sini (untuk orang-orang luar Shah Alam)

Tempat solat sebelum shopping :
Mama tak pasti di Jakel tu ada surau. Tapi cadangan Mama boleh solat di Petronas berdekatan  (Please refer to map)

Tempat makan selepas shopping:
Banyak kedai makan. Paling dekat Ayam Bakar Wong Solo (refer tu map). Sebaris dengan Jakel pun ada Old Town White Coffee. Dekat Section 7 tu pun banyak kedai makan. Fast food berdekatan ialah KFC , Pizza Hut dan A&W (di Petronas. Please refer to map). Kalau nak McD kena drive sikit ke Seksyen 2. Kalau tekak demand nak makan western boleh cuba di Anggerik Cafe dalam UiTM. Anggerik Cafe ni dikendalikan oleh hotel UiTM. Tapi tak pasti weekends buka ke tak. Masuk ikut Gate Padang Jawa. Jalan depan sikit and turn left (sebelah padang kawad tempat parking bus).


Tempat untuk kaum suami/bapa lepak supaya kaum isteri/ibu boleh shopping dengan aman :
Dekat Seksyen 7 tu ada beberapa kedai mamak. Bolehla lepak2 minum. Area Jakel tu pun ada kedai sukan Al-Ikhsan. Walking distance je dengan Jakel. Kalau nak lepak dengan sihat kaum-kaum bapa/suami boleh pergi jogging di tasik berhampiran..hehehe (Please refer to map).




Sempat snap pic masa tunggu lampu hijau nak masuk UiTM pagi tadi

Masa Mama mula report duty 2008 dulu tak ingat apa ada di kawasan ni. Rasanya masa tu semak samun. Dalam masa 2 tahun dah bertukar jadi rumah kedai. Kalau jalan ke depan lagi nampak ada construction yang agak besar (boleh nampak dalam picture). Dengar-dengar building tu hospital (tak pasti betul ke tak ye...dengar-dengar je). Wah nampaknya memang makin meletup-letup la nilai hartanah di Shah Alam ni . MACAM-MACAM ADA.


Hasil pancingan Jumaat lepas

Mama sempat pergi memancing sekali je. Pancing yang murah-murah je. Itupun tak plan sebab temankan kawan. Mama takdela excited sangat sebab Mama jenis suka beli baju yang dah siap jahit. Sebab tu bila masuk je Jakel rasa macam ketinggalan zaman. Macam-macam nama fabric. Promoter-promoter pulak ramah-ramah belaka mengikut kita sana sini. Pergi masa lunch break Jumaat ada HAPPY HOUR. Kain hijau tu tu beli masa HAPPY HOUR. Murah je. Beli satu percuma satu (lagi satu my fren ambil..Kami kongsi bayar hehehe). Bila masuk Ariani excited la sikit sebab konon-konon plan tukar image  (asyik pakai tudung bawal je). Bila tengok harga...huhuhuhu...tak mampula nak beli banyak.

1 comments:

czueka zulaikha said...

thanks mama for the map.. klu tak sy pun sesat huhu.