Sambil bakar kek cuba bereksperimen dengan marzipan. Mama warnakan marzipan kepada 3 warna dan cuba bentuk perkataan HAPPY BIRTHDAY AQIL dan HAPPY BIRTHDAY DINI guna cutter. Mungkin kerana kurang ilmu di dada dan keadaan yang masih pening-pening lalat, marzipan tu susah sikit nak keluar dari acuan terutama bagi alphabet yang banyak lekuk-lekuk (seperti B). Finally bentuk sendiri je guna tangan .... lagi cepat. Tapi kalau nak buat bunga or buah memang best. Leka sekejap macam budak-budak main playdough. Buat sikit je dulu sebab nak cepat. rasanya dari sebuku marzipan guna 1/4.
Pukul 3 baru nak mula deco kek. Untuk Aqil Mama buat choc cake with choc ganache. Tepi-tepi letak sikit fresh cream. Ada sebiji sebiji strawberry sesat dari marzipan. Ingat nak buat banyak lagi tapi sungguh TAK SEMPAT.
Untuk Dini choc cake jugak cuma topping guna fresh cream (Letak perisa strawberry sikit). Ada juga 3 kuntum roses sesat dari marzipan. Actually first time cuba buat topping guna fresh cream. Comot sebab tak pandai nak ratakan. Masa pulak terhad sebab nak rushing ke nurseri.
Cake cutting ceremony mula dengan Aqil dikelilingi kawan-kawan.
control..control..
Lepas tu teacher bawak Dini turun dari atas (budak kurang dari setahun setengah semua duduk kat atas). Dini sangat excited dikelilingi ramai orang dan diberi pegang pisau kek. Habis nak dicincangnya kek tu
Dik..potong elok-elok. Mama sampai migrain nak buat kek tu
Aqil distribute party pack dekat kawan-kawan.
Dini si kastam kecik yang sibuk nak check party pack orang.
Alhamudlillah majlis yang simple ini akhirnya selesai. Lega rasanya. Petang Ahad jiran depan rumah kami buat besday celebration anaknya. Aqil sangat excited sebab ada khemah tema pink putih ala-ala kenduri. Dari pagi Ahad masa orang datang pasang khemah dia dah menjenguk dari tingkap. Sampai pagi tadi (Isnin) dia masih sibuk menjenguk ke tingkap nak tengok khemah sambil merengek nak ajak pergi kenduri lagi ..InsyaAllah ada rezeki lebih tahun depan birthday Aqil dan Dini kita buat khemah la ye Papa..
0 comments:
Post a Comment