Bukan tak nak cantik....

15 April, 2010

Sekarang macam-macam produk makanan kesihatan untuk kecantikkan di pasaran. Kalau tengok testimonial memang boleh rambang mata. Perempuan mana yang tak mahu CANTIK DAN JELITA.

Pagi tadi saja dua orang kawan Mama hantar SMS promote makanan kesihatan. Mama cuma minta mintak nama produk dulu sebab nak buat survey di internet. Bukan nak survey pasal keberkesanan sangat tapi yang penting BAHAN-BAHAN di dalamnya. Memang boleh dikatakan semua produk di pasaran ada kelulusan KKM bermakna ia selamat di makan. Tapi mungkin 100% SELAMAT hanya untuk ibu. Selamat untuk ibu tak bermakna sesuai untuk anak. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak macam Mama, memang perlu double triple prihatin. Kalau ada bahan-bahan yang Mama ragu, Mama akan shout di blog Farah  kaunselor laktasi. (Thanks Farah kerana sudi melayan soalan-soalan Kak Yati).  Jadi Mama minta maaf kalau ajakan dan tawaran pembelian yang terpaksa ditolak.

Setakat ini yang Mama berani makan hanya
Essential & Omega  - Usana,
LactoFibre - Tupperware
Phytocleanse - Nona Roguy
Colostrum + DHA -  Tupperware

Ibu-ibu zaman siber sekarang memang sangat mudah untuk anda cari informasi. Untuk self screening type je di google nama bahan yang anda ragu-ragu dan tambah perkataan breastfeeding seperti di bawah . Kalau nak double check hubungilah orang-orang yang expertise in breastfeeding. I'm sure they will be more than happy to help and guide you.



Mama teringin nak cuba satu produk kecantikkan. Bahan-bahan lain nampak OK tapi tiba-tiba nampak pulak Coenzymes Q10 ni. Bila baca artikel-artikel di atas terus cancel.

Jadi ibu-ibu berhati-hatilah bila memilih .  Jangan senang kabur dengan testimonial-testimonial.  Kalau ada yang ragu-ragu tangguhkanlah dulu .  Tunaikan dulu HAK ANAK UNTUK DISUSUI oleh ibunya. Alhamdulillah hubby Mama 100% support breastfeeding ni. Jadi senang nak explain pada dia (yelah kadang-kadang officemates yang perempuan asyik cerita pasal 1001 produk  Sure dia hairan kenapa isteri dia ni relaks je).


hayatizain : Kadang-kadang Mama  tanya Aqil..Mama cantik tak? Cepat je dia jawab 'Cantik' ..Lepas tu adik Dini pun akan ikut cakap 'Tikkkkk' ( ini princess tahu ajuk je cakap abang dia).. ..lega hati Mama (ayat-ayat penyedap jiwa..hehehe).

BEAUTY LIES IN THE EYES OF BEHOLDER

0 comments: