Dua beradik buah hati Mama

26 April, 2010

Sudah lama tak jenguk blog. Dah bersawang dek labah-labah buat sarang. Terima kasih kepada mereka yang sudi tinggalkan jejak untuk entry sempena Mother's Day Giveaway. Minta maaf jika Mama lambat senaraikan anda pada senarai peserta. Tetapi jangan risau, Mama akan pastikan anda tersenarai sebelum tarikh cabutan undi.

Entry ini untuk tatapan anak-anak Mama Aqil dan Dini. Mungkin kerana perbezaan gender , umur ( beza 2 tahun je pun) atau  minat , memang susah nak cari aktiviti yang boleh buat dua-dua duduk diam.

Alkisahnya sejak mencecah umur 3 tahun, Aqil dah kurang minat dengan permainan2nya. Dia lebih minat aktiviti-aktiviti seperti mewarna dan melukis. Kalau tak percaya tengok ni...


Fuh..fuh..Mama tarik nafas tak cukup oksigen tengok lukisan PERCUMA dekat dinding family hall. Diam-diam dia buat projek. Mr hubby kata.'.takpe..sabar..sabar..itu tandanya anak kita kreatif  hehehe'


Maka Mama pun belilah buku mewarna dan pensil warna. Mama beli 2 set yang SAMA. Satu untuk Aqil dan satu lagi pastinya untuk Dini.

Aqil sangat leka mewarna dan melekat sticker yang disertakan dengan buku. Macam-macam posisi mewarna.


 Duduk


Baring

Adik Dini pulak 

Cubaan menampal sticker. She's not really enjoyed the session. Muka musykil kenapa abang Aqil sangat tekun sampai tak pedulikan dia.



Tak puas hati sebab rasa terabai kerana abang Aqil lebih sayangkan buku dan pensil warna baru dari dirinya

Mogok tampal sticker dekat baju, muka Mama, atas lantai

Cuba mencari perhatian dengan merampas pensil warna. Aduh ribut..ribut..Dah beli set KEMBAR SEIRAS pun masih nak kacau yang abang dia punya. 

Kacau lagi. 

Dengan selamba slap belakang abang dia dan lepas tu lari terkedek-kedek ke arah Mama dengan satu tujuan dan matlamat yang SATU iaitu untuk....


Cuba teka Dini tengah buat apa?


Apalagi kalau tak tengah recharge energy @ n***n. Penat agaknya fikir strategi nak serang abangnya tadi


Apa yang adik Dini enjoy buat dengan abangnya??????



Menari sambil berlakon ala-ala itik, ayam dan sebagainya


0 comments: