Berkelah di kedinginan winter - Day 5

09 January, 2010

Hari ini kami ke Kasumigaura park yang terletak di Tsukuba

Kasumigaura park

Dengan semangat yang berkobar-kobar kami merentas taman dan terjumpa gazebo untuk berkelah

Nasi minyak and bihun goreng. nyum..nyum.. Ku tetap setiap dengan tupperware walaupun di Jepun

Oleh kerana nak sangat berkelah di tengah winter maka kami makan dengan penuh berselera tetapi mengigil-gigil.

Salah satu tarikan di taman ini ialah windmill




Wetland

Tasik

Dinner di salah sebuah restoran di Hitachi
Peti kasut berkunci di pintu masuk

Peti kasut ni sungguh unik. Masukkan kasut , tutup rapat dan tarik papan kecil tu. Maka terkuncilah kotak itu dan simpanlah papan itu sebagai kunci anda.

Menu

Salah satu perkara unik di Jepun ialah bagi kebanyakkan restoran , di sebelah setiap makanan di dalam menu akan dicatatkan kalori untuk makanan tersebut. Sesiapa yang diet senanglah nak buat pengiraan kalori. Mungkin itu salah satu faktor orang-orang kat sini slim-slim belaka

Makan bersila atas lantai. Ada kerusi comel untuk kids

Plain water and green tea

Kalau kat Malaysia budaya minum teh tarik digantikan dengan green tea rasa-rasanya kurang sikit statistik pesakit diabetes melitus @ kencing manis

2 comments:

Zatul Iffah Fakharuldin said...

restaurant tu halal x?

hayatizain said...

restauran di Jepun rasanya susah nak jumpa yg status halal kecuali restoran pakistan. Jadi kalau nak makan kena pilih nasi kosong, veggies and sea food aje. Kalau tak pasti boleh tanya apa yg they all letak dlm bahan tu sbb they all ni mmg telus. Takde sembunyi2. Cthnya dia punye kari. walaupun seafood kari tapi bila kita tanya dia ckp ada letak rebusan daging (beef). Jadi tak bolehla ambil.