What make this special ?
see all the buttons
Toilet2 kat Jepun ni sungguh canggih (Bagi kebanyakkan tempat. Ada juga tempat yang toilet dia biasa je). First time jumpa masa masuk ladies di Narita Airport (turun2 flight je cari ladies sebab atas flight asyik occupied je toiletnya). Termenung jap fikir nak tekan button yang mana (takut gak salah tekan nanti meletup ke apa). Apa-apa pun memang selesa sebab selain button2 tu toilet juga lengkap dengan "warm seat" (tengah2 winter ni kalau tak de warm seat memang tak selesa).
Selepas tu kami pergi tengok laut. Hitachi City menghadap Lautan Pacifik
Dah puas tengok laut (tak boleh mandi manda pun macam ni Malaysia) kami menuju ke Fashion Cruise untuk makan tengahari.
Along and kids
Abang long dan hubby pergi pesan makanan. Tak lama lepas tu mereka datang dengan benda ni.
Hari ni kami makan nasi bersama tuna dan sup.
Akhirnya setelah hampir nak berangkat pulang ke Malaysia esok barulah Aqil bertemu ultraman yang dicari-cari selama ini. Mengalirlah yen papa untuk Aqil di kedai yang penuh dengan ultraman2. Mujur dia mintak yang kecil je. Kalau nak "bapak" ultraman kat luar tu jenuh juga nak angkut bawa balik Malaysia nanti.
0 comments:
Post a Comment