Satu kenangan di bumi Sakura

15 January, 2010

Aqil dan Farihah berjoget di airport. Masing-masing tak faham nak kena berpisah lepas ni

Sayonara ....sedihnya. Macam tak puas je duduk sini

Perjalanan balik terasa lebih panjang dari perjalanan datang dahulu. Mungkin kerana perjalanan di siang hari. Mujurlah Aqil tak meragam sebab diupah dengan kacang dan video.

Big boy tengok cerita Ben10 sambil makan kacang
Yang tak nak duduk diam ialah Dini. Tak mahu langsung tidur dalam bassinet. Bila dah ditidurkan di riba saya akan pindahkan ke bassinet tetapi dia kan terus buka mata . "Cramp" meriba princess sorang ni


Mama I don't want to be here..please

Tak reti duduk diam pulak tu. Ada je benda nak dibuat dan dicapainya. Rasanya kalau saya lepas mesti laju je dia merangkak tawaf kapal terbang ni.

I prefer to be here.

Meals sepanjang perjalanan pun ada unsur-unsur makanan Jepun. Meal untuk lunch tak sempat nak ambil gambar. Cuma sempat ambil gambar snack saja. Masa kat Jepun inilah salah satu favourite saya. Aqil dengan Dini pun suka (saya picit2 suap kat mulut Dini, bukan main happy)
Our snack

Alhamdulillah selamat mendarat di KLIA hampir jam 8 malam. Penat tetapi seronok berjalan bersama suami dan anak-anak. Penat jugak menaip entry tentang aktiviti kami di sana. Entry-entry ini sebenarnya untuk dokumentasi kami sekeluarga kerana saya tahu memori Aqil (2 tahun 10 bulan) tentang Jepun mungkin hanya dalam jangkamasa yang singkat. Dini (9 bulan) pulak rasanya memang tak ingat apa-apa. Sekurang-kurangnya bila mereka sudah pandai membaca bolehla membaca catatan mama disamping ratusan gambar yang kami simpan. 

Bila nak ke Jepun lagi?
Erm ..tak pasti berapa tahun lagi. Along dan family pun dah nak balik March ni. Tanpa sesiapa di sana (terutama sekali yang fasih berbahasa Jepun) mungkin susah sikit kami nak ke sana lagi. Jika ada  rezeki mungkin Aqil atau Dini boleh further study di sana nanti (jauhnya angan-angan mama).. Kalau papa masih "setia" dengan MAS bolehlah mama dan papa datang melawat selalu.

Next trip?
Nak ke mana ye? Macam teringin nak ke Australia tapi kena tengok kewangan tahun ni. Perlu utamakan perkara-perkara penting dahulu. InsyaAllah ada rezeki kita jalan lagi ye anak-anak.

0 comments: