Macam rajin pulak nak update blog ....

14 January, 2010

sebab saya tersedar kemahiran mengarang saya semakin teruk. Ayat saya sudah tunggang-langgang walaupun suatu masa dulu saya sangat suka mengarang. Ini kerana rutin harian saya menyebabkan semua kemahiran ini semakin tumpul.

Rutin di tempat kerja

Buat nota untuk kuliah
Namapun powerpoint presentation jadi mana mungkin saya nak karang ayat panjang-panjang dan letak di dalam slide. Letak points sahajalah dan kemudian elaborate di dalam kuliah.

Proposal research
Semua perkataan saintifik yang kadang-kadang buat berpinar biji mata. Mana boleh tulis sesuka hati macam dalam blog. Nak kena tembak dengan Research Comittee :).

Rutin di rumah

Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu
Dini budak pandai mama upah susu

Five little ducks went out one day
Over the hill and far away
Mother duck said "Quack, quack, quack, quack."
But only four little ducks came back

Alif di atas AA ba di atas BA ta di atas TA
AABATA

ok...good boy..good girl...one more times


Ok jadi janganlah hairan kalau sesekali keluar lebih dari satu entry setiap hari. Saya bukan asyik tulis blog dan tak buat kerja. Cuma sesekali "take 5" sekejap bila rasa dada dah semput tengok perkatan-perkataan saintifik kat atas meja ni.


Meja study saya masa di U dulu

* Sudah mula blogging dari zaman universiti. Sesekali jenguk kembali ke blog lama. Banyak sungguh nostalgia yang datang menyinggah.

0 comments: