sup simple untuk anak-anak

17 January, 2010

Bahan-bahan :

Carrot
Kentang
Bawang besar
Bawang putih
Olive oil
Isi ayam


Step 1 : Tumis bawang merah dan bawang putih bersama sedikit minyak sehingga kekuningan
Step 2 : Masukkan ayam dan sedikit air. Kacau rata
Step 3 : Tambah air lagi dan masukkan kentang dan carrot
Step 4 : Masak sehingga kentang dan carrot empuk




Step 5 : Sejukkan sebelum dikisar


Inilah makan malam Dini pada hari ini..Ingat, jangan sesekali tambah garam ke dalam makanan bayi.


Boleh divariasikan dengan :
1) Bakar sedikit roti dan potong kiub kecil-kecil. Tabur di atas sup
2) Rebus pasta sehingga lembut dan campurkan ke dalam sup.


Aqil pun makan sup yang sama sebagai gravy untuk macaroni. Saya tambahkan sedikit garam kerana dia sudah berumur 2 tahun 10 bulan. Ini adalah salah satu cara saya "menyorokkan" sayur-sayuran ke dalam makanannya kerana hero saya ni susah sikit nak makan sayur.

Third round. Hero saya ni kuat makan tapi badan tak naik-naik jugak

Untuk makanan keluarga , saya sentiasa cuba menggunakan sayur-sayuran organik (terutama untuk makanan bayi). Kebanyakkan hypermarket (Giant, Tesco dan Carefour) serta supermarket (Jusco, Cold Storage) ada menjual pelbagai pilihan sayur organik . Cuma yang menjadi sedikit kesukaran ia dijual pada kuantiti yang sedikit (selalu kehabisan) dan harga yang agak mahal (mungkin kerana penanaman secara organik kurang meluas di Malaysia). Artikel-artikel yang berkaitan dengan makanan organik boleh dilihat di sini dan sini .

2 comments:

Tyha said...

seronok kalau anak2 nak mkn.Kita pon tambah semangat nak masakkan...;)

hayatizain said...

Betul tu Tyha. badan yang penat pun rasa macam tak penat bila semangat dah datang :). Ikut kan hati nak masak hari-hari tapi kadang2 keinginan tak terdaya mengatasi kepenatan bekerja dan menghadap traffic jam :(