Sebaik tamat saja kursus induksi selama 16 hari saya hanya punya kurang dari 24 jam untuk packing sebelum bertolak ke Jepun. First time travel jauh dalam jangkamasa yang agak lama (seminggu) bersama anak-anak. Saya pulak memang "fail" sikit bab memilih baju-baju untuk packing. Ikutkan hati semua benda nak bawa bersama.
Ole-ole dari Malaysia :)
Alhamdulillah selepas 6 jam perjalanan kami tiba di Narita Airport. Abang long dah sedia menunggu di balai ketibaan. Keluar saja airport terasalah kesejukan winter yang mencucuk tulang itu. Kami bertolak ke di Hitachi City yang terletak kira-kira 125 km dr Tokyo. Menurut along (kakak ipar saya), Hitachi boleh diibaratkan sebagai kawasan kampung yang terletak di tepi laut. Rasa sungguh bertuah kerana dapat lihat dua pemandangan yang berbeza di negara matahari terbit . Pemandangan yang saya lihat memang berbeza dari pemandangan di Tokyo. Di sepanjang jalan kelihatan rumah-rumah kampung yang comel, kebun sayur dan petak-petak sawah (tapi dah takde padi sebab dah lepas musim menuai). Teringat pulak cerita Oshin yang saya suka tengok masa kanak-kanak dulu. Sampai sahaja di rumah along kami terus dijamu dengan makan tengahari , ayam masak lemak cili api versi perantau ,,nyum..nyum (hubby ngan kakak ipar den org noghori).
Sebelah petang tu kami pergi shopping baju panas untuk anak-anak. Kalau ikut perancangan kami akan banyak travelling. Suhu pulak boleh tahan sejuk (bawah 5c) . Awal-awal along dah pesan supaya kami tak terlalu "ghairah" beli winter wear untuk kids di Malaysia sebab dia akan bawa kami ke kedai yang jual winter wear murah di Hitachi. Memang murah pun. Kalau di Malaysia winter wear kanak-kanak semua RM100 ke atas (itupun time sale). Di sini boleh dapat sehelai kurang dari 2000 yen . (kalau convert to RM kurang dari RM100 sehelai)
Dini di samping koleksi winter wear dan stroller yang disediakan kedai untuk pengunjung
* Percaya tak kami bawak ikan keli salai made in Rembau ke Hitachi ..hehehe..Orang negeri sembilan pasti lebih mengerti
0 comments:
Post a Comment