my campak-campak "Roasted lemon & herb chicken"

25 January, 2010

Alhamdulillah saya telah selesai menghadiri kursus PBL pada hujung minggu ini.  . Bagi sesiapa yang tidak biasa dengan term ini,  PBL bermaksud  "Problem Based Learning".  Ia merupakan salah satu teknik pembelajaran yang mana pelajar diberi "Case/ Problems/ Triggers" dan perlu dibincangkan di dalam kumpulan dengan supervision seorang fasilitator (lecturer/tutor).

Contohnya jika di dalam silibus kursus terdapat kuliah bertajuk "Pengurusan masa ", maka kuliah tersebut akan dibatalkan dan diganti dengan sessi PBL. Students akan diberi kes seperti :

"Encik X sentiasa dalam keadaan tertekan di tempat kerja dengan urusan kerja yang bertimbun-timbun. Ini menyebabkan dia sering pulang lewat ke rumah selepas bekerja . Dia juga sudah lama tidak pulang ke kampung atau membawa anak-anak dan isterinya keluar pada hujung minggu. Baru-baru ini bekalan elektik di rumahnya dipotong kerana dia terlupa membayar bil elektrik walaupun surat peringatan telah dikeluarkan " (isk..isk ..Kesian betul kat En X. Kes ini saya reka sendiri dalam masa 5 saat sebagai contoh saje ye. Kes untuk PBL not as simple as this)

Dengan kes di atas maka pelajar-pelajar akan mula berbincang dan "brain-storming". Mungkin mereka akan menyenaraikan faktor-faktor penyebab stress di tempat kerja dan  cara pengurusan masa (guna e-banking bayar bill  etc). Pada saya ini satu kebaikkan kerana pelajar akan belajar untuk berfikir dan memberi pendapat dengan lebih matang, lebih bijak berkomunikasi, tidak terlalu bergantung kepada pensyarah sebagai sumber maklumat (spoon-feed) di samping mencapai objektif subjek tersebut. Selain itu mereka akan dinilai berdasarkan penglibatan di dalam kumpulan. Jadi pada mereka yang malu-malu nak bercakap tu terpaksa juga bercakap dan sedikit demi sedikit  akan membina keyakinan pada diri sendiri . Peranan fasilitator juga memastikan tiada pelajar yang terlalu mendominasi perbincangan (Orang yang sama je nak bercakap..mana boleh macam tu). Pada saya  skill-skill ini penting kerana fresh grad perlu bijak memberi pendapat yang bernas dan relevan terutama semasa temuduga dan mempunyai survival yang tinggi bila dah bekerja (Bila dapat task atau hadapi masalah kena bijak mengendalikannya. Sometimes kena dengar pendapat orang lain). Pagi tadi semasa dalam perjalanan terdengar di slot Am Crew HotFM bahawa statistik pengangguran terkini di Malaysia telah mencecah lebih 300000 orang. Situasi yang sungguh membimbangkan.....(adik-adikku pun ramai yang tengah study ni. My students semua takde masalah sebab they all bakal dentist)

Bila sebut asal PBL saya tak tahu kenapa saya pasti teringatkan cerita "House". Mungkin kerana cara dia handle kes mesti ada brainstorming.  Kalau dah kerja dapat bos yang sacartic macam House tu memang makan hati la hari-hari . Sebab tu  kena pandai main tarik tali dan survival skill kena mantap (tapi still berpegang pada fakta la)



Di Malaysia beberapa uni telah menggunakan sistem ini sebagai tambahan kepada kuliah (hybrid system) terutama fakulti perubatan dan pergigian. Tetapi di US terdapat universiti yang menggunakan PBL 100% (wow no lectures at all..cannot imagine). My faculty dalam perancangan untuk memasukkan PBL ke dalam kurikulum dan oleh kerana itulah kami pensyarah-pensyarah dihantar berkursus. Sebenarnya saya pun masih "muda" tentang PBL sebab zaman study dulu my faculty tak de apply system ni . Masih banyak perkara yang perlu saya belajar.



Balik dari seminar sangatlah penat rasanya tapi macam teringin sangat nak masak sebab my sister and brother ada di rumah tolong jaga my kids masa I berkursus. Nak  masak something special for the whole family tonight. Saya decide untuk masak "Lemon and herbs roast chicken " (rasa sangat special sebab sangat jarang masak heheheh). Kalau surf kat internet memang banyak resepi tapi saya main campak-campak je apa yang ada dalam peti ais tu.

My campak-campak roasted lemon and herbs  chicken
Ayam
Garam
Serbuk kunyit
Rosemary (kering)
Oregano (kering)
Bawang putih + Bawang merah + sedikit halia (blend)
Serbuk cili (saya gunting kecil2 cili kering je)
Kicap manis
Minyak zaitun
Parutan kulit lemon  (sikit je amik bau. Hati2 semasa parut jangan sampai ke layer yang putih tu. Pahit)
Air perahan lemon (sikit je)
Capsicum
Kentang (rebus dulu)


Marinate ayam dan sayur dengan semua bahan-bahan di atas dan bakar dalam oven sehingga masak (dalam 45 min to 1 hour). Kalau marinate lagi lama lagi sedap tapi saya sempat 15 minit je sebab sampai rumah pun dah 6.30 petang. Untuk sayur tu boleh je nak letak apa2 pun (brokoli, carrot, terung) . Saya letak sosej juga sikit sebab takut ayam tak cukup.

Dah siap pun
Makan malam kami. Roast chicken, sphageti goreng and mushroom soup

0 comments: