Upgrade botol

14 January, 2010


Semalam semasa lunch saya ke Mothercare Subang Parade dengan niat yang satu. Saya bercadang nak upgrade saiz botol Dini


Dari si comel 150 ml


Kepada 260 ml

Dini sekarang sudah hampir 10 bulan jadi rasanya saya perlu upgrade saiz botol. Selama ini guna saiz  kecil (150ml) sebab pengasuhnya di nurseri beritahu Dini tak "kuat" menyusu. Di nurseri dia "kuat" makan bubur. Mungkin kerana Dini lebih suka direct feeding jadi dia mengamalkan konsep 'reverse cycling' dan menjadi seperi anak koala bear bila berada di rumah .

Sejak lahir saya menggunakan Tommee Tippee Closer to Nature™ bottles ( Closer to Nature® easi-vent™ bottle ) untuk Dini. Ini kerana saya masih trauma dengan pengalaman Aqil yang tidak mahu minum EBM dari botol setelah saya mula berkerja (walaupun training session bermula sejak dalam pantang). Semasa pantangkan Aqil, parents saya dan hubby asyik 'shopping' segala jenis botol dan bentuk teats (masa tu saya belum terjumpa botol Tommee Tippee). Semua Aqil reject. Saya memang sangat emosional sewaktu itu (maklumlah anak sulung). Terbayangkan anak saya tak cukup zat semasa ditinggalkan di nurseri (walaupun pada masa itu nurseri cuma 500 m dari bilik saya di tempat kerja). Pernah juga terbangun tengah malam dan menangis sorang-sorang . Setelah mula bekerja saya kerap turun ke nurseri untuk menyusu Aqil (kan saya dah cakap nurseri cuma 500m dari office :). Ketika itu saya mengajar di CFS UIA Petaling Jaya). Saya juga amat berterima kasih kepada pengasuh yang mengajar Aqil menyusu dari botol dengan sabar (walaupun pada mulanya banyak yang keluar dari yang di minum) .

Semasa mengandungkan Dini saya lakukan banyak kajian. Kali ini saya dah mula bertugas di UiTM dan jarak nurseri ke tempat kerja saya hampir 25km (saya hantar nurseri berhampiran rumah). Selain bersedia dengan segala jenis botol yang telah di 'reject' abangnya dulu, saya tambah Tommee Tippee Closer to Nature™ bottle ke dalam koleksi. Setelah mencuba satu persatu jenis botol semasa sessi minum EBM , Dini telah memilih koleksi yang baru iaitu Tommee Tippee kerana tak mahu botol-botol abangnya dulu :).

Description on Closer to Nature® easi-vent™ bottle

  • Super-sensitive anti-colic valve

  • Unique, easy latch-on teat shape

  • Teat designed to mimic the natural flex and feel of a mum's breast

  • Soft natural feel silicone teat

  • Slow flow teat

  • BPA free for total reassurance
Mama cuma upgrade saiz botol Dini . Tak perlu upgrade jenis susu . Susu untuk Dini akan auto-upgrade setiap bulan mengikut pembesaran Dini. Itulah kelebihan susu ibu untukmu sayang . 

'Warm milk' di tengah kesejukan winter

0 comments: