Tahukah anda cara paling mudah dan murah tapi berkesan untuk mengelak jangkitan ialah dengan membasuh tangan. Kadangkala kita membasuh tangan tetapi dengan cara yang 'kurang' betul. Semasa membasuh tangan terdapat bahagian-bahagian tertentu yang mungkin tidak dicuci dengan sepatutnya. Lihat gambar di bawah dan anda boleh cuba sendiri berdasarkan 'cara' biasa anda mencuci tangan
Untuk mengurangkan diri dan keluarga dijangkiti penyakit, jadikan amalan membasuh tangan sebagai rutin dalam ahli keluarga . Basuh tangan dengan cara yang betul
- Sebelum anda memasak
- Sebelum makan atau menyuapkan makanan pada anak-anak
- Sebelum menyentuh peralatan bayi seperti botol susu, botol minuman dan sebagainya
- Sebelum dan selepas melawat rakan atau saudara mara yang sakit
- Selepas pulang dari mana-mana tempat awam
- Selepas menaiki kenderaan awam (LRT, monorel etc)
- Selepas menggunakan bilik air
- Selepas menyentuh haiwan (termasuk haiwan peliharaan)
- Selepas membuang sampah di luar rumah
- Selepas membersihkan rumah
Untuk mengalakkan amalan ini menjadi kebiasaan di dalam keluarga
- Saling ingat mengingati antara ahli keluarga
- Sediakan sabun di sinki rumah (saya lebih prefer jenis cecair)
- Sediakan "stool" untuk memudahkan anak anda memanjat (dengan pengawasan) semasa membasuh tangan
- Bawa sabun cecair dalam botol kecil atau hand sanitizer di dalam handbag jika keluar ke tempat awam terutama bila membawa anak (sesetengah tempat soap dispenser ada tetapi isinya tiada)
0 comments:
Post a Comment