Kenapa saya blur dan tension ?
Semuanya bukan sebab saya malas nak bangun pagi2 sabtu atau malas nak driving dari rumah (driving ke Shah Alam hujung minggu lagi best dari hari biasa. Tak jam!). Semuanya bukan..bukan..
Sebab utamanya siapa nak jaga my 2 darlings
Benda ni ada orang yang faham..ada yang tak faham..
Antara cadangan yang saya terima
Hantar day care je
Nurseri anak saya sabtu dari pagi sampai 1.00 petang sahaja. Ada ke day care dari pagi sampai petang pada hari Sabtu dan Ahad. Kalau ada di area Shah Alam ni tolonglah inform saya
Amikla bibik
erk..belum lagi kot buat masa ni.
Panggil mak tolong jaga.
Benda ni paling saya nak elak. Sehabis mungkin saya tak nak susahkan sama ada mama dan papa saya atau mak dan abah saya (parents in laws) dalam kami menjaga anak-anak. Mereka dah cukup susah menjaga kami masa kecil2. Sekarang bukan masa mereka nak bergelumang dengan muntah atau yak-yak cucu..Atau membersihkan tumpahan makanan dan minuman cucu. . Atau melayan kerenah cucu yang meragam tanpa sebab..Semua itu tugas kami sebagai ibu bapa. datuk dan nenek hanya perlu bermain dan bergembira bersama cucu-cucu. Itu prinsip saya walaupun ada a few times saya tak dapat mengelaknya. :(
Sekrang tengah karang SMS nak hantar kepada my sister di UIA Gombak and brother di KPTM bangi
Sabtu 23 Jan ni ada aktiviti tak? Kak Ti ada workshop pagi sampai malam. Kalau free datang tolong jaga Aqil and Dini eh sebab abg Najmi dah mula kelas. Kos perjalanan semua ditanggung dan tambahan poket money :). Check jadual..malam ni kakti telefon untuk confirm
Mujurla ada adik-adik yang masih bujang. Tapi tak boleh terlalu berharap pada mereka sebab sebagai pelajar hujung minggu pun kadang-kadang ada aktiviti (elektif project, perkemahan tahunan persatuan etc). Tengah berdebar bak tunggu jawapan dari mereka malam nanti .
* Sentiasa berdoa moga Allah mudahkan urusan dalam kerjaya. Bukan nak kejar pangkat professor atau nak pegang jawatan dekan cuma ini satu usaha bersama suami untuk memberi kehidupan terbaik untuk masa depan anak-anak.
0 comments:
Post a Comment