Asakusa Temple Tokyo
Disneyland Tokyo
Sebenarnya terlalu banyak perkara yang hendak saya tulis dan kongsi bersama. Cuma saya hilang rasa untuk menulis sejak saya dapat tahu tragedi yang menimpa little mujahid bekas pelajar saya di CFS UIA, Hafiz dan Mawaddah . Hati saya sebagai ibu tersentap dan tersentak. Sukar nak percaya . Saya ikuti perkembangan Ukasyah sejak di rahim ibunya . Mungkin kerana sudah lama tidak menjengah ke blog sendiri saya mengetahui berita ini agak lambat . Saya sibuk berkursus dan persiapan untuk bercuti. Sesungguhnya berat mata yang memandang berat lagi bahu mereka yang memikulnya.
Al-Fatihah buat anakanda Ukasyah . Nantilah ibu bapamu di pintu syurga sayang. Mereka adalah insan2 tabah yang terpilih untuk melalui ujian ini.
*InsyaAllah pengalaman di bumi Sakura akan saya kongsi bila hati ini telah bersedia.
2 comments:
oo..mawaddah tu ex-student akk ye? sy kenal mawaddah melalui blog je. mmg sedih bila dpt tahu pemergian 'ukasyah..smg diorg tabah hadapi ujian..
Ye Nadiah, Mawaddah dan Hafiz both students akak masa di CFS UIA. First Batch yang akk ajar and also mengajar di CFS was my first job. mmg byk kenangan. Selalu ikut perkembangan they all since mawaddah mengandung. Akk speechless dan sedih bila dapat tahu pasal tragedi ni. Setiap hari bila dtg kerja teringat-ingat dkt anak2. Doakan mereka berdua tabah menghadapi apa yg berlaku.
Post a Comment