Gelang ajaib

12 December, 2009

Selepas makan malam tadi saya mula unpack sedikit demi sedikit barang-barang dari kotak di bilik study dan terjumpa sesuatu





Ini adalah  travelling band yang saya beli semasa mengandungkan Dini . Saya beli band ini kerana saya mengalami 'mabuk' yang agak teruk. Kalau istilah biasanya 'morning sickness' tapi bagi saya mungkin 'unpredictable sickness'. Kadang-kadang pagi OK bila petang je saya KO. Kadang-kadang pagi KO menjelang petang saya OK. Ada masanya dari pagi sampai petang saya KO. Kalau mengandung anak sulung dulu bolehlah rehat dan tidur bila masa-masa mabuk menyerang. Tapi bila masuk yang kedua, walaupun mabuk kena gagahkan diri sebab anak si kecil sulung yang perlukan perhatian.

Bila surf di internet memang banyak artikel atau website yang menerangkan kegunaan 'travelling band' untuk mengurangkan 'nausea' dan 'morning sickness' . Pelbagai warna dan design yang menarik. Anda boleh lihat  di sini  dan juga sini . Kebanyakkannya menjurus untuk promosi 'travelling band' produk-produk tertentu , tetapi bagi saya konsep travelling band ini adalah sama iaitu 'acupressure' pada titik tertentu di pergelangan tangan. Jika anda perhatikan pada gambar band saya di atas, dengan pemakaian yang betul, bonggol silver itu berperanan untuk memberi tekanan pada titik khas di pergelangan tangan . Tekanan pada titik-titik tertentu dipercayai berkesan sebagai 'remedy' kepada 'morning sickness'





Walaupun pemakaian band ini tidak 100% menghilangkan 'unpredictable sickness' saya, alhamdulillah ia membantu mengurangkannya. Bagi sesiapa yang ingin mencuba pastikan anda membaca arahan pemakaian dengan teliti supaya tekanan dikenakan pada titik yang betul.

* Saya pernah mengadu pada hubby seronok kalau jadi macam kawan saya si A yang tak mabuk-mabuk langsung sepanjang pregnancy. sedangkan saya ada harinya lembik macam sotong. The next day saya dapat berita seorang kawan si B masuk hospital kerana morning sickness dan dehydration kerana muntah-muntah . Rasa menyesal tidak bersyukur atas nikmat Allah. Sekurang-kurangnya saya tidak keluar masuk wad.

3 comments:

Nadiah Sidek said...

oh..tak pernah tahu pun psl band tu. ms pregnant dulu alhamdulillah alahn tak teruk, skit2 je. thanks 4 the info ya!

kYo^ said...

mana leh sy beli gelang tu ye? hrga berapa....mabuk sy teruk la...tiap2 ari muntah air.....ubat or supplements or even air kosong sumer xdpt masuk tekak ni..... =((

hayatizain said...

kYo

saya beli gelang itu di giant sahaja. di bahagian barang-barang untuk traveller. Fungsi asalnya ialah untuk motion sickness. Selalunya di giant they all letak berhampiran kaunter.Harga sebenar saya tak berapa ingat tapi yang pasti below RM40.