My study room

01 December, 2009


Sebenarnya dah lama kami berhasrat nak set up bilik tetamu 2 sebagai bilik study. Tapi sejak pindah August lepas masih tak sempat-sempat sebab terlalu sibuk kalah Pak Menteri. Hari Sabtu 2 minggu lepas saya dan hubby tekadkan hati untuk mula projek ini. Pukul 9.30 kami dah sampai ke IKEA. Selalunya pagi-pagi begini tak ramai orang jadi senang nak dapat parking dekat dengan entrance. Di Ikea kami buat survey dahulu untuk perabot bilik study. Nak cari idea dan ilham sambil berangan-angan. Yang besnya di IKEA ni they all buat concept homes and room setting. Untuk meja study kami tengok ada beberapa pilihan. Bookshelf pun banyak juga yang menarik. Tapi tak sempat nak snap gambar pun. Maklumlah datang dengan askar2 kecil2.

Sambil tour tu catat belek-belek price tag dan catatkan pada kertas. Di IKEA ada 2 jenis price tag (Red and Yellow). Kalau RED tag anda perlu ambil sendiri barang di Market Hall atau Self-serve area (ni yang leceh sikit ni. Especially datang ngan kids). YELLOW tag pulak full serves item. Boleh buat pesanan di sales counter setiap section. Kalau nak beli barang-barang besar di IKEA perkara yang perlu dipertimbangkan ialah


  1. Kos barang


  2. Delivery services/Kos penghantaran (RM65 for Klang Valley. Penting ni kecualilah anda ada MPV besar nak angkut)


  3. Assembly services /Kos pemasangan (5% dari harga barang. Kalau anda ada automated screw guns okla pasang sendiri. Kalau setakat nak guna screwdriver manual atau allan key boleh terseliuh jari sebab perabot besar ni kayu biasanya sangat keras.


    Lepas dah catat semuanya kami pun bertolak balik dengan idea sarat di dada. Sebelum sampai rumah tu sempat pulak singgah kedai perabot yang dekat dengan rumah. Mungkin rezeki tauke kedai tu kot, masuk-masuk je kami terus berkenan dengan meja study L-shape white colour. Ada pulak bookshelf yang matching. Hubby terus decide nak beli sebab harga dan kualiti lebih kurang macam kat IKEA. Sebenarnya murah lagi sebab tak de kos penghantaran dan kos pemasangan. Semua dah include dalam harga barang. Senang pun senang. Kalau kat IKEA mahu berpeluh-peluh menarik kotak ke atas troli kat Market Hall (dah ada experience masa beli almari baju..huhuhu). Kat kedai tunjuk je kat sales girl tu lepas tu buat order. The next day barang pun sampai.


Bilik study kami pada hari pertama.Pic blur sikit. Hubby
pilih kerusi warna hijau

Antara perkembangan bilik study kami selepas 2 minggu



Saya hang mini white board yang dibeli di TESCO. Beli magnetic whiteboard so that pemadam tu takdela asyik hilang.


Dan tak lupa juga mini softboard untuk lekatkan notes

Nampaknya ada banyak lagi nak kena buat ni . Saya nak kena punggah buku2 dari kotak dan susun di rak dan arrange harta khazanah lain di dalam stor di bawah (sebab tu saya tunjuk 1/2 bilik je. the other 1/2 penuh dengan kotak2 hehehehe).
Tapi buat masa ni saya tangguhkan dulu sebab dah mula kursus induksi. Letih berulang alik 70km setiap hari (pergibalik). Hubby pulak outstation di Langkawi sempena LIMA.
Akhir sekali terimalah muka permata hati saya


Inilah budak-budak bucuk bangun pagi nak babai mama pergi kursus induksi. Nasib baiklah cuti sekolah my mama @ opah boleh datang tolong jaga.

1 comments:

Anonymous said...

Salam. nak tanya la kat mana U beli meja study L-shape white colour dan bookshelf yang matching tu. saya berkenan la.