Hujung minggu kali ni saya buat playdough untuk anak-anak bermain. Saya buat playdough sendiri sebab di peringkat umur sekarang (10 bulan) semua benda Dini akan cuba masukkan ke mulut. Walaupun plastesin atau playdough yang di jual kebanyakkannya dilabel selamat dan tidak bertoksid tapi rasa macam tak yakin sangat. Resepi saya dapat dari dari sini. Sebenarnya dah lama nak buat. Semua bahan dah ada di rumah kecuali cream of tartar. Puas cari tapi kedai- kedai runcit area my house tak de jual (kalau baking powder and soda bikarbonat adela).
Lunch break Jumaat panjang jadi sempat lari sekejap ke Giant cari cream of tartar . Homemade playdough ni kalau cari di internet resepinya pelbagai. Saya cuba yang simple je dulu
Bahan-bahan
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam
2 sudu besar minyak
2 sudu besar cream of tartar
pewarna makanan
Campurkan tepung, garam, cream of tartar , minyak dan air ke dalam periuk.
Kacau di atas api yang sederhana sehingga menjadi pekat dan likat.
Pindahkan ke atas talam / wax paper dan biarkan sejuk
Campurkan pewarna makanan dan uli sehingga sebati (seeloknya pakai sarung tangan)
Saya mula kacau doh pukul 11.45 malam selepas kids tidur. Jadi letak satu colour je sebab dah tak larat nak tunggu. Mengantuk....Lain kali bolehla cuba buat beberapa warna.
Sesi bermain
Saya terletak lebih minyak jadi adunan doh macam lembik sikit. But still ok . Homemade playdough ni juga senang dibersihkan dari tangan. Basuh dengan air dan sedikit sabun sahaja dah cukup untuk tanggalkan semuanya (yang masuk celah-celah kuku pun senang nak hilang)
Sebelum main banyak kali saya pesan dengan Dini Saya : Adik..ini bukan untuk makan tau..ini untuk main..
Dini : ah..ah..ah..ah.. (sambil senyum-senyum tunjuk gigi 2 batang kat bawah tu)
Semasa mereka bermain mula-mula Dini ok je. Leka dia memicit-micit doh tu. Tapi ada seketika saya terleka sebab sibuk menolong Aqil membentuk doh. Tiba-tiba saya dengar Dini menyembur-nyembur air liur. Bila pusing pandang nampak bibir dia ada tanda-tanda hijau sikit dan dia hulur tangan montelnya yang penuh dengan doh ke arah saya.. Sah dia dah curi-curi "rasa" playdough ni. (Dini ni kalau kita pesan jangan buat sesuatu tapi dia buat, bila kita pandang je dia akan terus hulur benda tu kat kita) .hehehehe..kan mama dan pesan jangan makan. Rasanya MASIN la sayang.
* Bermain playdough dapat meningkatkan keupayaan motor halus kanak-kanak selain mengasah daya kreativiti. Walaupun homemade playdough dibuat daripada bahan-bahan yang berasaskan makanan, kanak-kanak tetap perlu diawasi dan dipantau semasa bermain.
* Bermain playdough dapat meningkatkan keupayaan motor halus kanak-kanak selain mengasah daya kreativiti. Walaupun homemade playdough dibuat daripada bahan-bahan yang berasaskan makanan, kanak-kanak tetap perlu diawasi dan dipantau semasa bermain.