bunga raya bunga sakura

28 December, 2009

Alhamdulillah kami sekeluarga selamat menjejakkan kaki ke bumi Malaysia setelah seminggu bercuti di bumi sakura. Kehidupan kembali seperti biasa. Pagi tadi Aqil dan Dini  pun meragam nak ke nurseri setelah  seminggu berkepit dengan mama dan papa. Terlalu banyak pengalaman baru yang saya kutip sepanjang percutian ini. First oversea trip for me and kids (hubby dah ntah kali ke berapa sbb dia kdg2 kena duty travel)

Asakusa Temple Tokyo

Disneyland Tokyo

Sebenarnya terlalu banyak perkara yang hendak saya tulis dan kongsi bersama. Cuma saya hilang rasa untuk menulis sejak saya dapat tahu tragedi yang menimpa little mujahid bekas pelajar saya di CFS UIA, Hafiz dan Mawaddah . Hati saya sebagai ibu tersentap dan tersentak. Sukar nak percaya . Saya ikuti perkembangan Ukasyah sejak di rahim ibunya . Mungkin kerana sudah lama tidak menjengah ke blog sendiri saya mengetahui berita ini agak lambat . Saya sibuk berkursus dan persiapan untuk bercuti. Sesungguhnya berat mata yang memandang berat lagi bahu mereka yang memikulnya.

Al-Fatihah buat anakanda Ukasyah . Nantilah ibu bapamu di pintu syurga  sayang. Mereka adalah insan2 tabah yang terpilih untuk melalui ujian ini.

*InsyaAllah  pengalaman di bumi Sakura akan saya kongsi bila hati ini telah bersedia.

Gelang ajaib

12 December, 2009

Selepas makan malam tadi saya mula unpack sedikit demi sedikit barang-barang dari kotak di bilik study dan terjumpa sesuatu





Ini adalah  travelling band yang saya beli semasa mengandungkan Dini . Saya beli band ini kerana saya mengalami 'mabuk' yang agak teruk. Kalau istilah biasanya 'morning sickness' tapi bagi saya mungkin 'unpredictable sickness'. Kadang-kadang pagi OK bila petang je saya KO. Kadang-kadang pagi KO menjelang petang saya OK. Ada masanya dari pagi sampai petang saya KO. Kalau mengandung anak sulung dulu bolehlah rehat dan tidur bila masa-masa mabuk menyerang. Tapi bila masuk yang kedua, walaupun mabuk kena gagahkan diri sebab anak si kecil sulung yang perlukan perhatian.

Bila surf di internet memang banyak artikel atau website yang menerangkan kegunaan 'travelling band' untuk mengurangkan 'nausea' dan 'morning sickness' . Pelbagai warna dan design yang menarik. Anda boleh lihat  di sini  dan juga sini . Kebanyakkannya menjurus untuk promosi 'travelling band' produk-produk tertentu , tetapi bagi saya konsep travelling band ini adalah sama iaitu 'acupressure' pada titik tertentu di pergelangan tangan. Jika anda perhatikan pada gambar band saya di atas, dengan pemakaian yang betul, bonggol silver itu berperanan untuk memberi tekanan pada titik khas di pergelangan tangan . Tekanan pada titik-titik tertentu dipercayai berkesan sebagai 'remedy' kepada 'morning sickness'





Walaupun pemakaian band ini tidak 100% menghilangkan 'unpredictable sickness' saya, alhamdulillah ia membantu mengurangkannya. Bagi sesiapa yang ingin mencuba pastikan anda membaca arahan pemakaian dengan teliti supaya tekanan dikenakan pada titik yang betul.

* Saya pernah mengadu pada hubby seronok kalau jadi macam kawan saya si A yang tak mabuk-mabuk langsung sepanjang pregnancy. sedangkan saya ada harinya lembik macam sotong. The next day saya dapat berita seorang kawan si B masuk hospital kerana morning sickness dan dehydration kerana muntah-muntah . Rasa menyesal tidak bersyukur atas nikmat Allah. Sekurang-kurangnya saya tidak keluar masuk wad.

My super mini garden

10 December, 2009

Saya
.
.
.
.
.
membilang hari untuk habiskan kursus induksi........otak dah jam. Sendi pun dah jam asyik duduk sepanjang hari

Sedikit update :
Alhamdulillah projek mini garden kami sudah bermula. Kredit 100% saya berikan kepada my mama, papa , my bro and my sister. Petang semalam saya sampai rumah sahaja tengok laman saya dah "berisi". Antaranya







Rupa-rupanya pagi tu mereka ke nurseri. Mama kata buat permulaan dia belikan saya pokok-pokok yang mudah dijaga.
Gembiranya hati saya. Yang terlebih gembira pastinya Aqil. Finally he got something to "siram". Kesian hero saya. Selama ni asyik siram rumput sahaja.


Opah tetap opah. Pergi nurseri pokok pun sempat lagi belikan 'mainan' untuk cucu.

Burung tiruan ni sensitif dengan bunyi dan gegaran. Tepuk tangan or tutup pintu je dia mula berkicau.

* Selamat tinggal Farmville..hehehehe

My study room

01 December, 2009


Sebenarnya dah lama kami berhasrat nak set up bilik tetamu 2 sebagai bilik study. Tapi sejak pindah August lepas masih tak sempat-sempat sebab terlalu sibuk kalah Pak Menteri. Hari Sabtu 2 minggu lepas saya dan hubby tekadkan hati untuk mula projek ini. Pukul 9.30 kami dah sampai ke IKEA. Selalunya pagi-pagi begini tak ramai orang jadi senang nak dapat parking dekat dengan entrance. Di Ikea kami buat survey dahulu untuk perabot bilik study. Nak cari idea dan ilham sambil berangan-angan. Yang besnya di IKEA ni they all buat concept homes and room setting. Untuk meja study kami tengok ada beberapa pilihan. Bookshelf pun banyak juga yang menarik. Tapi tak sempat nak snap gambar pun. Maklumlah datang dengan askar2 kecil2.

Sambil tour tu catat belek-belek price tag dan catatkan pada kertas. Di IKEA ada 2 jenis price tag (Red and Yellow). Kalau RED tag anda perlu ambil sendiri barang di Market Hall atau Self-serve area (ni yang leceh sikit ni. Especially datang ngan kids). YELLOW tag pulak full serves item. Boleh buat pesanan di sales counter setiap section. Kalau nak beli barang-barang besar di IKEA perkara yang perlu dipertimbangkan ialah


  1. Kos barang


  2. Delivery services/Kos penghantaran (RM65 for Klang Valley. Penting ni kecualilah anda ada MPV besar nak angkut)


  3. Assembly services /Kos pemasangan (5% dari harga barang. Kalau anda ada automated screw guns okla pasang sendiri. Kalau setakat nak guna screwdriver manual atau allan key boleh terseliuh jari sebab perabot besar ni kayu biasanya sangat keras.


    Lepas dah catat semuanya kami pun bertolak balik dengan idea sarat di dada. Sebelum sampai rumah tu sempat pulak singgah kedai perabot yang dekat dengan rumah. Mungkin rezeki tauke kedai tu kot, masuk-masuk je kami terus berkenan dengan meja study L-shape white colour. Ada pulak bookshelf yang matching. Hubby terus decide nak beli sebab harga dan kualiti lebih kurang macam kat IKEA. Sebenarnya murah lagi sebab tak de kos penghantaran dan kos pemasangan. Semua dah include dalam harga barang. Senang pun senang. Kalau kat IKEA mahu berpeluh-peluh menarik kotak ke atas troli kat Market Hall (dah ada experience masa beli almari baju..huhuhu). Kat kedai tunjuk je kat sales girl tu lepas tu buat order. The next day barang pun sampai.


Bilik study kami pada hari pertama.Pic blur sikit. Hubby
pilih kerusi warna hijau

Antara perkembangan bilik study kami selepas 2 minggu



Saya hang mini white board yang dibeli di TESCO. Beli magnetic whiteboard so that pemadam tu takdela asyik hilang.


Dan tak lupa juga mini softboard untuk lekatkan notes

Nampaknya ada banyak lagi nak kena buat ni . Saya nak kena punggah buku2 dari kotak dan susun di rak dan arrange harta khazanah lain di dalam stor di bawah (sebab tu saya tunjuk 1/2 bilik je. the other 1/2 penuh dengan kotak2 hehehehe).
Tapi buat masa ni saya tangguhkan dulu sebab dah mula kursus induksi. Letih berulang alik 70km setiap hari (pergibalik). Hubby pulak outstation di Langkawi sempena LIMA.
Akhir sekali terimalah muka permata hati saya


Inilah budak-budak bucuk bangun pagi nak babai mama pergi kursus induksi. Nasib baiklah cuti sekolah my mama @ opah boleh datang tolong jaga.

LET'S GET ORGANISED giveaway result

25 November, 2009

Minta maaf sebab lambat announce pemenang untuk LET'S GET ORGANISED giveaway. Weekends lepas mmg tak sempat nak online langsung sebab kami ada 3 projek mega yang perlu disiapkan secepat mungkin. Dah lama tertangguh. Projek kami weekends lepas ialah

Rearrange perabot bilik tetamu 1- DONE
Set up bilik tetamu 2 as bilik study - IN PROGRESS 60%
Set up mini garden di laman  - IN PROGRESS 20%

will blog about that later.

Minggu ini pulak dental students mula exam. Kelam-kabut saya marking scripts sebab minggu depan sampai hujung December saya akan HOLIDAYYYYYYYY panjang. Will blog about this later..

sob..sob..sedih tengok peserta 5 orang je yang sudi share tips dengan saya. Susah ke syarat2 giveaway ni? sob.sob..(sambung nangis balik). Anyway saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas entry2 yang dihantar. I really appreciate it. Sis SitiSifir10 siap cadangkan saya compile tips2 yang diberi. InsyaAllah ada masa nanti saya buat kak. Selain entry2 dari peserta giveaway saya ada juga dapat kumpul beberapa tips dari mommies yang lain (most of them my seniors). Sayangnya they don't have blog. Takpe bila saya dah praktikkan nanti saya akan letakkan di blog ini. I really hope 1 day they will become bloggers because they have a lot of things to share with others. Dari segi kerjaya, rumahtangga dan personal development (come on kak Miya. Bukan nak kena update hari2 pun).

Ok now we go straight to entries. Mereka adalah

IbuEmir ( undi 1-4)
MamaZharfan (undi 5-6 )
SitiSifir10 (undi  7-10)
Azie-rah (undi 11-18)
BettYone (undi 19)

Seperti yang telah saya maklumkan dari awal pemilihan adalah secara cabutan undi. Mari kita lihat siapa yang kena



Ya bakal pemilik Black Croco Style Jewelry Organizer ialah Azie-rah

Tahniah diucapkan.

Tapi untuk peserta-peserta yang lain saya juga ada sesuatu untuk anda semua. Sebagai tanda terima kasih atas kesudian memerah otak berkongsi idea. InsyaAllah setiap seorang akan mendapat 2 biji Large Square Away dari dinitupperwarekiosk.blogspot.com


8 biji Large Square Away untuk 4 peserta (2 each)


Jadi saya akan mula terjah blog anda untuk dapatkan mailing address. Semua hadiah perlu dipos minggu ini kerana minggu depan saya akan mula HOLIDAY selama 16 hari dan ditanggung sepenuhnya oleh UiTM. Holiday saya ialah percutian 16 hari 15 malam @ kursus induksi dari 30 Nov - 16 Dec..huhuhu..inilah kursus paling lama yang saya pernah pergi setakat ini.

* Please email your mailing address and phone no ke hayatizain@yahoo.com ye. Terima kasih banyak2.

Contest - Aksi si comel

16 November, 2009

Sebenarnye ini first time saya nak join online contest/giveaway jadi macam blur-blur sikit. Tapi sebab saya dah weng-weng penat menatap form Laporan Penilaian Prestasi rasanya I need a break kejap. Contest yang saya nak join buat pertama kalinya ialah




Deadline : 20 November 2009

Contest ini ditaja oleh :

Comel Lote Collections



1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelanggan kami.

Kalau tengok dari no of follower and hit pada visitor log nampaknya kedua-dua blog ni memang mendapat sambutan yang menggalakkan dan pastinya transaksi pembelian juga meletup. Since mommies zaman IT sekarang ni suka blogging apa kata galakkan pelanggan buat entry dan review tentang produk yang dibeli dari Comel Lote Collections and Muslimah Online Shop (Tiada paksaan. Siapa yang nak buat bolehla join). Bukan tujuan nak riak atau menunjuk-nunjuk cuma mungkin boleh bagi idea pada mama yang buta fashion macam saya. Based on my experiences, kadang-kadang tengok sesuatu baju tu dalam gambar display biasa je tapi bila tengok anak orang pakai cantik la pulak. Tambah lagi kalau mommy tu pandai matchingkan kasut dengan baju  yang dibeli dari Comel Lote Collections (dalam blog display asing2 kan?). Kesinambungannya mula la gatal  tangan seluk2 purse tengok cukup tak duit nak beli untuk anak kita pulak ..asalnya nak beli baju je tapi tengok kalau dengan kasut sekali pun ok jugak..hehehe..Setiap entry on review akan dapat point tertentu yang boleh dikumpul. Bila points dah banyak bolehlah tukar dengan vouchers atau barang-barang dari blog tuan kedai. Kira win-win situation ..Pembeli yang buat entry dapat points, Tuan kedai dapat customer baru (InsyaAllah). Grading system untuk nak bagi point on product review tu terpulanglah pada tuan kedai.

Ok seterusnya pic yang saya nak letak ialah (actually dah ada dalam entry saya yang lepas tapi saya suka sangat pic ni. Sebab tu nak letak jugak).


Meet Chef Aqil Zehni B Najmi Rahimi
D.O.B : 15 March 2007
Age : 2 tahun 7 bulan

ye...inilah anak bujang saya yang sangat suka meniru gaya memasak. Sambil memasak tu mulut boleh pulak pot pet pot pet bercakap ala-ala chef Wan. Kalau anak perempuan dan lama saya belikan set masak-masak. Tapi sebab anak lelaki saya tak berapa layankan sangat hobi dia ni (sungguh tidak supportive ini mama). Dia pun hentam je apa yang jumpa kat drawer cabinet dapur semua dia angkut buat peralatan memasak. So far peminat setia je sorang ajela (his sister Dini yang dalam pic ni tercongok kat depan abang dia). Tapi now Dini dah boring (alamak kenapa anak dara saya tak minat memasak ni?haru..haru..). Abang dia start memasak selamba je dia mengesot ke tempat lain..Apa lagi menjerit-jerit la abang panggil adik dia. Siap offer nak masak Chicken Chop lagi (erk..mama pun tak pernah masak lagi chicken chop kat rumah). Akhirnya mama yang kena paksa jadi penonton untuk mengelakkan chef Aqil mengamuk guling-guling.


Playgroup

06 November, 2009

Terfikir macam nak hantar Aqil ke playgroup on weekends. Walaupun dia banyak activity di nurseri on weekdays tapi saya tak berpeluang nak lihat sendiri perkembangan Aqil . Saya nak lihat dengan mata sendiri macam mana anak saya berinteraksi dengan kawan-kawan, mendengar arahan guru, membuat kraf dan seni dan lain-lain lagi. Saya lihat hero saya ni ada kecenderungan dan minat pada seni masakan dan seni lukis. Buktinya

penapis kat dapur dia angkut masuk bilik buat demo masak kat adik

Pagi tadi tanya dengan saya cantik tak decoration pada kereta dia . MasyaAllah penuh dengan lukisan abstract marker.

Aduh Abang Aqil. kesian adik Dini  kena warisi keta berconteng macam ni

Tapi saya akui saya bukan seorang ibu yang sempurna. Kadang-kadang naik angin jugak. Nampak je dia

Pegang gunting
Aqil simpan gunting tu..Aqil main gunting mama tak mau bawak jalan
(baik punya gertak. Walaupun gunting tu blunt end tapi saya takut dia tergunting jari)

Pegang marker
Aqil simpan balik marker mama. Nanti cikgu mama marah mama. Aqil tak sayang mama ke?
(erk..mama pun ada cikgu ke? Saja je gertak . Actually saya takut dia conteng dinding)

Saya sedar cara saya tak betul. .  Ini akan membantutkan daya seni dan kreativiti dia. Maafkan mama sayang. Tapi...saya tak boleh nak monitor dia 100% kerana saya juga ada


Si kecik Dini yang tengah lasak merayap

Dah jumpa playgroup yang sesuai di http://alimkidsplaygroup.blogspot.com/.
Parents pun boleh join sekali masa aktiviti. Adik Dini pun sure happy tengok ramai kakak dan abang-abang. Tapi kena tanya hubby dulu sebab weekends walaupun dia sekarang tengah cuti semester for MBA tapi kadang-kadang ada kerja lain.

Saya makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena kerana......

04 November, 2009

anak-anak saya tukar nurseri.


Sejak kami berpindah rumah baru saya masih menghantar anak-anak ke nurseri lama. Saya tak kisah berpusing jauh dari laluan asal kerana berpuas hati dengan jagaan nurseri itu. Bila hati saya senang barulah tenang nak ke pejabat. Tapi........



saya hanya dapat bertahan 3 bulan. Ini kerana bukan sahaja terpaksa berpusing jauh tapi saya juga terpaksa menempuh TRAFFIC JAM yang sangat teruk bersama anak-anak. Kereta saya dah macam sarkis bergerak penuh dengan toys tapi itu masih tak mampu memujuk my baby girl. Dia menangis sekuat hati bila dah boring duduk di car seat (dah la suara kuat dan nyaring. isk..isk..isk..Macam siapa la ni ).  Kadang-kadang abang dia kat belakang pun "berbunyi" jugak nak itu..nak ini..huhuhu..sangat tension..saya tak boleh nak beri tumpuan pada driving. Kereta pulak bergerak mengesot-ngesot macam siput . Motorist menyelit-nyelit di celah-celah kereta. Jadi sebelum saya terlanggar bumper kereta orang atau lebih teruk terlanggar motorist saya terpaksa tukarkan mereka ke nurseri yang lebih dekat dgn rumah.



Hari ini hari ketiga mereka di nurseri baru. So far nampak OK. Aqil dan Dini pun  happy. Tapi masih terlalu awal nak buat komen yang terlalu banyak (saya mmg jenis org begini. susah nak buat komen baik atau buruk kalau tak diberi masa yang panjang).

Sekadar nak berkongsi sesuatu tentang pemilihan nurseri:
  1. Cari nurseri yang berdaftar dengan JKM. Senarai nurseri dan taska boleh didapati di http://www.jkm.gov.my/. Tapi kalau nak puas hati boleh telefon terus kepada mereka untuk check. Walau bagaimanapun tak semestinya jika nurseri tak berdaftar dengan JKM tidak bagus. Jadi sekarang andalah yang perlu buat spot check.

  2. Telefon nurseri tersebut dan buat appointment nak datang dalam masa terdekat (5-10 min).
    Ini bermakna anda perlu berada di kawasan sekitar nurseri. Kita datang untuk melihat keadaan "sebenar" nurseri. Jadi dalam masa 5 minit tu mmg tak sempat nak buat major cleaning. Kalau setakat barang-barang mainan bersepah sikit-sikit tu okla boleh diterima. Tapi kalau bilik air kotor macam sebulan tak basuh, kasut budak-budak bersepah-sepah di porch, habuk sana sini mungkin anda terpaksa fikir dahulu.

  3. Melawat dalam nurseri
    Setiap kali survey nurseri saya pasti akan naik ke bilik yang dikhaskan untuk bayi (kerana saya ada baby). Sebenarnya saya tak prefer nurseri yang ada buaian (mungkin pendapat setiap ibu berbeza). Perhatikan juga ciri-ciri keselamatan yang lain contohnya pemasangan gate pada tangga, pintu pagar dan pintu masuk dikunci (takut ada kanak-kanak yang terlepas keluar), pemasangan tangga tambahan dari atas ke bawah di bahagian luar nurseri (supaya mudah turun dari atas ke bawah jika berlaku kecemasan)

  4. Melihat reaksi dan gelagat kanak-kanak di situ.
    Hati kanak-kanak sebenarnya sangat sincere. Mereka tak pandai berpura-pura. Jika anda lihat kanak-kanak di situ ceria InsyaAllah anak anda pun akan ceria. Jika anda lihat mereka murung, bergaduh dan berebut (tanpa diendahkan guru) kemungkinan anak anda juga akan melalui situasi yang sama. Bergaduh  dan berebut barang sikit-sikit itu mungkin biasa bagi kanak-kanak tetapi guru yang prihatin akan bijak meredakan keadaan tanpa meninggalkan kesan emosi mendalam pada mana-mana pihak.


  5. Masa operasi
    Jika boleh pilih masa operasi yang bersesuaian dengan waktu kerja anda dan pasangan untuk mengelakkan pembayaran OT yang terlalu tinggi . Kebiasaannya nurseri akan mula dibuka  pada jam 7 pagi dan mengenakan cas OT selepas pukul 7 petang. (bergantung pada nurseri). Saya ada kawan yang bayar OT lebih dari bayaran basic nurseri kerana dia terlalu sibuk di pejabat (takpelah sbb gajinya juga tinggi huhuhu).

  6. Learning environment
    Memang saya akui saya jarang punya masa yang banyak untuk mengajar Aqil di rumah. Lagipun di rumah  hero manja ni mmg tak mau belajar..asyik nak main & bermanja dgn saya dan suami je (tak pela kasi chance kan). Sebab tu saya perlu cari nurseri yang  provide  learning environment yang sesuai dengan peringkat umur kanak2 sama ada secara formal atau tidak formal Pasti sejuk hati anda bila anak kecil anda menadah tangan membaca doa sebelum makan (walaupun bacaan dia kelam kabut sikit) sedangkan selama ini anda hanya ajar dia baca Bismillah sebelum makan.  Sebenatnya kanak-kanak akan lebih excited bila belajar ramai-ramai. Learning environment juga termasuklah cara asuhan dan didikan guru-guru dan penjaga taska. Tak ada siapa yang mahu guru atau penjga yang bercakap "lepas" atau kasar  dan tidak mempunyai adap (terutama sekali ketika marah). Ketahuilah kanak-kanak  ibarat sponge. Mereka akan menyerap apa saja dengan yang mereka lihat dan dengar.

  7. Percaya pada naluri hati
    Sebagai ibu kadang-kadang kita ada instinct apa yang terbaik untuk anak kita termasuklah dalam memilih nurseri. Jangan abaikan kata hati anda dalam mebuat penilaian.

  8. Beritahu pada ibu bapa dan ibu bapa mertua anda
    Bagi kami , nurseri anak-anak satu perkara yang besar. Sebab itu bila kami mengambil keputusan untuk tukar nurseri saya dan suami inform perkara ini pada ibu bapa masing-masing. Saya mohon mereka doakan cucu-cucu serasi dan dijaga dengan baik di nurseri baru

  9. Nyatakan keperluan anda
    Jika bayi anda menyusu badan anda perlu tanya sama ada nurseri mempunyai pengalaman handle EBM seperti cara frozen EBM dicairkan dan dipanaskan. Ini kerana EBM tidak boleh direndam di dalam air yang terlalu panas apatah lagi di dicair dan dipanaskan di dalam microwave.


Sebenarnya, isu-isu tentang nurseri memang tak akan habis jika dibincangkan. Penjagaan seorang ibu memang tak akan sama dengan penjagaan orang lain. Sebab tu jika kita memilih untuk hantar ke nurseri kita tak boleh letak expectation terlalu tinggi untuk mengelakkan anda terkena high blood pressure (Yang penting anak selamat dan sihat).  Sentiasalah panjatkan doa mohon supaya anak-anak kita dipelihara dan dilindungi oleh-NYA semasa ibu dan ayah keluar mencari rezeki. Dan yang paling penting jangan swastakan 100% asuhan dan didikan anak-anak pada nurseri. Nurseri dan taska hanya added value. Anak-anak adalah amanah utama untuk diri kita.

  * Terima kasih buat guru-guru dan penjaga Aqil dan Dini selama ini

Let's get organised giveaway @ bungakesidang.blogspot.com

17 October, 2009

STICKY POST


Kisah hidupku :
Kereta saya hanya sampai ke porch rumah selepas 7 petang. Setiap hari menempuh traffic jam pagi dan petang. Malam lepas pukul 10 baru tidurkan anak2. Tak sampai hati nak paksa they all tidur awal sebab dah sehari suntuk duduk nurseri. Malam sahaja masa nak bermanja dengan mama dan papa. Bila anak2 tidur (kadang2 mama pun tertidur sekali) baru nak mula dengan kerja rumah di bawah. My daughter fully bf jadi dia ada sensor semulajadi. Rekod paling lama dicatatkan satu jam setengah je. Lepas tu dia akan mula terjaga cari bau mamanya yang hilang. Papanya pujuk pun dia tak layan. Hujung minggu pula hubby sibuk dengan kelas MBA. Tinggal kami 3 beranak golek2 depan TV. Anak2 kesayangan saya macam ada symptom separation anxiety. Mama tak boleh pergi jauh lebih dari 1 meter. Kalau saya bangun dua-dua akan terkedek-kedek ikut walaupun dah diumpan dengan sekotak besar toys. Yang abang dah pandai berjalan yang adik pula mengesot ala2 tentera. Rasa macam ibu itik diikut anak2 ke sana sini  huhuhu tapi saya sangat sayangkan mereka.


Jadi marilah berkongsi idea dan tips. Macam mana nak organise rumahtangga. Saya bukan harapkan rumah perfect, cantik berkilat  kemas tersusun rapi macam dalam majalh Impiana atau Anjung Seri. Tapi sekurang-kurangnya tak serabut hati dan mata memandang. Sesuatu yang praktikal (tak perlu kos mahal2) untuk ibu bekerja dan tak ada bibik seperti saya. Supaya tak jadi lipas kudung setiap pagi cari barang sana dan sini . Suami dan anak-anak pun selesa dan happy.


Di samping bertukar idea dan tips saya nak buat giveaway. Temanya LET'S GET ORGANISED


Mari kita jenguk dulu hadiah giveaway


Ekslusif dari BeautiControl (skincare product di bawah jenama Tupperware) . Untuk details on BeautiControl sudi-sudilah menjenguk dini-tupperwarekiosk.blogspot.com. Hadiah ni pun ada di jual di sana sempena new campaign tupperware tapi ia adalah purchase with purchase item. Hp buruk ku itu bukan hadiahnya ye. Kalau saya offer hp tu sure tak de sape nak join2 huhuhu





Saya nak bagi Black Croco Style Jewelry Organizer. Yang dalam pic ni milik saya . Untuk pemenang nanti pastinya yang baru (masih selamat di dalam kotak). Jadi segala harta-karun brooch macam dalam pic tu tak termasuk dalam hadiah giveaway ye.. Saya suka box ni sbb banyak compartment. Senang nak asing2 kan brooch ikut colour nak matching dengan tudung. Orang semua dah advance dengan tudung Ekin. tudung Hajabba dan tudung Dato Siti yang tak payah banyak2 brooch tapi saya pulak masih setia dengan tudung bawal. Sebab itu organisation of brooch sangat penting bagi saya setiap pagi. Box ni pun boleh dikunci.





Syarat-syarat penyertaan giveaway










  1. Letak gambar LET'S GET ORGANISED giveaway di atas di side bar blog anda


  2. Buat satu entry bertemakan LET'S GET ORGANISED. Anda boleh berkongsi tips bagaimana anda organise/manage rumah contohnya dapur, bilik air, mainan anak2, kain baju dan pakaian, bilik study etc (ikut kreativiti masing-masing nak memilih)


  3. Oleh kerana giveaway ini lebih kepada konsep sharing tips, jadi pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan undi


  4. Setiap entry layak untuk satu undi. Walau bagaimanapun anda boleh menggandakan peluang dengan berkongsi tips lebih dari satu tempat/perkara (contohnya macam mana anda organise mainan anak2 dan organise baju ahli keluarga). Ini dikira sebagai 2 undi tetapi boleh combine dalam 1 entry sahaja.


  5. Setiap entry perlu disertakan dengan sekurang-kurangnya SATU gambar yang berkaitan.


  6. Setelah siap tinggalkan link anda di bahagian komen


  7. Tarikh tutup adalah pada 19 NOVEMBER 2009.

Jadi marilah sertai giveaway ni ramai-ramai ye.Sesiapa yang tak faham syarat2 di atas boleh bertanya ye.


RUMAHKU SYURGAKU
SHARING IS CARING

Kacang oh kacang

16 October, 2009

Lunch hour hari ini saya tekad untuk pergi juga walaupun seorang diri. Bukan tak nak ajak sesiapa cuma "tekak" kawan2 saya tak boleh nak terima menu2 seperti ini. Saya tak kisah makan seorang diri sebab dah lama sangat (sejak bulan puasa) mengidamkannya (ini bukan mengidam ibu mengandung ye). Sampai sahaja saya dengan muka tak malu saya terus capai 2 pinggan sekaligus. Besnye.....Sesiapa yang tak pernah cuba bolehlah mencuba edamame@green soy bean. Setakat ini saya cuma tahu Sushi King yang jual bean ni. Sedap dan lemak. Pernah juga cari yang belum dimasak di Giant, Tesco dan Cold Storage tapi x jumpa  . Saya pun pernah baca di blog Sue edamame boleh tingkatkan milk production (sesuaila dengan status saya).



Kacang oh kacang kenapala kau sedap tapi MAHAL

Lepas tu saya jenguk sekejap Cold Storage di sebelah. Kalau masuk Cold Storage saya suka jenguk bahagian vegies and fruit sebab kadang2 boleh jumpa vegies and fruits yang pelik dan susah nak cari di tempat lain. Saya pernah tengok they all jual arthicoke (serius bukan main2). Tapi masa tu ramai orang segan pulak nak snap pic. Sesiapa peladang berjaya di Farmville facebook sure kenal apa dia arthicoke. Tapi masa tu ada sebatang je dan macam dah layu sikit (macam pic kat bawah). Mungkin sebab orang Malaysia tak biasa kot dengan sayur ni


Source : wikipedia

Hari ini saya jumpa brussel sprout




First time saya makan brussel sprout di rumah kawan. Masa tu saya ingat sayur ni baby cabbage. Rasanya pahit2 sikit tapi lemak dan sedap. Kawan saya cakap dia stir fry dengan sedikit butter. Brussel sprout ni ada cara masak dia supaya rasa pahit dia tak terlalu kuat. My fren tu ada bagi resepi and cara cuma saya tak cuba lagi. InsyaAllah dah cuba nanti bolehla share di sini.

Saya pun jumpa ini. Macam mana ye nak makan? Siapa tahu? Ratah macam kita makan salad biasa tu ke?

Salam

01 October, 2009

Salam

Konon-konon nak gantung langsir template baru untuk blog . Kerana kesilapan teknikal semua my widget HILANG..hilang mood nak update. Minggu depan Esok lusa nanti saya update ye

post signature

Main blocks

13 September, 2009

Inilah aktiviti hujung minggu my kids. Seperti biasa terperap kat rumah. Tapi minggu ni mood they all OK sikit sebab saya belikan permainan baru minggu lepas..inilah dia toys baru Aqil




Mesti orang hairan kenapa beli set Dora untuk my boy. Actually Aqil dah ada set Diego sebelum ini. Kira ini tambahan kepada set Diego yang ada. Lagipun saya tengah nak train Aqil dengan konsep sharing. Konon-konon Diego tu dia (Aqil) dan Dora tu adik dini (my daughter). Lagipun saya teruja tengok set Dora ni ada playground (hehehe...mama yang over excited nak beli)

Saya suka beli permainan berunsurkan blocks kerana suka lihat kreativiti Aqil. Antara kebaikkan permainan berunsurkan blocks


1) increase hand- eye coordination

2) enhance logic thinking capability

3) enhance capability in spatial awareness

4) improve social capability by building "something" with friends and siblings

5) enhance language skills for instance by talking about the end products


source : www.best-child-toys.com/toy-building-blocks.html


The pictures




Aqil senyum2 malu mama nak snap pic. Abaikan rambut anak lelakiku yang panjang itu. Ini semua gara-gara H1N1. Nak bawak keluar gi potong rambut pun takut. Tapi before raya ni kena potong jugakla




Tengah kusyuk.. dah tak peduli orang lain.

Since mama nak kenalkan konsep sharing is caring jadi adik dini pun kena join main sekali lah. Tengoklah apa dia buat






engineer bahagian quality control. Menguji kekuatan bahan binaan. Semua benda dia nak gigit. Bagi teether tak mau tolak tepi..


Happy dapat main sekali. Kalau kita tak bagi mesti mengamuk guling-guling sampai hujung tilam


Kereta terbang Dieogo rekaan Aqil.

Rezeki anak-anak 2009

05 September, 2009

Alhamdulillah..rezeki anak2 tahun ni akhirnya kami berpindah juga ke rumah sendiri. Boleh tahan jugak cabaran dan dugaan nak beli rumah "subsale" ni . Tapi bila hati dah berkenan kami kuatkan juga hati. Usaha sambil tawakkal. Kalau memang rezeki kami InsyaAllah tak ke mana.


Actually bila kami decide nak beli rumah Januari tahun ini , kami dah survey beberapa kawasan. Antaranya Denai Alam, Setia Alam, Bukit Jelutong, Saujana Utama etc. We did a "hunting" process through internet (iproperty.com.my, mudah.com.my etc), made appointment with the agents (for subsale) and went to developer's show room (for new house). Setelah hampir sebulan mak penguin (sarat pregnant 7 bulan ketika itu) dan suaminya mencari akhirnya mereka telah berkenan dengan rumah ini.


Antara sebab berkenan dengan rumah dalam estet getah ni (serius kalau nak masuk ke sini u all akan lalu jalan yang tepi ada estet getah milik RRI). Janganlah patah balik ingat tersalah jalan pulak. Teruskan je perjalanan :
  • Berhampiran tempat kerja suami (subang airport @ skypark) dan tempat kerja saya untuk masa akan datang. Buat masa ini mmg jauh jugak saya berulang ke Shah Alam (kaya pakcik stesen minyak). Tapi InsyaAllah 2-3 tahun lagi fakulti saya akan berpindah ke Sungai Buloh (new UiTM campus sedang dalam construction berhampiran hospital sungai buloh). Memang senang nak ke sana nanti dari sini sebab jalan dah dibesarkan ke 3 lanes.

  • Gated area with security. 2 playgrounds in this area (Aqil really loves it)
  • Land area 22x75. So rumah ni agak lebar berbanding rumah2 lain yang kami tengok. Family hall pun paling besar yang pernah kami tengok dan porch boleh masuk 2 kereta

  • 3+1+1+1 rooms ..hehehe banyak pulak plusnye. Actually rumah ni ada 4 bedrooms. Tapi bilik bawah tu agak kecil (ada rezeki kemudian hari nak pecah and extend sampai pagar belakang). So bilik bawah tu saya tak consider as bilik tidur. Ada satu stor di bawah tangga dan satu bilik changing room (betul ke istilah ni?). Changing room ni attach dgn master bedroom (ada pintu masuk dari family hall jugak) My plan nak pasang build in wardrobe satu hari nnt . Sekarang ni letak je almari2 yang ada dulu sebab nak berjimat @ fulus dah kering


Cabaran @ liku2 dugaan :


  • Both of us tak buat research mendalam pasal loan before survey rumah (salah sendiri). Yang kami tahu ketika tu BFR semua bank semua tengah rendah. Bila apply for financing barulah terkujat bila dapat tahu subsale max financing only 90% . huhuhu...mana nak korek 30K+ untuk buat down payment + SnP + legal fees. Tapi sebab dah jatuh cinta dengan rumah ni dan orang kata cinta itu buta kami usahakan jugak mengorek di sana sini dan cari Islamic home financing yang beri package terbaik. Almaklumlah sorang keje gomen, sorang lagi GLC, EPF account 2 tentulah tak masyuk sangat mcm org lain (keje pun tak sampai 6 tahun).. Alhamdulillah dah settle semuanya. So bila masuk rumah mmg kami tak buat apa2 major renovation. Cuma pasang rail langsir dan beli perabot baru sikit. Owner lama dah extend wet kitchen sampai ke belakang, install kitchen cabinet, lampu dan kipas.

  • Terdapat beberapa dugaan yang menyebabkan urusan pembelian agak lembap. Urusan bermula bulan Febuari . Thanks to My dear husband sebab bersungguh-sungguh uruskan segalanya (follow up @ mengejar lawyer, pejabat tanah, bank dan owner). Kami perlu cepat kerana rumah sewa yang lama disewa atas dasar kontrak. Kontrak kami tahun ni berakhir September. Jadi kalau tak dapat masuk by September terpaksa renew kontrak setahun lagi. So bagi sesiapa yang nak beli rumah subsale, walaupun rumah tu dah "tersergam" depan mata @ bukan dalam pembinaan, tak bererti urusan pembelian akan cepat (ikut nasib agaknya. Saya dengar ada jugak yang drag sampai setahun).







Teratak kecil kami untuk membesarkan anak-anak. Teruja sebab ada tanah walaupun sekangkang kera untuk ber"gardening". Almaklumlah sebelum ni duduk rumah atas angin

my princess

07 July, 2009

Semalam semasa sampai depan nurseri mama nampak cikgu Dini dah senyum-senyum sambil dukung Dini depan pintu. Bila makin dekat dengan pintu barulah saya sedar my princess telah "dikerjakan" oleh cikgu-cikgunya. Saya terus ketawa. Rambut Dini penuh dengan sepit-sepit kecil yang comel (cikgu bagi free). Nampaknya lepas ini mama kena mula berjinak-jinak dengan accessories2 girl yang kiut-miut demi my darling princess. Saya tak boleh jaga dia seperti saya menjaga Aqil dulu. Masa Aqil dulu mana ada accessories sebegini. Simple je baby boy ni (Aqil jenis tak suka pakai cap. Pakai sekali dia campak buang ntah ke mana). Rambut pun sikat sempoi-sempoi je (kalau papa dia potong pendek memang tak payah sikat lansung). Kalau saya terus sempoi-sempoi begini dengan Dini nanti anak dara saya sampai ke besar tak suka sikat rambut..oh tidak . Mama perlu lebih teliti dan rapi untuk Dini
(saya memang sangat kurang gemar pakaikan anak losyen sbb saya amat risau dengan kandungan bahan kimia didalamnya. Sesiapa ada cadangan brand organic lotion for baby?)



Muka Dini yang confuse tak faham kenapa mama senyum2

* Mama sentiasa berdoa semoga Aqil dan Dini menjadi anak yang soleh dan solehah sayang.

giveaway Quick lunch set tupperware

04 July, 2009

Hari ni Mr Hubby dah mula kembali kelas MBA selepas bercuti panjang (semester break). Tinggallah saya "bersilat" menguruskan my two darlings. Sorang perangai macam ni..sorang lagi perangai macam tu. Both nak attention serentak..aduh...rasa nak kerat 2 je badan mama ni..But I really them so much. muah..muah..



Right now dua-dua dah tidur nyenyak depan TV. Bolehla saya surf internet sekejap . lepas ni mama pulak nak berehat ye. Sakit lutut merangkak main harimau kejar musang dengan aqil (dia nak saya jadi musang dia jadi harimau ok. musang lebih besar dr harimau hehehe). Itupun mula-mula dia ajak main harimau kejar katak (saya la yang kena jadi katak tu huhuhu. Tak sanggup nak lompat-lompat) . Terpaksa pujuk dia tukar character kepada musang.

Oh ye this entry nak ceritakan sedikit pasal my new project. Nak jemput all reader to my online shop http://dini-tupperwarekiosk.blogspot.com/. Jemputlah menjamu mata. Kalau berminat nak jadi dealer pun boleh hubungi saya. Saya ada cerita serba sedikit kelebihan menjadi dealer pada this entry. Anda juga boleh hubungi saya kalau nak request printed catalogue. Saya akan hantar FOC kepada anda.



Oh ye sebagai pembukaan saya anjurkan giveaway. Boleh lihat di entry ini. Senang aje. Carilah masa dalam sebulan ni untuk mencuba ye. Sebenarnya saya tercari-cari tempat baru untuk berkelah bersama suami dan anak-anak. Banyak tempat-tempat yang saya tak tahu lagi. Giveaway yang bakal diberi adalah Quick Lunch Set. Boleh guna untuk bawak bekal ke office dan panaskan di microwave.




* Bunga sekadar hiasan . Not included in giveaway

Satu minggu yang memenatkan

02 July, 2009


wah banyaknya giveaway bulan ni. Tapi tak sempat nak baca semua. Masa terlalu mencemburui daku..huhuhu..cuma nak try yang paling simple from babyibu. Senang sebab tak payah mengarang panjang2. Itupun tak tahula sempat ke tak saya nak buat. Nevermind just give a try. Sekarang ni dalam otak saya penuh dengan sainstifik words je. Tgh bertungkus-lumus dengan research proposal yang tak siap-siap dan mengupdate lecture notes coz next week dah mula lecture...so sesiapa yang lain berminat join babyibu giveaway ye..

This whole week dan sebenarnya dari last week lagi schedule penuh dengan seminar, workshop, meeting etc. Tak cukup nafas rasanya. Sebab tu tomorrow I'm on leave..saje apply nak rehat-rehat sebelum semester bermula next week. Yesterday we attended talk by Prof Asma TNC R&I of USM. She talked about preparation to be Research University..Now there are 4 RU in Malaysia. 2 more spaces available because ministry only target 6 IPTA to be RU . Really hard competition and UiTM is working to be in the game by this year. I adored Prof Asma so much..talk yang sungguh menarik, informatif tapi selamba habis. 3 jam pun rasa sekejap je

I also have one more project to share with all of you..nanti dah siap saya announcela ye..baru 70% siap..ok have a nice day.

I don't want c-sect but...................

15 June, 2009




Pagi tadi saya ke pejabat pendaftar atas urusan cuti. Sempat bersembang dengan seorang staff dari Fakulti XXX semasa kami menunggu giliran. Dia sekarang sedang mengandungkan anak pertama (29 weeks)..Mukanya nampak sedih dan tak ceria..Lepas berbual pengenalan barulah dia menyuarakan sebab kesedihannya


Dia : next check up Dr mungkin akan set tarikh untuk saya operate

Saya : kenapa operate?

Dia : Placenta praevia type 3

Saya : InsyaAllah semua akan selamat..jgn risau sangat..jangan lasak2 sgt. kalau boleh minta MC awal

Dia : saya sedih kak. Bila saya cakap dekat rakan-rakan sekerja saya nak kena operate they all cakap senangla bersalin macam tu. Tak sakit..tak yah meneran..tak susah –susah macam kami dulu. Saya rasa “down”. Tak rasa macam ibu sejati.

Hati saya sedih Allah sahaja yang tahu. Kesiannya ibu muda ini. Berjumpa dengan orang-orang yang “begini” di saat dia perlukan sokongan. Kelahiran secara caesarian memang tidak sakit (semasa pembedahan sahaja ye), tidak payah meneran tetapi tahukah mereka apa yang kami rasa selepas itu. Saya adalah seorang ibu yang pernah melalui Caesarian. Bukan sekali tetapi DUA kali. Saya menandatangani surat persetujuan bukan kerana takutkan sakit di labour room tetapi demi keselamatan anak yang saya kandung 9 bulan (emergency caesarian). Saya tak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada permata hati saya. Dan hari ini saya menulis untuk berkongsi pengalaman . Mungkin bagi mereka yang akan melalui perkara yang sama. Tetapi pengalaman yang saya tulis lebih kepadakelahiran kedua kerana semasa itu saya lebih bersedia dari segala aspek.


15 march 2007Dr sudah pecahkan ketuban dan masukkan air. Contraction datang setiap 2 minit. Muka Dr berkerut-kerut melihat graf CTG (husband yang perasan sebab saya dah terlalu sakit). Setelah 1 jam setengah di labour room saya ditolak ke OT. Saya menangis sepanjang perjalanan kerana rasa sakit dan TAKUT. Caesarian tak pernah ada dalam kamus hidup saya. Mujurlah Mr Hubby temankan saya sepanjang pembedahan. Aqil Zehni selamat dilahirkan jam 12.15 pm. Kata Dr jika baby lambat dikeluarkan dia mungkin lemas. Saya memang tiada persediaan langsung untuk melalui semua ini. Akibatnya


- Badan dan perut masuk angin 3 jam selepas operation. Sakitnya Allah sahaja yang tahu terutama di tempat jahitan (tekanan angin dari perut)
- Aqil hanya dapat saya mula susukan pada hari ke 3. Kesukaran untuk bangun membuatkan semangat saya hilang untuk bangun menyusukan dia. Kesian anak mama

19 march 2009
Saya hamil kurang dari 2 tahun. According to my gynae jika tiada sebarang masalah semasa proses kelahiran saya masih ada peluang untuk kelahiran normal. Gembira mendengarnya. Saya praktikkan segala petua-petua dan senaman supaya dipermudahkan bersalin. Tetapi pada masa yang sama saya turut membuat persediaan rapi kerana tahu saya ada peluang untuk dibedah lagi (Kata Dr jika overdue saya tak boleh di induce menggunakan tablet.)

Saya hanya merancang tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik. Walaupun kandungan mencecah 39 minggu ramai yang tegur perut saya masih tinggi ( In other word my baby still did not engage !). Selepas 2 hari berturut-turut membuat CTG , pada pagi 19 march Dr akhirnya memberitahu kami “our baby is not in a good condition ”. Hampir pitam saya mendengarnya. . 12.45 pm I was on the trolley , heading to OT. Sebaik saja perut saya “dibuka” saya dengar my gynae memberitahu pada suami saya ...baby cord round neck! (terbelit tali pusat)
Alhamdulillah Dini selamat dikeluarkan sebelum perkara buruk terjadi.

Preparation on medication
I bought NR confinement set (can be used for normal or c-sec) and gel haruan and ginger cream leesa formula. Mr Hubby also bought Gamogen for me (Thank u dear).. semasa mengandung berulang kali saya baca cara penggunaan set NR tu ..apa yang perlu buat kalau normal delivery dan apa yang perlu buat kalau c-sect. So the moment I was on my room after came back from OT :


1) Minta tolong mr hubby untuk sapukan minyak NR dan pakaikan stokin (bukan mengada-ngada ye..kalau c-sect memang the first few hours tak leh bangun..Thank u abang)
2) Sapu minyak pada perut (jangan sampai kena stiches), tengkuk belakang dan pinggang serta cream halia leesa pada dahi.
3) Makan gamogen


After 5 hours kesan bius dah hilang memang rasa berdenyut-denyut sakit . A few times adik-adik nurse yang baik tu datang offer me for penthidine but I reject (degil punya pasal..konon nak cuba bertahan). Petang tu Dr datang. Tengok saya restless sebab menahan sakit. Nasihatnya saya mesti ambil penthidine petang itu supaya dapat berehat dengan baik pada malam itu. Rehat penting untuk recovery process.Akhirnya saya mengalah


Malam tu rasa sakit operate dah kurang (powernye penthidine) tapi saya rasa lenguh belakang kerana asyik berbaring.. Saya sapu minyak angin berulang kali di pingang belakang dan tepi sambil berbaring. Alhamdulillah kurang skit lenguh. And on the next day bila dah mula berjalan saya sedar banyakknya “darah bantal” keluar..kata mama elok kalau “darah bantal” keluar. Alhamdulillah kali ni juga saya tidak diserang angin lagi.


Semasa ward round hari berikutnya Dr cadangkan saya penggunaan waist trimmer. Katanya waist trimmerr ni boleh hold otot perut kita masa berjalan (jangan hairan tengok orang yang baru lepas c-sect berjalan sambil mengampu perut..sakittttt dan ngilu pada stiches bila dah mula berjalan).. Midwife siap demo lagi cara nak pakai . Pakai kain batik dulu. Kemudian baru wrap waist trimmer atas kain tu. Jangan terlalu ketat atau longgar dan perlu berbaring semasa nak memakainya.Siapa yang ada budget lebih bolehla beli bengkung moden untuk c-sec (tapi mahal sikit). Yang Dr recommend ni murah je (brand Jullian jill. Boleh beli di stokis cosway .Harga kurang dari RM20). Kalau c-sect tak boleh pakai bengkung panjang awal-awal. Saya hanya mula memakai bengkung panjang selepas 2 minggu (setelah stiches kering)

Preparation on breastfeeding
Untuk second pregnancies saya kumpul info tentang posisi-posisi yang sesuai. Nurdini berjaya disusukan lebih awal (hari pertama) berbanding Aqil dengan posisi “lying down on side”. Saya ampu badannya dengan tuala tebal yang digulung. Dini yang kelaparan juga selesa dengan posisi ini..alhamdulillah. Cuma perlu berhati-hati supaya bayi tidak tersedak.


Lain-lain
Setiap hari saya berdoa semoga dipermudahkan bersalin. Doa Nabi Yunus memang tak putus-putus dari mulut saya. Saya berharap untuk kelahiran normal dan paling penting bayi saya selamat. Selepas pembedahan kali kedua saya tahu selepas ini pasti ada orang yang berkata “eh Caesar lagi ke? Kenapa tak cuba normal?”. Mujurlah mama saya sangat memahami (walaupun dia melahirkan kami 7 beradik secara normal). Kata mama “Kak ti patut bersyukur Allah kurniakan anak-anak. Allah lebih mengetahui bagaimana cara anak itu patut dilahirkan. Cuba fikirkan perasaan mereka yang tak ada anak..” (dalam keluarga kami memang ada yang tidak punya anak walaupun dah lebih 10 tahun berkahwin)..Alhamudlillah dengan nasihat mama saya lebih kuat.
Hajat saya untuk kelahiran normal tidak tercapai tetapi segalanya dipermudahkan pada hari itu. Kebetulan semasa saya turun tanda (Malam 18hb), minngu itu cuti sekolah jadi keluarga saya datang ke KL selama seminggu ..saya tak risaukan pasal aqil sebab dia ada opah, atuk, acu dan pakcik untuk melayannya di saat mr hubby bersama saya di hospital . Kalau bukan cuti sekolah sakit kepala saya risaukan tentang aqil yang manja (tambah-tambah lagi bila nak dapat adik). Sebagai guru mama tak boleh datang bila-bila masa . Saya request bilik single bed (untuk privacy dan senang keluarga melawat)...Semuanya penuh!!!!!. Akhirnya saya dapat bilik double tapi sepanjang 3 hari tiada patient lain yang masuk (bayaran charge for double bed room ...so murah sikit tapi tetap privacy. Hubby siap baring2 kat katil sebelah temankan saya. Bilik pulak dekat dengan counter nurse)..Alhamdulillah...

* Catatan di atas adalah secebis pengalaman saya. Saya bukanlah duta sebarang produk-produk di atas ye. Cuma ingin berkongsi apa yang telah saya lalui. Setiap ibu pasti melalui pengalaman berbeza. Pengalaman yang manis pasti akan dikenang ke akhir hayat dan pengalaman yang pahit pula akan kita terlupa setiap kali melihat tulus dan beningnya wajah anak-anak.

* Pic operation di atas hanya hiasan semata-mata. Kami tak pernah ambil gambar semasa pembedahan. Pic di bawah ialah gambar Nurdini sebaik selepas dikeluarkan dan diletakkan di bawah lampu untuk dipanaskan (di luar OT) .





Pengalaman online shopping

12 June, 2009

Online shopping salah satu hobi baru bagi orang perempuan di zaman ICT ini (tak kisahla yang masih single ke atau kaum ibu-ibu. Cuma peringkat nenek saya tak pasti adakah mereka menggemarinya).Setiap orang pasti mempunyai pengalaman masing-masing, sama ada yang manis2 atau yang buruk sehingga serik nak online shopping lagi.

Saya mula terlibat dengan online shopping semasa berpantang anak pertama di Taiping. Maklumlah anak pertama. Semua benda excited nak beli tetapi nak keluar rumah tak boleh masa tu (padahal sebelum bersalin dah shoppping sakan). Thanks to the internet connection that available in my parent's house. Boleh dikatakan setiap seminggu sekali courier akan sampai ke rumah parents saya. Yang pastinya my papa yang terpaksa menyambut dan menandatangan setiap courier yang sampai (My papa dah pencen. My mama masih bekerja). Sampai satu tahap papa bertanya "sapa yang hantar hadiah banyak-banyak ni?" (huhuhu..semua ni bayar pakai duit sendiri..mana pulak hadiah)..Saya pun explain la pasal online shopping kat papa. Masa pantang Dini encik abang courier sekali lagi kerap menjengah ke rumah kami tetapi kali ni papa dah faham.

Setakat ni saya belum pernah mengalami pengalaman-pengalaman buruk dengan online shopping. Pengalaman kurang best tu adalah (nanti saya cerita) tapi tak sampailah kena tipu, barang tak sampai atau rosak. Saya pun hanya online shopping di website-website tempatan sahaja (belum sampai tahap e-bay lagi)Antara kategori barang-barang yang saya beli ialah barang baby, keperluan untuk breastfeeding , produk Nona Roguy, buku, CD kumpulan nasyid dan permainan baby



Pengalaman best



1) Kalau sale kadang-kadang barang yang dibeli lebih murah banding harga di kedai (walaupun dah campur dengan mailing cost)



2) Ada barang yang susah nak jumpa di kedai tapi ada jual di website. Daripada buang tenaga, buang minyak kereta cari sana sini (dengan anak kecil nak kena bawak) saya lebih prefer order online.



3) Boleh buat delivery kat orang lain (tapi kita yang bayarla). Pernah order barang as suprise gift kat kawan-kawan yang jauh atau tolong orderkan untuk kawan-kawan yang tak biasa dengan online shopping




Pengalaman kurang best :

1) Teruja tengok nursing pillow di website. Bila dah beli Aqil pulak tak suka (same goes with Dini). Menangis-nangis bila saya guna benda tu. Lastly "bantal gedabak" tu jadi perhiasan kat rumah my parents. Takpela dapat anak sedara nanti mungkin ada yang suka benda tu.

2) Order nursing blouse tapi 'kurang sedar diri' badan dah tak size mcm dulu. Order size yang biasa pakai. Bila dah dapat dan cuba huhuhu ketat macam sarung nangka (ohhh..tidak). Ingat balik KL nak ke kedai tu untuk tukar size tapi sampai sekarang tak pergi-pergi. Baju tu saya gantung buat motivasi untuk kuruskan badan.

3) Colour barang yang saya dapat kurang sama dengan yang tengok dalam website. Tak la buruk colour tu cuma "kurang sama" . Saya kurang cerewet sangat pasal warna ni (asalkan boleh diterima mata). Yang penting kegunaannya. (Kalau orang yang fussy about colour, online shopping ni tak berapa sesuai rasanya. Baik pergi kedai tengok sendiri.)

Pengajaran yang saya dapat
1) Sebelum beli survey dulu a few website . Kadang-kadang benda yang sama boleh dapat dengan harga berbeza

2) Cari online review atau comments dari orang-orang yang pernah beli atau menggunakan barang yang anda berkenan itu . Lepas tu fikir-fikir balik nak beli ke tak

3) Paling penting check dulu account bank cukup ke duit :)







Antara buku yang saya beli dengan online shopping. Sekarang buku ni kat Taiping. My mom minat sangat membacanya. Maklumlah nak dapat cucu baru awal tahun depan (bukan saya ye..my sis InsyaAllah)