Saya makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena kerana......

04 November, 2009

anak-anak saya tukar nurseri.


Sejak kami berpindah rumah baru saya masih menghantar anak-anak ke nurseri lama. Saya tak kisah berpusing jauh dari laluan asal kerana berpuas hati dengan jagaan nurseri itu. Bila hati saya senang barulah tenang nak ke pejabat. Tapi........



saya hanya dapat bertahan 3 bulan. Ini kerana bukan sahaja terpaksa berpusing jauh tapi saya juga terpaksa menempuh TRAFFIC JAM yang sangat teruk bersama anak-anak. Kereta saya dah macam sarkis bergerak penuh dengan toys tapi itu masih tak mampu memujuk my baby girl. Dia menangis sekuat hati bila dah boring duduk di car seat (dah la suara kuat dan nyaring. isk..isk..isk..Macam siapa la ni ).  Kadang-kadang abang dia kat belakang pun "berbunyi" jugak nak itu..nak ini..huhuhu..sangat tension..saya tak boleh nak beri tumpuan pada driving. Kereta pulak bergerak mengesot-ngesot macam siput . Motorist menyelit-nyelit di celah-celah kereta. Jadi sebelum saya terlanggar bumper kereta orang atau lebih teruk terlanggar motorist saya terpaksa tukarkan mereka ke nurseri yang lebih dekat dgn rumah.



Hari ini hari ketiga mereka di nurseri baru. So far nampak OK. Aqil dan Dini pun  happy. Tapi masih terlalu awal nak buat komen yang terlalu banyak (saya mmg jenis org begini. susah nak buat komen baik atau buruk kalau tak diberi masa yang panjang).

Sekadar nak berkongsi sesuatu tentang pemilihan nurseri:
  1. Cari nurseri yang berdaftar dengan JKM. Senarai nurseri dan taska boleh didapati di http://www.jkm.gov.my/. Tapi kalau nak puas hati boleh telefon terus kepada mereka untuk check. Walau bagaimanapun tak semestinya jika nurseri tak berdaftar dengan JKM tidak bagus. Jadi sekarang andalah yang perlu buat spot check.

  2. Telefon nurseri tersebut dan buat appointment nak datang dalam masa terdekat (5-10 min).
    Ini bermakna anda perlu berada di kawasan sekitar nurseri. Kita datang untuk melihat keadaan "sebenar" nurseri. Jadi dalam masa 5 minit tu mmg tak sempat nak buat major cleaning. Kalau setakat barang-barang mainan bersepah sikit-sikit tu okla boleh diterima. Tapi kalau bilik air kotor macam sebulan tak basuh, kasut budak-budak bersepah-sepah di porch, habuk sana sini mungkin anda terpaksa fikir dahulu.

  3. Melawat dalam nurseri
    Setiap kali survey nurseri saya pasti akan naik ke bilik yang dikhaskan untuk bayi (kerana saya ada baby). Sebenarnya saya tak prefer nurseri yang ada buaian (mungkin pendapat setiap ibu berbeza). Perhatikan juga ciri-ciri keselamatan yang lain contohnya pemasangan gate pada tangga, pintu pagar dan pintu masuk dikunci (takut ada kanak-kanak yang terlepas keluar), pemasangan tangga tambahan dari atas ke bawah di bahagian luar nurseri (supaya mudah turun dari atas ke bawah jika berlaku kecemasan)

  4. Melihat reaksi dan gelagat kanak-kanak di situ.
    Hati kanak-kanak sebenarnya sangat sincere. Mereka tak pandai berpura-pura. Jika anda lihat kanak-kanak di situ ceria InsyaAllah anak anda pun akan ceria. Jika anda lihat mereka murung, bergaduh dan berebut (tanpa diendahkan guru) kemungkinan anak anda juga akan melalui situasi yang sama. Bergaduh  dan berebut barang sikit-sikit itu mungkin biasa bagi kanak-kanak tetapi guru yang prihatin akan bijak meredakan keadaan tanpa meninggalkan kesan emosi mendalam pada mana-mana pihak.


  5. Masa operasi
    Jika boleh pilih masa operasi yang bersesuaian dengan waktu kerja anda dan pasangan untuk mengelakkan pembayaran OT yang terlalu tinggi . Kebiasaannya nurseri akan mula dibuka  pada jam 7 pagi dan mengenakan cas OT selepas pukul 7 petang. (bergantung pada nurseri). Saya ada kawan yang bayar OT lebih dari bayaran basic nurseri kerana dia terlalu sibuk di pejabat (takpelah sbb gajinya juga tinggi huhuhu).

  6. Learning environment
    Memang saya akui saya jarang punya masa yang banyak untuk mengajar Aqil di rumah. Lagipun di rumah  hero manja ni mmg tak mau belajar..asyik nak main & bermanja dgn saya dan suami je (tak pela kasi chance kan). Sebab tu saya perlu cari nurseri yang  provide  learning environment yang sesuai dengan peringkat umur kanak2 sama ada secara formal atau tidak formal Pasti sejuk hati anda bila anak kecil anda menadah tangan membaca doa sebelum makan (walaupun bacaan dia kelam kabut sikit) sedangkan selama ini anda hanya ajar dia baca Bismillah sebelum makan.  Sebenatnya kanak-kanak akan lebih excited bila belajar ramai-ramai. Learning environment juga termasuklah cara asuhan dan didikan guru-guru dan penjaga taska. Tak ada siapa yang mahu guru atau penjga yang bercakap "lepas" atau kasar  dan tidak mempunyai adap (terutama sekali ketika marah). Ketahuilah kanak-kanak  ibarat sponge. Mereka akan menyerap apa saja dengan yang mereka lihat dan dengar.

  7. Percaya pada naluri hati
    Sebagai ibu kadang-kadang kita ada instinct apa yang terbaik untuk anak kita termasuklah dalam memilih nurseri. Jangan abaikan kata hati anda dalam mebuat penilaian.

  8. Beritahu pada ibu bapa dan ibu bapa mertua anda
    Bagi kami , nurseri anak-anak satu perkara yang besar. Sebab itu bila kami mengambil keputusan untuk tukar nurseri saya dan suami inform perkara ini pada ibu bapa masing-masing. Saya mohon mereka doakan cucu-cucu serasi dan dijaga dengan baik di nurseri baru

  9. Nyatakan keperluan anda
    Jika bayi anda menyusu badan anda perlu tanya sama ada nurseri mempunyai pengalaman handle EBM seperti cara frozen EBM dicairkan dan dipanaskan. Ini kerana EBM tidak boleh direndam di dalam air yang terlalu panas apatah lagi di dicair dan dipanaskan di dalam microwave.


Sebenarnya, isu-isu tentang nurseri memang tak akan habis jika dibincangkan. Penjagaan seorang ibu memang tak akan sama dengan penjagaan orang lain. Sebab tu jika kita memilih untuk hantar ke nurseri kita tak boleh letak expectation terlalu tinggi untuk mengelakkan anda terkena high blood pressure (Yang penting anak selamat dan sihat).  Sentiasalah panjatkan doa mohon supaya anak-anak kita dipelihara dan dilindungi oleh-NYA semasa ibu dan ayah keluar mencari rezeki. Dan yang paling penting jangan swastakan 100% asuhan dan didikan anak-anak pada nurseri. Nurseri dan taska hanya added value. Anak-anak adalah amanah utama untuk diri kita.

  * Terima kasih buat guru-guru dan penjaga Aqil dan Dini selama ini

0 comments: