Playgroup

06 November, 2009

Terfikir macam nak hantar Aqil ke playgroup on weekends. Walaupun dia banyak activity di nurseri on weekdays tapi saya tak berpeluang nak lihat sendiri perkembangan Aqil . Saya nak lihat dengan mata sendiri macam mana anak saya berinteraksi dengan kawan-kawan, mendengar arahan guru, membuat kraf dan seni dan lain-lain lagi. Saya lihat hero saya ni ada kecenderungan dan minat pada seni masakan dan seni lukis. Buktinya

penapis kat dapur dia angkut masuk bilik buat demo masak kat adik

Pagi tadi tanya dengan saya cantik tak decoration pada kereta dia . MasyaAllah penuh dengan lukisan abstract marker.

Aduh Abang Aqil. kesian adik Dini  kena warisi keta berconteng macam ni

Tapi saya akui saya bukan seorang ibu yang sempurna. Kadang-kadang naik angin jugak. Nampak je dia

Pegang gunting
Aqil simpan gunting tu..Aqil main gunting mama tak mau bawak jalan
(baik punya gertak. Walaupun gunting tu blunt end tapi saya takut dia tergunting jari)

Pegang marker
Aqil simpan balik marker mama. Nanti cikgu mama marah mama. Aqil tak sayang mama ke?
(erk..mama pun ada cikgu ke? Saja je gertak . Actually saya takut dia conteng dinding)

Saya sedar cara saya tak betul. .  Ini akan membantutkan daya seni dan kreativiti dia. Maafkan mama sayang. Tapi...saya tak boleh nak monitor dia 100% kerana saya juga ada


Si kecik Dini yang tengah lasak merayap

Dah jumpa playgroup yang sesuai di http://alimkidsplaygroup.blogspot.com/.
Parents pun boleh join sekali masa aktiviti. Adik Dini pun sure happy tengok ramai kakak dan abang-abang. Tapi kena tanya hubby dulu sebab weekends walaupun dia sekarang tengah cuti semester for MBA tapi kadang-kadang ada kerja lain.

0 comments: