Let's get organised giveaway @ bungakesidang.blogspot.com

17 October, 2009

STICKY POST


Kisah hidupku :
Kereta saya hanya sampai ke porch rumah selepas 7 petang. Setiap hari menempuh traffic jam pagi dan petang. Malam lepas pukul 10 baru tidurkan anak2. Tak sampai hati nak paksa they all tidur awal sebab dah sehari suntuk duduk nurseri. Malam sahaja masa nak bermanja dengan mama dan papa. Bila anak2 tidur (kadang2 mama pun tertidur sekali) baru nak mula dengan kerja rumah di bawah. My daughter fully bf jadi dia ada sensor semulajadi. Rekod paling lama dicatatkan satu jam setengah je. Lepas tu dia akan mula terjaga cari bau mamanya yang hilang. Papanya pujuk pun dia tak layan. Hujung minggu pula hubby sibuk dengan kelas MBA. Tinggal kami 3 beranak golek2 depan TV. Anak2 kesayangan saya macam ada symptom separation anxiety. Mama tak boleh pergi jauh lebih dari 1 meter. Kalau saya bangun dua-dua akan terkedek-kedek ikut walaupun dah diumpan dengan sekotak besar toys. Yang abang dah pandai berjalan yang adik pula mengesot ala2 tentera. Rasa macam ibu itik diikut anak2 ke sana sini  huhuhu tapi saya sangat sayangkan mereka.


Jadi marilah berkongsi idea dan tips. Macam mana nak organise rumahtangga. Saya bukan harapkan rumah perfect, cantik berkilat  kemas tersusun rapi macam dalam majalh Impiana atau Anjung Seri. Tapi sekurang-kurangnya tak serabut hati dan mata memandang. Sesuatu yang praktikal (tak perlu kos mahal2) untuk ibu bekerja dan tak ada bibik seperti saya. Supaya tak jadi lipas kudung setiap pagi cari barang sana dan sini . Suami dan anak-anak pun selesa dan happy.


Di samping bertukar idea dan tips saya nak buat giveaway. Temanya LET'S GET ORGANISED


Mari kita jenguk dulu hadiah giveaway


Ekslusif dari BeautiControl (skincare product di bawah jenama Tupperware) . Untuk details on BeautiControl sudi-sudilah menjenguk dini-tupperwarekiosk.blogspot.com. Hadiah ni pun ada di jual di sana sempena new campaign tupperware tapi ia adalah purchase with purchase item. Hp buruk ku itu bukan hadiahnya ye. Kalau saya offer hp tu sure tak de sape nak join2 huhuhu





Saya nak bagi Black Croco Style Jewelry Organizer. Yang dalam pic ni milik saya . Untuk pemenang nanti pastinya yang baru (masih selamat di dalam kotak). Jadi segala harta-karun brooch macam dalam pic tu tak termasuk dalam hadiah giveaway ye.. Saya suka box ni sbb banyak compartment. Senang nak asing2 kan brooch ikut colour nak matching dengan tudung. Orang semua dah advance dengan tudung Ekin. tudung Hajabba dan tudung Dato Siti yang tak payah banyak2 brooch tapi saya pulak masih setia dengan tudung bawal. Sebab itu organisation of brooch sangat penting bagi saya setiap pagi. Box ni pun boleh dikunci.





Syarat-syarat penyertaan giveaway










  1. Letak gambar LET'S GET ORGANISED giveaway di atas di side bar blog anda


  2. Buat satu entry bertemakan LET'S GET ORGANISED. Anda boleh berkongsi tips bagaimana anda organise/manage rumah contohnya dapur, bilik air, mainan anak2, kain baju dan pakaian, bilik study etc (ikut kreativiti masing-masing nak memilih)


  3. Oleh kerana giveaway ini lebih kepada konsep sharing tips, jadi pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan undi


  4. Setiap entry layak untuk satu undi. Walau bagaimanapun anda boleh menggandakan peluang dengan berkongsi tips lebih dari satu tempat/perkara (contohnya macam mana anda organise mainan anak2 dan organise baju ahli keluarga). Ini dikira sebagai 2 undi tetapi boleh combine dalam 1 entry sahaja.


  5. Setiap entry perlu disertakan dengan sekurang-kurangnya SATU gambar yang berkaitan.


  6. Setelah siap tinggalkan link anda di bahagian komen


  7. Tarikh tutup adalah pada 19 NOVEMBER 2009.

Jadi marilah sertai giveaway ni ramai-ramai ye.Sesiapa yang tak faham syarat2 di atas boleh bertanya ye.


RUMAHKU SYURGAKU
SHARING IS CARING

13 comments:

zai kulim said...

nak joinnnnnnnnnnnn

Mama Zharfan said...

i pun nak join...tp sbb due date lambat lagi..so relax dulu...nak cari idea + nak snap pic yg sesuai dgn contest theme ;)

hayatizain said...

zai and mama zharfan. sila2 join. saya mmg letak date lama supaya peserta x rushing. Sebab saya tahu mommy2 semua sibuk (termasukla saya):).Jadi marilah kita berkongsi tips yang terbaik dengan yang lain2 ye

Atiqah said...

sy dok jln kat sni dkt 5x dh..rse mcm nk msuk je contest ni..x tau le smpt ke x nk wat entry sbb tgh musim exam kat Uni skrg..huhuh..curi2 mse je ni blogwalking..nnt kalo smpt sy join ek kak

Atiqah said...

1 more thing..sy x kawin lg..sy x tau nk share tips pe psl rumah tgga..tp boleh la kalo share pe yg mak sy ajr sy..hihi..

hayatizain said...

salam Atiqah,
thank u for ur visit :).
Yang belum kahwin pun boleh join. Buat bekalan di masa depan. Cuma tips tu kena sesuai dan praktikal untuk ibu2 dan isteri ya :). Takpe byk masa lagi..habis exam nanti boleh buat.

Wan Amira said...

It looks like im the first one who give you some ideas.. hope the lucky one.. here is my link

http://ibuemirshoppingcentre.blogspot.com/2009/11/lets-get-organised-giveaway.html

Mama Zharfan said...

salam...me dh join
sharing two tips ajer :

http://suzie284.blogspot.com/2009/11/lets-get-organised-giveaway.html

tq!!

Pija Madzlan said...

pss..pss...nk join???

http://sitisifir10.blogspot.com/2009/11/lets-get-organised-giveaway.html

Sorry ek kalau terlebih membebel

hayatizain said...

ibuemir, mamazharfan and sitisifir10..thank u very much ya for the entry..I like all your tips..thank u..thank u

AziE-rAh said...

Salam. Saya pun nak join... Ni link nye..
http://mawar-ayu.blogspot.com/2009/11/lets-get-organised-bungakesidangblogspo.html
Tq.

bettY.Yone said...

salam:) i'm joining again! count me in ya' (^_^)

http://bettyone-mybettyfulsoul.blogspot.com/2009/11/lets-get-organized.html

hayatizain said...

salam kepada semua yg hantar entry. thank u very2 much.InsyaAllah pemenang akan saya umumkan by selasa depan ye. weekends ni sibuk sikit ada project.