Kacang oh kacang

16 October, 2009

Lunch hour hari ini saya tekad untuk pergi juga walaupun seorang diri. Bukan tak nak ajak sesiapa cuma "tekak" kawan2 saya tak boleh nak terima menu2 seperti ini. Saya tak kisah makan seorang diri sebab dah lama sangat (sejak bulan puasa) mengidamkannya (ini bukan mengidam ibu mengandung ye). Sampai sahaja saya dengan muka tak malu saya terus capai 2 pinggan sekaligus. Besnye.....Sesiapa yang tak pernah cuba bolehlah mencuba edamame@green soy bean. Setakat ini saya cuma tahu Sushi King yang jual bean ni. Sedap dan lemak. Pernah juga cari yang belum dimasak di Giant, Tesco dan Cold Storage tapi x jumpa  . Saya pun pernah baca di blog Sue edamame boleh tingkatkan milk production (sesuaila dengan status saya).



Kacang oh kacang kenapala kau sedap tapi MAHAL

Lepas tu saya jenguk sekejap Cold Storage di sebelah. Kalau masuk Cold Storage saya suka jenguk bahagian vegies and fruit sebab kadang2 boleh jumpa vegies and fruits yang pelik dan susah nak cari di tempat lain. Saya pernah tengok they all jual arthicoke (serius bukan main2). Tapi masa tu ramai orang segan pulak nak snap pic. Sesiapa peladang berjaya di Farmville facebook sure kenal apa dia arthicoke. Tapi masa tu ada sebatang je dan macam dah layu sikit (macam pic kat bawah). Mungkin sebab orang Malaysia tak biasa kot dengan sayur ni


Source : wikipedia

Hari ini saya jumpa brussel sprout




First time saya makan brussel sprout di rumah kawan. Masa tu saya ingat sayur ni baby cabbage. Rasanya pahit2 sikit tapi lemak dan sedap. Kawan saya cakap dia stir fry dengan sedikit butter. Brussel sprout ni ada cara masak dia supaya rasa pahit dia tak terlalu kuat. My fren tu ada bagi resepi and cara cuma saya tak cuba lagi. InsyaAllah dah cuba nanti bolehla share di sini.

Saya pun jumpa ini. Macam mana ye nak makan? Siapa tahu? Ratah macam kita makan salad biasa tu ke?

0 comments: