my princess

07 July, 2009

Semalam semasa sampai depan nurseri mama nampak cikgu Dini dah senyum-senyum sambil dukung Dini depan pintu. Bila makin dekat dengan pintu barulah saya sedar my princess telah "dikerjakan" oleh cikgu-cikgunya. Saya terus ketawa. Rambut Dini penuh dengan sepit-sepit kecil yang comel (cikgu bagi free). Nampaknya lepas ini mama kena mula berjinak-jinak dengan accessories2 girl yang kiut-miut demi my darling princess. Saya tak boleh jaga dia seperti saya menjaga Aqil dulu. Masa Aqil dulu mana ada accessories sebegini. Simple je baby boy ni (Aqil jenis tak suka pakai cap. Pakai sekali dia campak buang ntah ke mana). Rambut pun sikat sempoi-sempoi je (kalau papa dia potong pendek memang tak payah sikat lansung). Kalau saya terus sempoi-sempoi begini dengan Dini nanti anak dara saya sampai ke besar tak suka sikat rambut..oh tidak . Mama perlu lebih teliti dan rapi untuk Dini
(saya memang sangat kurang gemar pakaikan anak losyen sbb saya amat risau dengan kandungan bahan kimia didalamnya. Sesiapa ada cadangan brand organic lotion for baby?)



Muka Dini yang confuse tak faham kenapa mama senyum2

* Mama sentiasa berdoa semoga Aqil dan Dini menjadi anak yang soleh dan solehah sayang.

1 comments:

NaDiaH SiDeK said...

salam singgah. ex-student usm ye? terbaca dlm blog sarakids ;)

sy pun ex-student usm. masuk thn 2002, grad thn 2006. BSc (chemistry). hsbnd sy stdnt bio..tak tau la kenal ke tak tp dia dr diploma smpai la MSc study kat USM :)