Rezeki anak-anak 2009

05 September, 2009

Alhamdulillah..rezeki anak2 tahun ni akhirnya kami berpindah juga ke rumah sendiri. Boleh tahan jugak cabaran dan dugaan nak beli rumah "subsale" ni . Tapi bila hati dah berkenan kami kuatkan juga hati. Usaha sambil tawakkal. Kalau memang rezeki kami InsyaAllah tak ke mana.


Actually bila kami decide nak beli rumah Januari tahun ini , kami dah survey beberapa kawasan. Antaranya Denai Alam, Setia Alam, Bukit Jelutong, Saujana Utama etc. We did a "hunting" process through internet (iproperty.com.my, mudah.com.my etc), made appointment with the agents (for subsale) and went to developer's show room (for new house). Setelah hampir sebulan mak penguin (sarat pregnant 7 bulan ketika itu) dan suaminya mencari akhirnya mereka telah berkenan dengan rumah ini.


Antara sebab berkenan dengan rumah dalam estet getah ni (serius kalau nak masuk ke sini u all akan lalu jalan yang tepi ada estet getah milik RRI). Janganlah patah balik ingat tersalah jalan pulak. Teruskan je perjalanan :
  • Berhampiran tempat kerja suami (subang airport @ skypark) dan tempat kerja saya untuk masa akan datang. Buat masa ini mmg jauh jugak saya berulang ke Shah Alam (kaya pakcik stesen minyak). Tapi InsyaAllah 2-3 tahun lagi fakulti saya akan berpindah ke Sungai Buloh (new UiTM campus sedang dalam construction berhampiran hospital sungai buloh). Memang senang nak ke sana nanti dari sini sebab jalan dah dibesarkan ke 3 lanes.

  • Gated area with security. 2 playgrounds in this area (Aqil really loves it)
  • Land area 22x75. So rumah ni agak lebar berbanding rumah2 lain yang kami tengok. Family hall pun paling besar yang pernah kami tengok dan porch boleh masuk 2 kereta

  • 3+1+1+1 rooms ..hehehe banyak pulak plusnye. Actually rumah ni ada 4 bedrooms. Tapi bilik bawah tu agak kecil (ada rezeki kemudian hari nak pecah and extend sampai pagar belakang). So bilik bawah tu saya tak consider as bilik tidur. Ada satu stor di bawah tangga dan satu bilik changing room (betul ke istilah ni?). Changing room ni attach dgn master bedroom (ada pintu masuk dari family hall jugak) My plan nak pasang build in wardrobe satu hari nnt . Sekarang ni letak je almari2 yang ada dulu sebab nak berjimat @ fulus dah kering


Cabaran @ liku2 dugaan :


  • Both of us tak buat research mendalam pasal loan before survey rumah (salah sendiri). Yang kami tahu ketika tu BFR semua bank semua tengah rendah. Bila apply for financing barulah terkujat bila dapat tahu subsale max financing only 90% . huhuhu...mana nak korek 30K+ untuk buat down payment + SnP + legal fees. Tapi sebab dah jatuh cinta dengan rumah ni dan orang kata cinta itu buta kami usahakan jugak mengorek di sana sini dan cari Islamic home financing yang beri package terbaik. Almaklumlah sorang keje gomen, sorang lagi GLC, EPF account 2 tentulah tak masyuk sangat mcm org lain (keje pun tak sampai 6 tahun).. Alhamdulillah dah settle semuanya. So bila masuk rumah mmg kami tak buat apa2 major renovation. Cuma pasang rail langsir dan beli perabot baru sikit. Owner lama dah extend wet kitchen sampai ke belakang, install kitchen cabinet, lampu dan kipas.

  • Terdapat beberapa dugaan yang menyebabkan urusan pembelian agak lembap. Urusan bermula bulan Febuari . Thanks to My dear husband sebab bersungguh-sungguh uruskan segalanya (follow up @ mengejar lawyer, pejabat tanah, bank dan owner). Kami perlu cepat kerana rumah sewa yang lama disewa atas dasar kontrak. Kontrak kami tahun ni berakhir September. Jadi kalau tak dapat masuk by September terpaksa renew kontrak setahun lagi. So bagi sesiapa yang nak beli rumah subsale, walaupun rumah tu dah "tersergam" depan mata @ bukan dalam pembinaan, tak bererti urusan pembelian akan cepat (ikut nasib agaknya. Saya dengar ada jugak yang drag sampai setahun).







Teratak kecil kami untuk membesarkan anak-anak. Teruja sebab ada tanah walaupun sekangkang kera untuk ber"gardening". Almaklumlah sebelum ni duduk rumah atas angin

1 comments:

OneSimpleMother said...

salam kenal.. cantiknya rumah.. kat mana ni ye..? kalau jadi beli denai alam berjiranla kita.. mari kita tukar link .. :)