Pengalaman online shopping

12 June, 2009

Online shopping salah satu hobi baru bagi orang perempuan di zaman ICT ini (tak kisahla yang masih single ke atau kaum ibu-ibu. Cuma peringkat nenek saya tak pasti adakah mereka menggemarinya).Setiap orang pasti mempunyai pengalaman masing-masing, sama ada yang manis2 atau yang buruk sehingga serik nak online shopping lagi.

Saya mula terlibat dengan online shopping semasa berpantang anak pertama di Taiping. Maklumlah anak pertama. Semua benda excited nak beli tetapi nak keluar rumah tak boleh masa tu (padahal sebelum bersalin dah shoppping sakan). Thanks to the internet connection that available in my parent's house. Boleh dikatakan setiap seminggu sekali courier akan sampai ke rumah parents saya. Yang pastinya my papa yang terpaksa menyambut dan menandatangan setiap courier yang sampai (My papa dah pencen. My mama masih bekerja). Sampai satu tahap papa bertanya "sapa yang hantar hadiah banyak-banyak ni?" (huhuhu..semua ni bayar pakai duit sendiri..mana pulak hadiah)..Saya pun explain la pasal online shopping kat papa. Masa pantang Dini encik abang courier sekali lagi kerap menjengah ke rumah kami tetapi kali ni papa dah faham.

Setakat ni saya belum pernah mengalami pengalaman-pengalaman buruk dengan online shopping. Pengalaman kurang best tu adalah (nanti saya cerita) tapi tak sampailah kena tipu, barang tak sampai atau rosak. Saya pun hanya online shopping di website-website tempatan sahaja (belum sampai tahap e-bay lagi)Antara kategori barang-barang yang saya beli ialah barang baby, keperluan untuk breastfeeding , produk Nona Roguy, buku, CD kumpulan nasyid dan permainan baby



Pengalaman best



1) Kalau sale kadang-kadang barang yang dibeli lebih murah banding harga di kedai (walaupun dah campur dengan mailing cost)



2) Ada barang yang susah nak jumpa di kedai tapi ada jual di website. Daripada buang tenaga, buang minyak kereta cari sana sini (dengan anak kecil nak kena bawak) saya lebih prefer order online.



3) Boleh buat delivery kat orang lain (tapi kita yang bayarla). Pernah order barang as suprise gift kat kawan-kawan yang jauh atau tolong orderkan untuk kawan-kawan yang tak biasa dengan online shopping




Pengalaman kurang best :

1) Teruja tengok nursing pillow di website. Bila dah beli Aqil pulak tak suka (same goes with Dini). Menangis-nangis bila saya guna benda tu. Lastly "bantal gedabak" tu jadi perhiasan kat rumah my parents. Takpela dapat anak sedara nanti mungkin ada yang suka benda tu.

2) Order nursing blouse tapi 'kurang sedar diri' badan dah tak size mcm dulu. Order size yang biasa pakai. Bila dah dapat dan cuba huhuhu ketat macam sarung nangka (ohhh..tidak). Ingat balik KL nak ke kedai tu untuk tukar size tapi sampai sekarang tak pergi-pergi. Baju tu saya gantung buat motivasi untuk kuruskan badan.

3) Colour barang yang saya dapat kurang sama dengan yang tengok dalam website. Tak la buruk colour tu cuma "kurang sama" . Saya kurang cerewet sangat pasal warna ni (asalkan boleh diterima mata). Yang penting kegunaannya. (Kalau orang yang fussy about colour, online shopping ni tak berapa sesuai rasanya. Baik pergi kedai tengok sendiri.)

Pengajaran yang saya dapat
1) Sebelum beli survey dulu a few website . Kadang-kadang benda yang sama boleh dapat dengan harga berbeza

2) Cari online review atau comments dari orang-orang yang pernah beli atau menggunakan barang yang anda berkenan itu . Lepas tu fikir-fikir balik nak beli ke tak

3) Paling penting check dulu account bank cukup ke duit :)







Antara buku yang saya beli dengan online shopping. Sekarang buku ni kat Taiping. My mom minat sangat membacanya. Maklumlah nak dapat cucu baru awal tahun depan (bukan saya ye..my sis InsyaAllah)

4 comments:

Unknown said...

salam.. madam dulu ajar kat uia PJ ke? emm rasa mcm saya ni student madam, tp dulu miss hayati lg hehe. towards the end of matriculation years baru madam kahwin and ramai2 student matric g naik bas.. betul ke? ke silap org neh? huhu

hayatizain said...

salam..yes betulla tu.ummu ameer tak silap org...dulu saya miss lagi..skrg dah mdm..anak-anak murid saya time tu pun dah ramai kahwin, termasukla ummu ameer :)..cepat betul masa berlalu..Mmg terharu bila students sudi dtg jauh2 ke taiping nak hadiri wedding saya. btw siapa nama betul ummu ammer?

Unknown said...

maryam al-batul :) most probably mdm tak ingt, saya dulu classmate dgn siti fatimah, farhanah, hamzah.. the 1st class mdm ajar fresh after your graduation hehe~ bio 3. mdm da kat uitm skrg? btw i link ur blog to mine k

hayatizain said...

of course mdm masih ingat maryam. u group 5 kan? boleh dikatakan hampir semua students saya masa tu (gr 4,5,6) saya masih ingat sebab u all first batch yang saya ajar :).mdm skrg di UiTm Shah Alam. Department basic medical science faculty dentistry.mdm pun link ke blog maryam ye